MAPIM GESA KERAJAAN MALAYSIA BERUSAHA HENTIKAN KEGANASAN ISRAEL KE ATAS GAZA

 KENYATAAN MEDIA

MAPIM

22 OGOS 2011

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa kerajaan Malaysia mengambil perhatian serius berkaitan situasi terkini di Gaza.

MAPIM  yang telah berada di Gaza selama 4 hari , dari 17hb hingga 20 hb Ogos 2011 , telah menyaksi serangan udara yang dilakukan oleh tentera Israel ke atas penduduk awam Gaza.

Sehingga hari terakhir, iaitu 20hb Ogos , 33 orang ahli misi MAPIM yang berada di Gaza , serangan yang bermula pada khamis 18hb Ogos 2011 lalu , sudah 16 warga Gaza terkorban akibat pengeboman tentera udara Israel. Turut terkorban adalah 3 orang kanak-kanak dan lebih 50 orang cedera.

Pada hari pertama operasi sahaja , 8 kawasan di Tebing Gaza telah dibedil . Peserta MAPIM dapat mendengar dentuman bom berterusan dari hotel tempat mereka menghuni.

Serangan udara Israel pada pagi Jumaat pagi  (19/8) telah mengakibatkan banyak kerosakan besar berlaku di pejabat-pejabat Kerajaan di Bandar Gaza.

Serangan udara menyebabkan kerosakan terhadap pejabat buruh, pejabat kehakiman dan pejabat informasi pemerintah Gaza serta menyebabkan pejabat buruh tidak dapat beroperasi seperti biasa.

Sasaran serangan juga melibatkan jambatan , kemudahan awam , perpustakaan awam dan dan masjid.

Berdasarkan apa yang dilihat dan dialami sendiri oleh ahli misi MAPIM , serangan ini berpotensi untuk menjadi lebih buruk dari serangan pada tahun 2008/2009.

MAPIM mengesa kerajaan Malaysia  segera mengambil inisiatif untuk menggunakan pengaruh diplomatiknya agar mengembleng badan dunia seperti PBB dan OIC supaya berusaha menghentikan keganasan yang terus dilakukan oleh Israel.

Dakwaan Israel bahawa operasi serangan udara yang dilancar adalah akibat dari tembakan roket pelancar oleh pihak Hamas dari Gaza. Akan tetapi gambaran yang sebenar berlaku tidak seperti yang didakwa.

Sering yang diamati oleh ahli misi MAPIM ialah serangan yang dilakukan adalah berat sebelah. Peluru roket berpandu yang dilancarkan oleh Israel adalah lebih jauh lebih membunuh dan merosakkan apa sahaja yang ada di Gaza.

Kerajaan Malaysia perlu meluahkan pendiriannya terhadap serangan Israel ke atas Gaza supaya menggerakkan Negara lain turut prihatin.

MAPIM mengesa supaya Kerajaan mengusulkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersidang segera bagi memastikan serangan dihentikan segera dan senario 2008/2009 tidak berulang.

Kami berpendirian tindakan yang tertunda akan mengundang banyak lagi nyawa orang awam melayang dan kemusnahan harta akan berlaku sekali lagi.

Berdasarkan serangan tahun 2008/2009 , akibat kelembapan  dan kelemahan PBB dan masyarakat antarabangsa untuk bertindak , telah mengakibatkan lebih 1500 penduduk awam Gaza terkorban.

Ketika berada di Kaherah , MAPIM sudah menghantar nota bantahan kepada kedutaan Israel di Mesir .

MAPIM kini sedang menjalinkan hubungan dengan wartawan dan kumpulan jurnalis di Gaza dalam rangka untuk membina mekanisme komunikasi yang berkesan untuk mendapat maklumat terkini dan tepat dari pihak Gaza.

Dalam hubungan ini MAPIM mengesa media di Malaysia mengujudkan hubungan yang akrab dengan sektor media di Gaza. Dengan ini Malaysia boleh mendapat maklumat langsung dan pantas dan perkembangan terkini di Gaza.

 

 

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha Agung MAPIM

 

 

 

 

 

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,991 hits
Kalendar
Ogos 2011
I S R K J S A
« Jul   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: