Mohon Tindakan Terhadap Konsert Black Metal Di Pulau Pinang

 Surat Terbuka

 Kepada pihak Berkuasa Agama, Polis dan Kerajaan

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuan,

Saya mewakili pihak Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS Malaysia), sebuah NGO yang khusus berkerja di lapangan Gejala Sosial dan Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) ingin mengambil perhatian pihak Tuan berkenaan Konsert Black Metal yang akan diadakan pada 10 Septembar 2011 di Dewan Serbaguna Tapak Ekspo Seberang Jaya. Bermula jam 3 petang – 10 malam.

Kumpulan yang akan membuat persembahan pada hari tersebut adalah IMPIETY dari Singapura. Tinjauan yang dibuat pada laman web dan laman sosial rasmi IMPIETY jelas menunjukkan cara hidup BLACK METAL yang mereka promosikan. Perkataan IMPIETY juga dalam bahasa Inggeris jelas membawa maksud Anti-Tuhan dan penyembahan kepada syaitan.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke-9 Penggal Ke-8 yang bersidang pada 22 Jun 2010 telah membincangkan Kertas Kerja Mengenai Kumpulan “Black Metal” Di Negeri Terengganu. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

Amalan dan perbuatan kumpulan “Black Metal” adalah sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu, umat Islam diharamkan menyertai dan beramal dengan kumpulan tersebut kerana perbuatan dan amalan mereka boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam.

Dengan ini, saya ingin memohon perhatian pihak Tuan agar bertindak dalam bidang kuasa yang ada pada Tuan demi menyalamatkan AKIDAH anak muda kita yang semakin hanyut.

Kita hangat membicarakan soal MURTAD dan gerakan gereja tanpa kita sedari bahawa anak muda kita juga lemah menghadapi ancaman akidah melalui hiburan. Lebih malang lagi ia terus menjurus kepada kepercayaan Anti-Tuhan dan penyembahan syaitan sebagai idola.

Melalui laman web facebook yang memprosikan acara ini, sudah ada seramai 685 orang yang menyatakan hasrat untuk hadir. Saya menjangkakan, jalan-jalan akan dipenuhi oleh remaja-remaja berpakaian Black Metal pada hari berkenaan.

Saya berharap konsert ini dapat dibatalkan dan anak-anak muda yang hadir pada konsert ini dapat dikaunseling dan diberi bimbingan sewajarya.

Saya juga berharap, pihak polis dapat memantau aktiviti ini agar tidak terjadi apa-apa kejadian yang tidak diingini.

Disini saya sertakan ‘link’ rujukan untuk pihak Tuan.

facebook:

http://www.facebook.com/impietyofficial

http://www.facebook.com/event.php?eid=173837969345740

Laman Web rasmi kumpulan IMPIETY (Black Metal) : http://www.mightyimpiety.com/

Tindakan daripada pihak Tuan sangatlah kami hargai. Kami memohon nama kami secara individu tidak dinyatakan dalam apa-apa tindakan Tuan demi menjaga keselamatan kami daripada ancaman balas jika ada pihak yang tidak berpuas hati.

http://www.nst.com.my/nst/articles/11hitm/Article

NURFITRI AMIR MUHAMMAD (0137069509).

UNGGAS Malaysia

Angkatan Pemuda Pemudi Islam

Serambi Dakwah,

Lorong Bagan Lalang 22, Taman Bagan Lalang,

Bagan Lalang, 13400, Butterworth, P.Pinang.

 

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden
2 comments on “Mohon Tindakan Terhadap Konsert Black Metal Di Pulau Pinang
  1. admin berkata:

    Aneh..fatwa sesat.di indonesia musik bebas apa adanya..musik metal kok sesat.he3x

    • ibnuazmi99 berkata:

      musik metal difatwa sesat krn belum ada yg tidak menghina tuhan.. ada ngak musik metal yg tak hina tuhan ? klu ada, fatwa ni perlu diperbetulkan.. namun apa yg pasti, musik2 yg menyakitkan telinga krn kebisingan yg kuat, dan hampir2 tak ada lirik yg dpt didengari, pasti ia musik yg tak bermanfaat bagi takwa seseorang kpd Tuhannya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,879 hits
Kalendar
Ogos 2011
I S R K J S A
« Jul   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: