RAYUAN DANA HOSPITAL KANAK-KANAK GAZA

 –  SUMBANGAN UNTUK MASA DEPAN GAZA , PALESTIN

Sejak sekatan Israel secara total ke atas Gaza pada tahun 2006 dan serangan Israel ke atas Gaza pada hujung Disember 2008 , yang kedua-dua tindakan Israel itu direstu  oleh US ,  Gaza menjadi sebuah wilayah yang paling sensara di dunia . Ia menjadi penjara terbuka yang dihuni 1.8 juta penduduk , seluruh jalan keluar dan masuk (darat , laut dan udara) di tutup oleh Israel.

Semenjak sekatan haram dan  zalim dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa itu dikuatkuasakan , penderitaan rakyat Gaza tidak terperi. Mata pencarian mereka dilumpuhkan samasekali akibat kilang , tanah pertanian yang dimusnahkan , bekalan makanan dan ubatan yang disekat (hanya dengan keizinan Israel) , keperluan asas seperti bekalan air bersih dan tenaga elektrik yang terpaksa di catu ,infrastruktur asas tidak dapat dipulihkan , keadaan di Gaza dilaporkan semakin tenat.

Laporan status  kesihatan  yang diperolehi setakat ini ialah seperti berikut:

  • Kadar kematian bayi (Infant mortality rates) yang semakin menurun dalam beberapa tahun ini kini terhenti.
  • 15 dari 27 hospital Gaza telah rusak atau musnah samasekali akibat serangan Israel sehingga kini tidak dapat dipulih.
  • Sejak tahun 2000, sangat sedikit ahli perubatan  dari Gaza  tidak dapat meningkatkan latihan klinikal untuk memberi khidmat yang lebih baik kepada kesihatan penduduk Gaza.
  • Ramai pesakit memerlukan rawatan yang khusus yang tidak diperolehi di Gaza namun sekatan yang dikenakan menyebabkan rawatan pesakit tertunda atau tidak dibenarkan keluar oleh pihak Israel sehingga ramai yang mati kerana tidak mendapat rawatan yang diperlukan.

Menurut laporan seorang  oncologist senior Dr. Zaki Zakzouk melaporkan ramai mangsa yang cedera di kepala dan tengkok . Setelah lebih satu setengah tahun serangan Israel , 100 ubat yang kritkal terputus bekalan . Menurut Menteri Kesihatan Gaza  keadaan rawatan mangsa serangan Israel semakin buruk.Mereka sangat memerlukan rawatan Neurosurgical yang kompleks . Bukan itu sahaja , masalah diburukan lagi kerana dihospital yang ada tidak cukup katil dan katil yang dihubungkan kepada  mesin pernafasan sangat terhad   . Pemindahan darah jenis “o” menjadi sangat genting di Hospital As Shifa di Bandar Gaza kerana peti sejuk yang tidak mencukupi. Malah kerana katil yang tidak mencukupi pesakit terpaksa diletakkan di kaki lima hospital. Bilik pembedahan juga terpaksa menghadapi pesakit yang bertali arus tanpa henti yang menyebabkan ruang yang sedia ada tidak mencukupi.

KANAK-KANAK GAZA DIANCAM WABAK – Amaran Badan Kesihatan Sedunia (WHO)

Mengikut WHO Kanak-kanak menjadi mangsa yang paling menderita di Gaza.

Cerit-berit ( diarrhea) kini merebak bagaikan virus dikawasan yang padat kerana bekalan air tercemar dan air minum sangat sukar diperolehi.

 

Ketika serangan berlaku seorang kanak-kanak Fatima  berumur 2 tahun menderita cerit-berit selama seminggu “Dia sudah menderita lebih seminggu ‘ berkata  Ali Al-Hour, 29, yang cuba menjaga kanak-kanak tersebut di kem pelarian  Neusarat . “Kami terpaksa memasak air dan dicampur dengan susu untuk dia”

Kata-kata lesu oleh seorang ayah ini sebenarnya berlaku begitu meluas dikalangan 1.8 juta penduduk yang mempunyai 56%  kanak-kanak.

“Doktor tidak membenarkan kanak-kanak minum air dari pili” kata  Muhammad Abu Eisheh, 37, yang mencari air untuk tiga orang anaknya di kem pelarian Neusarat .

Polio, measles dan hepatitis sedang mengancam kanak-kanak yang terperangkap dalam keadaan yang buruk ini kerana Doktor telah memberhentikan vaksinasi . Kini krisis kesihatan semakin hampir.

Pada kemuncak serangan , sistem kumbuhan rosak teruk , sedangkan puluhan mayat yang berada dibawah runtuhan tidak dapat dikeluarkan . Sehingga sekarang sistem kumbuhan tidak dapat dipulihkan.

Pada bulan Ramdhan 1431H sebuah Misis khas bantuan kemanusiaan yang diberi jolokan nama Ramadhan di Gaza telah berjaya mrentas sempadan Rafah dan masuk ke bumi  Gaza. Misi ini adalah sebuah kesinambungan dari kejadian sadis serangan tentera Israel ke atas Freedom Flotilla pada 30hb Mei 2009.

Misi ke Gaza melalui darat ini diusahakan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sebuah gabungan badan-badan Islam di negara ini.Ia disertai oleh 44 orang anggota yang terdiri dikalangan wakil pertubuhan , ahli ulama , ahli perubatan , ahli perundangan , ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri, pesara , surirumah , mahasiswa , pensyarah IPT dan Institusi Perguruan , ahli Jurnalis dan media.

Misi paling utama yang telah dapat dicapai adalah mendapat restu dan persetujuan pihak berkuasa Gaza  bekerjasama melancarkan majlis pecah tanah di bandar Gaza untuk mendirikan sebuah Hospital Kanak-kanak (Pedeatric Hospital).

Tujuan utama cadangan membina hospital kanak-kanak ini adalah untuk memenuhi keperluan mendesak Gaza yang mempunyai lebih 56% penduduknya adalah dikalangan kanak-kanak.

Serangan pada hujung Disember 2008 telah menyaksikan korban kanak-kanak yang amat tinggi dan daya menampung kanak-kanak untuk mendapat rawatan dengan hanya sebuah hospital kanak-kanak yang sedia ada  adalah jauh dari mencukupi.

Lantaran itu MAPIM merasa bertanggungjawab untuk mengusahakan sebuah hospital tersebut yang dicadang mempunyai kapasiti 100 katil.

Hospital yang dijangka bernilai RM137 juta ini adalah suatu sumbangan rakyat Malaysia dan juga rakyat seluruh rantau Asia Tenggara kepada rakyat Gaza sebagai suatu hubungan jangka panjang yang diharap dapat dijalin antara rakyat Malaysia khususnya dan rakyat rantau Asia Tenggara umumnya  dengan rakyat Gaza.

 

Adalah direncanakan agar hospital ini dapat disiapkan dalam tempoh satu setengah tahun selewatnya pada pertengahan  2012.

Menjadi harapan besar MAPIM agar seluruh rakyat Malaysia dan komuniti dalam ASEAN memberi sokongan sepenuhnya kepada projek yang sangat bermakna ini kepada rakyat Gaza.

Sesungguhnya nasib dan masa depan Gaza khususnya dan Palestin seluruhnya adalah sangat bergantung kepada daya juang mereka mempertahankan hak mereka serta sokongan dari semua pihak yang cintakan keadilan dan keamanan diperingkat antarabangsa  .

 

 

 

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,969 hits
Kalendar
Ogos 2011
M T W T F S S
« Jul   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: