SALIMAH GESA AGAR ISU AQIDAH DI GUGAT OLEH PEMURTADAN DI ATASI SEGERA DENGAN UNDANG-UNDANG-UNDANG DAN DA’WAH

Kenyataan Media bersama
SALIMAH dan TERAS
15hb Ogos 2011

SALIMAH dan TERAS mengesa semua pihak agar mendekati isu gugatan terhadap aqidah umat Islam melalui kegiatan pemurtadan diatasi dengan cara penguatkuasaaan undang-undang secara berkesan serta da’wah dan dialog yang berterusan.

Melihat kepada sudah berlakunya kes-kes orang Islam memohon keluar dari Islam disebab pelbagai faktor maka pendekatan yang lebih menyeluruh hendaklah dilakukan.

Kami menyokong agar suatu undang-undang yang seragam mengenai Murtad dan pengembangan agama hendaklah digubal.

SALIMAH dan TERAS berpendirian pendekatan undang-undang mengikut Enakmen Undang-undang Syariah negeri hendaklah diambil bila cukup bukti bahawa ada pihak yang menyembarkan dakyah kepada orang Islam secara terang-terangan atau secara halus.

Jika jelas memang boleh dibuktikan ada pihak yang secara terang-terangan cuba memurtadkan seorang Muslim maka peruntukan undang-undang hendaklah dikuatkuasakan.

SALIMAH dan TERAS kesal hal ini tidak dilakukan terhadap kes seperti pemurtadan yang dilaksanakan secara jelas oleh sebuah gereja di Kuala Lumpur beberapa tahun yang lalu.

Ertinya pihak berkuasa perlu konsisten dengan tindakan undang-undang yang ada .

SALIMAH juga berpendirian pendekatan da’wah hendaklah juga dilakukan oleh semua pihak yang merasa bertanggungjawab untuk mempertahankan aqidah umat Islam. Tidak cukup hanya dengan tindakan undang-undang jika orang Islam yang miskin , anak muda yang bermasalah dan ibu tunggal yang terlantar dibiar tanpa pembelaan.

Kami juga berpendapat semua pihak hendaklah menghormati sensitiviti umat Islam bila berkait dengan soal pertukaran ugama .

Sementara penganut agam lain mungkin mempunyai pentafsiran sendiri mengenai kebebasan memilih agama bagi setiap orang , namun syariat Islam punya hukumnya yang tersendiri dalam hal ini.

Sebab itu peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai larangan ugama lain dikembangkan kepada orang Islam adalah di atas pertimbangan menjaga sensitiviti pegangan umat Islam dalam soal aqidah.

Lantaran itu amat dituntut agar umat agama lain memahami isu ini dengan mengambilkira keharmonian dan keamanan yang perlu dijaga di negara ini.

Datin Aminah Zakaria
Yang DiPertua
SALIMAH

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,856 hits
Kalendar
Ogos 2011
I S R K J S A
« Jul   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: