TERAS dan SALIMAH SOKONG WANITA ISLAM LARANG JADI GRO , MALAH HARAMKAN KERJAYA GRO UNTUK SEMUA WANITA TIDAK KIRA KAUM

 

Kenyataan Media Bersama

TERAS dan SALIMAH

28hb Julai


TERAS Pengupayaan Melayu  (TERAS) dan Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH) menyokong penuh tindakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengharamkan wanita Islam bekerja sebagai GRO (Pegawai Pelayan Pelanggan) di pusat-pusat hiburan dalam kawasan Majlis Perbandaran KuantanMPK seperti yang dilaporkan Bernama kelmarin.

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan “Hasil kajian yang dilakukan mendapati 85 peratus pekerja pusat hiburan terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam dan mereka terdedah untuk meminum minuman yang memabukkan itu.

“Selain itu, ia juga secara tidak langsung memberi kesan negatif apabila GRO beragama Islam, sekalipun tidak meminum tapi mengangkat dan menghidangkan minuman keras kepada pelanggan,”

TERAS dan SALIMAH amat kesal kenapa gejala ini dibiarkan berleluasa sehingga ke tahap ini. Apakah pihak berkuasa serta pemimpin-pemimpin masyarakat termasuk ibubapa tidak mengambil tahu hal ini sejak dari awal lagi.

TERAS dan SALIMAH  berpendirian keputusan dan  tindakan MPK tersebut  sangat wajar kerana gejala maksiat dari kerjaya GRO amat ketara.

Akan tetapi TERAS dan SALIMAH juga mendesak agar bukan sahaja MPK menguatkuasakan peraturan tersebut malah semua Majlis Perbandaran di seluruh negeri Pahang seperti di Pekan , Temerloh dan lain.lain hendaklah melakukan hal yang sama.

Labih jauh dari itu TERAS dan SALIMAH menuntut di seluruh negeri-negeri yang lain juga hendaklah mengujudkan dan menguatkuasakan  undang-undang tersebut termasuk menjadikan kerjaya GRO haram disisi undang-undang Malaysia untuk semua kaum.

Kini Malaysia adalah terkenal antara negara yang menjadi hub pelacuran antarabangsa . Menurut statistik lebih 12 negara menjadi Malaysia sebagai pusat industri seks termasuk Thailand , India , Vietnam , Uzbekistan dan Indonesia .

GRO adalah suatu kerjaya cabang dari industri pelacuran. Kesan sosial dan ekonomi amat besar kepada negara. Ia juga melibatkan aspek terjejasnya kesihatan awam , penghinaan dan perhambaan wanita , goncangnya kestabilan rumah tangga , tergugatnya keselamatan negara serta juga kehancuran budaya dan agama.

Sebagai sebuah negara yang memegang kepada Rukun negara yang berpaksikan Kepercayaan kepada Tuhan serta Ketatasusilaan yang hanya boleh dihayati dengan adanya larangan terhadap sebarang kegiatan yang boleh merosakkan moral , maka larangan sebarang kerjaya yang boleh membawa kepada seks bebas dan pelacuran hendaklah diharamkan samasekali.

GRO hendaklah dita’rif sebagai kerjaya yang tidak bermoral dan diharamkan untuk terlibat mengusahakan pusat khidmat yang berkaitan , mengiklan dan  menjalankan khidmat tersebut dimana-mana premis .

Kerosakkan kaum wanita terutama gadis-gadis remaja dalam kerjaya seperti ini sangat jelas. Kebebasan amalan seks luar nikah di Malaysia sudah sangat mencemaskan. Ini dapat dilihat dengan gejala membuang bayi akibat seks luar nikah yang cukup tinggi.

TERAS dan SALIMAH bercadang untuk melncarkan  kutipan tandatangan untuk menuntut kerajaan mengharamkan kerjaya GRO diseluruh negara . Kutipan tandatangan ini serta memorandum khas akan disampaikan  kepada pihak kerajaan pusat dan negeri supaya kerjaya ini diharamkan untuk semua kaum di negara ini.

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Tel : 019 4744856

 

Datin Aminah Zakaria

Yang DiPertua SALIMAH

Tel : 019 2640989

 

 

 

 

 

 

 

 

Wanita Islam dilarang jadi GRO di Kuantan

Malaysiakini – Jul 27, 11 4:28pm

 

 

Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan menguatkuasakan larangan wanita Islam menjadi pelayan pelanggan atau GRO di semua pusat hiburan di bandar itu pada tahun depan.

Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, keputusan itu diluluskan pada mesyuarat MPK di Kuantan hari ini dan tarikh penguatkuasaannya akan ditetapkan nanti.

Beliau berkata, semua ahli majlis MPK bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sebelum ini agar umat Islam dilarang bekerja di pusat hiburan yang menghidangkan minuman keras di bandar ini.

“Hasil kajian yang dilakukan mendapati 85 peratus pekerja pusat hiburan terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam dan mereka terdedah untuk meminum minuman yang memabukkan itu.

“Selain itu, ia juga secara tidak langsung memberi kesan negatif apabila GRO beragama Islam, sekalipun tidak meminum tapi mengangkat dan menghidangkan minuman keras kepada pelanggan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MPK.

– Bernama

 

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 324,014 hits
Kalendar
Julai 2011
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: