MAPIM GESA MALAYSIA SEGERA HANTAR SUMBANGAN UNTUK RAKYAT SOMALIA

Kenyataan Media MAPIM

27hb Julai 2011

MAPIM mengesa pihak kerajaan Malaysia segera menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Somalia yang kini menghadapi kemarau paling getir sejak 60 tahun yang lalu di negara itu.

Kini kemarau yang memuncak itu sedang mengancam 11 juta penduduk Somalia.

Somalia sebagai negara miskin yang sering menghadapi fenomena kebuluran sngat memerlukan bantuan dari masyarakat antarabangsa .

Malaysia harus turut segera membantu dengan mengeluar sumbangan yang terdaya bagi merengankan malapetaka yang menimpa Somalia.

Informasi yang dikeluarkan setakat ini oleh badan dunia iaitu Program Makanan SeDunia (WFP) , bantuan berjumlah USD 1 bilion diperlukan sehingga akhir tahun ini.

MAPIM mengesa kerajaan Malaysia tidak melengahkan bantuan kerana kematian akan terus meningkat jika bantuan yang mencukupi tidak segera disampaikan.

MAPIM juga mencadangkan agar sepasukan sukarelawan dihantar segera untuk menyampaikan bantuan Malaysia dan memastikan agar sumbangan Malaysia sampai kepada kumpulan sasaran yang lebih utama iaitu kanak-kanak , wanita serta orang tua.

Tabung Bantuan Kemanusiaan Somalia hendaklah segera dilancarkan akar rakyat Somalia dapt menghadapi bulan Ramadhan dengan sempurna.

MAPIM menyeru kerajaan Malaysia mengambil inisiatif untuk mencadangkan negara-negara ASEAN mengembleng sumber bersama untuk membantu rakyat Somalia. Adalah menjadi kewajipan untuk negara-negara rantau Asia Tenggara menunjukkan contoh solidariti yang utuh untuk membantu negara dirantau lain yang memerlukan pertolongan.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausha Agong MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,639 hits
Kalendar
Julai 2011
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: