TERAS GESA DASAR MENGELUARKAN KERAKYATAN DITELITI DENGAN RAPI

Kenyataan TERAS
15 hb Ogos 2011

TERAS menggesa pihak kerajaan meneliti semula prosedur mengeluarkan sijil kerakyatan kepada warga asing . Kini warga asing yang berada di Malaysia sudah mencecah jutaan orang di negara ini.

Maklumat yang dikeluarkan amat mengejutkan iaitu seramai lebih 29,000 orang warga asing telah dilulus kerakyatan dalam tempoh 3 tahun yang lalu.

Sementara bagi mereka yang telah didapati layak untuk mendapat kad warga negara di Malaysia , kami berpendapat sangat perlu proses melulus permohonan diteliti agar ia memberi manfaat kepada negara dari segi sosio-ekonomi dan pembangunan dalam jangka pendek mahupun jangka panjang.

Adalah dikhuatiri jika sijil kerakyatan dikeluarkan dengan cara yang terlalu mudah , Malaysia mungkin bakal menjadi syurga pelbagai kelompok yang mungkin tidak memberi keuntungan kepada negara dan akhirnya membeban dan merugikan negara.

TERAS memberi perhatian kepada sungutan ujudnya penganugerahan kerakyatan dikaitkan dengan politik.Kelulusan kerakyatan akan pincang jika berlaku pertimbangan politik menjadi kriteria untuk pihak tertentu mahu memastikan pengundi memihak kepada mereka.

Tindakan ini sama dengan kegiatan menjual kerakyatan hanya untuk mengekalkan kuasa.

TERAS percaya bahawa ujudnya kesangsian ramai pihak mengenai isu ini adalah berasas.

Ada yang berpendapat bahawa suatu kecenderungan pihak tertentu pada masa ini mengeluarkan kad pengenalan adalah disyakki berkait dengan PRU 13 .

Kesangsian ini akan bertambah meluas bila mana terdapat mereka yang memperolehi kad pengenalan dalam masa yang sangat sengkat membolehkan mereka mendaftar sebagai pengundi .

Pihak Jabatan Pendaftaran Negara perlu menjelaskan apakah proses pengeluaran sijil kerakyatan dan pemberian kad pengenalan untuk warga asing benar-benar ditapis berdasarkan kelayakan dan syarat-syarat yang ketat.

TERAS turut mempersoalkan kualiti warga asing yang diambil sebagai warga negara Malaysia selain kerana faktor perkahwinan dan kelahiran . Kami berpendirian pihak kerajaan hendaklah meneliti dengan rapi proses pemberian kad pengenalan dan sijil kerakyatan kerana dalam jangka panjang Malaysia akan dibanjiri pelbagai warga asing yang tidak menentu akan membebankan negara.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,639 hits
Kalendar
Ogos 2011
I S R K J S A
« Jul   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: