Isu Wahabi : SEGERA ELAKKAN PERPECAHAN DIKALANGAN UMAT

Kenyataan Media

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

28hb Julai 2011

MAPIM memandang serius terhadap  tercetusnya sekali lagi  isu perpecahan ummah.

Isu dakwaan aliran Wahabi dikalangan sebahgaian masyarakat umat Islam di negara ini yang dituduh terlibat dengan keganasan adalah isu yang tidak sewajarnya dibangkit dengan cara seperti yang tersiar dalam media sekarang.

Saling menuduh dan melontar kenyataan dalam media sepatutnya tidak berlaku , malah MAPIM berpendapat pihak yang bertanggungjawab perlu segera mengundang pihak yang terlibat bersidang dan meredakan pertelingkahan yang berlaku.

MAPIM merasa sangat malang , atas keghairahan satu pihak yang tidak mahu berkompromi dengan satu pihak lagi , nampaknya isu ini kembali ditimbulkan secara terbuka dalam masyarakat yang bakal menimbulkan suasana tidak sihat dikalangan umat Islam.

MAPIM sangat kesal dengan cara perdebatan ini sedang berkembang kerana ia tidak membawa sebarang kejelasan malah menimbulkan lagi kekeliruan dikhalayak ramai.

MAPIM memngesa semua pihak kembali kepada prinsip kewajipan berpegang kepada kesatuan seperti yang dituntut dalam Surah Ali Imran ayat 103.

Rasional MAPIM adalah mudah dan sederhana. Bahawa umat Islam sudah cukup menghadapi pertelingkahan dalaman yang berpanjangan sejak ratusan tahun antara para ulama. Janganlah hal yang sudah sedia maklum mengenai perbezaan yang timbul antara ulama terdahulu diungkit-ungkit semula .

MAPIM mencadangkan perbincangan tertutup adalah lebih wajar dan lebih mencapai matlamat untuk menjaga perpaduan dan kesatuan ummah. Mengadakan perdebatan terbuka akan mendedahkan masyarakat awam yang tidak mendalam mengenai  hujah antara aliran akan menyebabkan lebih banyak rasa tidak senang antara satu sama lain dan perpecahan yang tidak terkawal.

Para ulama dan para penuntut ilmu agama dalam soal yang telah disepakati ada perbezaan antara para ilmuan Islam hendaklah memelihara adab dan kesatuan sebagai prinsip pokok.

Media tidak harus dijadi medan debat yang tidak berkesudahan.

MAPIM mencadangkan semua pihak berwajip dari pelbagai institusi Islam formal dan bukan formal yang melibatkan para tokoh ilmuan Islam mengujudkan suatu Forum Khas untuk sebarang pendapat disalurkan kepada forum tersebut dan pihak-pihak yangmempunyai pandangan dan pendirian sendiri boleh membentang kes yang dirasa maseh keliru dikalangan masyarakat di forum tersebut.

MAPIM ingin mengingatkan bahawa kesatuan ummah tidak boleh digadaikan atas perbezaan dalam isu  furu’  yang boleh dikendalikan secara hikmah dan beradab.

Semua pihak perlu tahu perpecahan antara Musimin akan diambil kesempatan oleh pihak musuh yang menunggu saat untuk menghancurkan kekuatan umat Islam. Contoh yang jelas ialah bagaimana negara Israel boleh ditegakkan di atas bumi Palestin bila perpecahan antara pelbagai aliran politik dan agama berlaku di Asia Barat.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha Agong MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,654 hits
Kalendar
Julai 2011
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: