Laporan Misi Bantuan Gaza 2 (RADIG 2)

REPORT NO. 004 RADIG 2 2011

Laporan : NIZAL MOHAMMAD dari Gaza

GAZA,  Sabtu – Gerakan evakuasi para peserta misi Ramadhan Di Gaza kedua (RADIG 2) Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)  pagi ini bermula.

Tindakan dibuat susulan serangan yang semakin meningkat keatas Gaza. Awal pagi jam 4.40 waktu tempatan bunyi dentuman kuat dapat didengari para peserta misi RADIG 2 yang sedang berkumpul selepas solat Subuh.

Kordinasi sedang dibuat dengan pihak kerajaan Gaza, kedutaan Malaysia di Mesir dan pihak berkuasa Mesir.

Walaupun keadaan belum dapat ditentukan untuk proses evakuasi benar-benar dapat dilaksanakan,  para peserta misi RADIG 2 tetap didalam keadaan bersedia untuk bergerak pada bila-bila masa.

Mereka kini berkumpul dilobi untuk menantikan kenderaan yang akan membawa mereka kesempadan Rafah.

Sejak semalam serangan demi serangan dilakukan keatas Gaza. Sewaktu peserta misi RADIG 2 menunaikan solat Jumaat diMasjid Sheikh Abdullah Azzam di Zaitun, sebuah daerah diutara Gaza yang hamper diperbatasan sempadan Gaza – Israel, bunyi dentuman kedengaran beberapa kali.

Bagaimanapun, ini tidak langsung menjejaskan penduduk tempatan dan solat Jumaat serta urusan seharian berlangsung seperti biasa walaupun para peserta misi RADIG 2 umumnya berasa agak cemas.

Sebelum itu, peserta misi RADIG 2 telah dibawa kelokasi serangan udara Israel yang dilancarkan pada awal pagi sebelumnya. Bedilan menepati bangunan  Perpustakaan Awam Gaza yang sedang dibina. Kesan bedilan itu bukan hanya menjejaskan struktur binaan bangunan tersebut malah turut merosakkan  beberapa bangunan sekitarnya termasuk Masjid Sheikh Zayid Sultan An-Nahyan.

Tinjauan dari dekat mendapati, cermin tingkap dan pintu masjid pecah dan beberapa kipas disiling rosak teruk.  Malah, terdapat juga beberapa serpihan bom dilantai masjid.

Pada sebelah petang, peserta misi RADIG 2 telah berkunjung keMasjid An-Nasr di Beit Hanoun yang terletak satu kilometer dari perbatasan Gaza-Israel. Masjid yang berusia lebih 500 tahun dibina semula atas sumbangan penuh seluruh lapisan rakyat Malaysia. Masjid berkenaan telah musnah akibat serangan tentera Israel beberapa tahun lalu.

Penduduk tempatan turut menyambut ketibaan rombongan misi. Mereka turut menyaksikan  penyerahan dana sumbangan rakyat Malaysia oleh Setiausaha Agung MAPIM, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid, yang merupakan ketua misi RADIG 2.

Rombongan misi RADIG 2 selamat tiba di hotel setelah menyempurnakan Iftar yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan wilayah  BeitHanoun. Dalam perjalanan pulang, berita yang didengari melalui radio didalam bas yang dinaiki rombongan misi melaporkan bahawa daerah Zaitun yang baru beberapa jam yang lalu diziarahi telah mengalami serangan bedilan bom Israel.

Penyerahan sumbangan dana untuk pembinaan yang diserahkan oleh Haji Mohd Azmi Abdul Hamid, Setiausaha Agung MAMPIM merangkap Ketua misi RADIG 2 kepada Imam Masjid An-Nasr.

Kesan bangunan Perpustakaan Awam Gaza yang sedang dalam proses pembinaan dibedil tentera Israel yang terletak kira-kira 1 kilometer dari lokasi hotel misi RADIG 2.

Serpihan kaca yang bersepahan di dalam ruang solat Masjid Sheikh Zayid Sultan An-Nahyan yang kedudukannya bersebelahan bangunan yang dibedil.

Kedudukan bangunan Perpustakaan Awam Gaza bersebelahan Masjid Sheikh Zayid.

Masjid An-Nasr di Beit Hanoun, masjid tiga tingkat yang sedang dibina semula atas sumbangan rakyat Malaysia.  Pandangan dari tingkat atas sekali.

Gambar peserta misi RADIG 2 melihat kerja-kerja pembinaan Masjid An-Nasr, Beit Hanoun, Gaza.

Papan tanda digantung di tapak pembinaan semula Masjid An-Nasr.

 

Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “Laporan Misi Bantuan Gaza 2 (RADIG 2)
  1. shamsul berkata:

    Assalammualaikum
    Ana Shamsul . Ana doakan semua sahabat misi mapim di gaza dilindungi Allah dan selamat pulang ke tanahair insyallah
    Sekian Wassallam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,613 hits
Kalendar
Ogos 2011
M T W T F S S
« Jul   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: