MEMAKSA RAKYAT MENONTON VIDEO BERSIH 2.0 VERSI PDRM SAMA SEPERTI MAHU RAKYAT PERCAYA KEPADA VIDEO LUCAH DATUK T

Kenyataan Media SAF

28hb Julai 2011

Saf Anti Fitnah (SAF ) melihat usaha kerajaan melalui PDRM yang beria-ia untuk meyakinkan rakyat bahawa video PDRM mengenai Bersih 2.0 itulah yang sebenarnya berlaku samalah seperti media perdana dan RTM bersungguh-sungguh menyiarkan video lucah Datuk T agar rakyat termakan dengan fitnah yang direncanakan secara paling jijik untuk menjatuhkan maruah musuh politik. 

Malah laporan bahawa PDRM telah memberikan penerangan khas kepada Pengetua dan Guru besar sekolah yang diarah untuk hadhir supaya melihat tayangan video lucah Datuk T adalah bukti jelas tindakan apa sahaja akan diguna untuk mengelirukan rakyat walaupun menyalahgunakan agensi awam.

Kenapakah Menteri Penerangan dan Multimedia terlalu galak untuk meminta rakyat hanya menonton video Bersih 2.0 yang dirakam oleh PDRM walhal pihak PDRM tidak mungkin dapat merakam semua sudut berbanding puluhan ribu rakyat yang menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 hb Julai 2011 itu.

Malah dengan rakaman rakyat melalui telefon bimbit masing-masing yang mempunyai rakaman yang jauh lebih banyak dari puluhan sudut untuk menunjukkan memang ada tindakan beberapa anggota polis yang ganas dan melampau bila berhadapan dengan rakyat yang mahu menyertai perhimpunan itu.

Sepatutnya perhimpunan itu tidak harus dilayan dengan cara yang keras oleh PDRM kerana perhimpunan Bersih 2.0 di stadium itu mendapat restu seperti yang dipersetujui sendiri oleh DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong . Atas menghormati titah Seri Paduka Baginda YDP Agong itulah rakyat membuat keputusan untuk memohon mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka.

Namun PDRM atas arahan pihak parti pemerintah telah bertindak keras sehingga membiarkan pegawai bawahan menggunakan tembakan gas pemedih dan pacutan air berkimia yang disasarkan tepat kepada orang ramai yang berarak ke Stadium Negara . Akibatnya ramai yang cedera bila polis juga bertindak mengkasari peserta Bersih 2.0 ,disamping menangkap lebih dari 1,000 orang.

Dari insiden yang kacau bilau itulah ramai yang merakam tindakan PDRM dan menunjukkan ada anggota PDRM bertindak diluar peraturan sehingga membabitkan tembakan air pacutan dan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital.

Semua ini sepatutnya tidak berlaku jika PDRM dan parti pemerintah menerima hasrat rakyat untuk berhimpun dengan aman di stadium sesuai dengan peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Namun kini PDRM dan RTM diguna untuk menyiarkan rakaman bahawa polis tidak bertindak ganas dengan memetik rakaman sudut-sudut tertentu dan mendakwa rakyat yang bertindak diluar kawalan. Apakah ini boleh dicabar oleh ribuan rakaman rakyat dan media internet yang disiar secara langsung tepat semasa perhimpunan Bersih 2.0 itu berlaku , sudah pasti tidak akan dilayan oleh kerajaan.

Oleh itu tidak keterlaluan SAF menyamakan penyiaran PDRM di stesen TV awam , RTM dengan tindakan agensi tersebut untuk berusaha meyakinkan rakyat bila menayangkan video lucah Datuk T.

Bagi SAF kedua-duanya adalah pendekatan fitnah yang sangat ketara.

Jelas tindakan sebegini benar-benar akan menjadikan Malaysia sebagai negara yang suka menutupi salahguna kuasa melalui rakaman video dalam semua aspek.

Tanpa kejujuran untuk melihat punca masalah dan menyelesaikan tuntutan rakyat dengan objektif dan demokratik , kerajaan nampaknya akan terus berhadapan kemarahan rakyat .

Amarah rakyat tidak akan dapat dibendung jika pendekatan ini berterusan diambil. Rasa tertekan dan diperbodohkan oleh media awam dan ditambah dengan kenyataan-kenyataan melulu oleh pemimpim kerajaan dan ketua PDRM akan menyebabkan gerakan Bersih tidak akan berhenti.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Pengerusi SAF

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,480 hits
Kalendar
Julai 2011
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: