TERAS GESA SEMUA PIHAK TUNGGU HASIL SIASATAN JAIS

Kenyataan Media TERAS

8hb Ogos 2011

TERAS mengesa semua pihak menunggu hasil siasatan tindakan JAIS ke atas penganjuran Majlis Makan Malam oleh pihak DUMC dan membiarkan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.

Adalah tidak wajar untuk tanggapan serta persepsi yang tidak berdasarkan bukti dilontarkan terhadap JAIS sehingga menimbulkan kontroversi yang tidak perlu.

Apatah lagi jika isu tersebut menjadi isu politik antara parti yang akan mengeruhkan lagi keadaaan.

Oleh kerana ini bukan kali pertama pihak JAIS bertindak menyerbu premis tertentu yang berdasarkan undang-undang dan bidangkuasa didapati menyalahi peruntukkan undang-undang yang ada , maka memberi  reaksi spontan tanpa menunggu hasil siasatan akan hanya menimbulkan keteganggan yang tidak perlu.

TERAS berharap semua pihak menghormati bidangkuasa yang diperuntukan kepada JAIS sebagai badan penguatkuasa dan siasatan hendaklah dilakukan untuk mengumpul bukti dan meneliti semada kaedah tindakan yang diperuntukan oleh undang-undang dan Perlembagaan Negara dilaksanakan dengan betul .

Kami berpendirian bahawa isu penyembaran agama selain Islam kepada orqang Islam adalah isu agama yang sangat sensitif kepada umat Islam apatahlagi peruntukan dalam Perlembagaan dalam hal ini amat jelas melarang perbuatan tersebut.

Oleh kerana ada pihak yang tidak berhati-hati melakukan acara yang membawa kepada maksud mengembangkan agama selain Islam kepada orang Islam , tindakan tersebut akan pasti mengundang kemarahan umat Islam.

Rasa curiga umat Islam kepada pihak-pihak yang sudah lama mahu membenarkan  penyebaran agama lain dari Islam dibolehkan kepada umat Islam atas nama hak asasi manusia dan kebebasan ada asasnya.

Inilah yang telah lama dipertimbang secara halus ketika Perlembagaan digubal di Negara berbilang agama dan kaum ini.

Oleh kerana itu TERAS menegaskan adalah sangat merbahaya jika ada pihak yang cuba secara halus berselindung disebalik pelbagai kegiatan kebajikan untuk menyembarkan agama lain kepada umat Islam terutama kepada mereka yang memerlukan bantuan .

Mohd Azmi Abdul Hamid   – Presiden TERAS Pengupayaan Melayu

 

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,876 hits
Kalendar
Ogos 2011
M T W T F S S
« Jul   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: