TABUNG BANTUAN KEMANUSIAN SOMALIA DILANCAR

Kenyataan Media

11 hb Ogos 2011

Empat Pertubuhan iaitu MAPIM-TERAS-SHURA –SALIMAH melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Somalia yang akan beroperasi bermula dari hari ini sehingga 3 bulan.

Tabung ini dilancarkan memandangkan tidak terdapat inisiatif dari mana-mana pihak dari rantau ini untuk membantu rakyat Somalia yang dilanda kemarau paling buruk dalam sejarah sejak beberapa minggu yang lalu.

Empat pertubuhan ini bergabung tenaga untuk mengumpul dana bagi dihantar sesegera mungkin bagi membekal makanan dan ubatan kepada kawasan yang paling buruk dilanda kemarau.

Setakat ini usaha sedang dilakukan  untuk mengenalpasti pertubuhan yang akan menjadi rakan pembantu  membeli dan mengedar makanan dan ubatan di Somalia.

Tabung ini akan menghantar bantuan berperingkat.

Mengikut agensi PBB , kemarau di Somalia adalah “worst humanitarian disaster” ( malapetaka kemanusiaan terburuk” di dunia .

Di kem Kenyan , Dadaab,sahaja berlimpahan ribuan pelarian berkumpul dari beberapa lokasi Somalia, Ethiopia dan Kenya .

Program Makanan Seduania menganggarkan 10 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan .

Dana Kanak-kanak PBB mengatakan 2juta kanak-kanak dalam keadaan tidak berzat dan sangat memerlukan alat bantuan nyawa.

Pihak  UNHCR menyeru dunia segera menghantar bantuan sertamerta untuk ribuan pelarian yang datang ke kem setiap minggu. Setakat ini sudah terdapat 380,000 pelarian terpaksa hidup di kem pelarian.

Setakat ini di Dadaab ,Somalia sedang terkumpul “ golongan termiskin dan paling terdedah kepada kematian “ (the poorest of the poor and the most vulnerable of the vulnerable.)

Kadar kematian kanak-kanak adalah 3 kali ganda dari tahap paling tinggi . Yang tidak berzat adalah 50% . Kematian sudah mencecah 58 orang dalam satu minggu.

Mengikut UNHCR sehingga ini 2,000 pelarian  Somalia merentas sempadan Ethiopia setiap hari .

Keadaan di kem sangat parah. Rawatan perubatan  menjadi sangat sulit. Diarrhea merebak dengan sangat pantas.

Kawasan paling buruk ialah kawasan bersempadan antara Kenya, Ethiopia dan Somalia. Manakala Uganda dan  Djibouti juga kini menerima kesan kemarau yang paling buruk.

Program Makanan Sedunia menjangka  10 million juta memerlukan bantuan makanan . Kini ia hanya mampu menyalurkan kepada 6 juta orang sahaja di sebelah Afrika Timur

Bantuan tidak mencukupi sebanyak 40% ($477 juta USD) .

Bagi pihak yang mahu menghulurkan bantuan sila salurkan kepada Tabung TERAS : 0202020010021351 Bank Islam.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Azizan : 0194818687 , Zulkifli Ibrahim 017 5554828 , Pn Noridah  012 2109753

Mohd Azmi Abdul Hamid (019 4744856)

Pengerusi Tabung Bantuan Kemanusiaan Somalia

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden
3 comments on “TABUNG BANTUAN KEMANUSIAN SOMALIA DILANCAR
  1. hani raiha says:

    Assalamualaikum wrt

    Bagaimana Teras akan salurkan derma tersebut? Adakah melalui agensi lan di somalia ataupun terus beri kepada rakyat somalia? Saya perlu tahu sebelum beri derma tersebut. Sekian, terima kasih.

    • ibnuazmi99 says:

      Teras dan Mapim akan usaha hantar terus kepada mangsa kebuluran dgn cara membeli ubat dan makanan di Mogadishu.

      Sila maklum kepada s/u Teras apabila telah masukkan sumbangan ke dlm akuan Teras : sdr azizan 0194818687.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,883 hits
Kalendar
Ogos 2011
M T W T F S S
« Jul   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: