PENGALAMAN MAPIM DALAM MISI KEMANUSIAAN DI GAZA

Kenyataan Media
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM )

4 hb September 2011

 Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM ) ingin merakamkan ta’ziah kepada keluarga jurukamera Bernama Noramfaizul Mohd Noryang terbunuh dalam misi kemanusiaan di Somalia baru-baru ini.

MAPIM berkongsi pengelaman ketika menghadapi situasi yang sangat mencemaskan bila berada di Gaza dari 17-20 hb Ogos baru-baru ini.

Seramai 33 orang sukarelawan berada di Gaza dalam rangka menyampaikan bantuan dan menilai situasi terkini di Gaza.

Anggota Misi Ramadhan di Gaza 2 ( RADIG 2)- MAPIM telah berhadapan dengan keadaan yang mencemaskan bila berlaku serangan dari pihak Israel ke atas Gaza pada hari kedua anggota misi di sana. Serangan pertama berlaku sangat dekat dengan kami apabila Israel melancarkan roket yang merosakkan beberapa bangunan berdekatan ( sekitar 400 meter) dengan hotel dimana kami menginap.

Kami telah mendapat taklimat serta maklumat terkini mengenai tahap keselamatan di Gaza oleh pihak berkuasa Gaza. Dalam pengelaman inilah kami memastikan mempunyai akses kepada maklumat dari pihak keselamatan tempatan agar kami mengetahui apakah yang bakal kami hadapi.

Malah sebelum kami berangkat ke Gaza dari Qaherah dengan menaikki bas , kami telah melakukan latihan simulasi keselamatan pada hari sebelumnya untuk mempersiapkan peserta dari segi fizikal dan mental serta rohani dan juga tindakan kecemasan jika berlaku serangan ketika kami disana.

Ketika serangan berlaku bermula 18hb Ogos , kami telah mendapat maklumat dari masa kesemasa dari pihak berkuasa Gaza dan kami menunggu arahan untuk bersiap melakukan proses evakuasi bila keadaan memerlukan.

Arahan yang diberikan ialah kami hanya bergerak secara berkumpulan dan tidak dibenarkan berpisah. Sementara itu kami mendapat nasihat dari Kedutaan Malaysia di Qaherah mengenai apa-apa langkah yang perlu dilakukan sementara menunggu arahan dari pihak kedutaan untuk memudahkan kami keluar dari Gaza dengan selamat.

Dalam keadaan yang tidak menentu MAPIM bersiap sedia untuk mengoperasikan segala pelan pilihan untuk memastikan keselamatan peserta misi menjadi keutamaan.

Sebab itu ketika urusetia MAPIM merancang misi ke Gaza , pelan alternatif disiapkan untuk menghadapi pelbagai senario yang mungkin berlaku.

Malah kami telah berhubung dengan pihak keselamatan dan Kementeria Luar Mesir untuk memberi kerjasama kepada kami bagi melancarkan perjalanan kami dari Qaherah ke pintu Rafah untuk masuk ke Gaza.

Pengelaman yang penting bagi kami ialah mendapatkan kerjasama dengan pihak berkuasa di mana misi hendak dilakukan terutama dari sudut keselamatan. Sebuah misi perlu memastikan perhubungan dengan pihak berkuasa tempatan diperolehi untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan.

Keadaan yang tidak menentu tidak boleh diambil rengan kerana sebagai warga asing dalam sebuah zon perang , kami hanya boleh meneruskan misi hanya jika kami mendapat perlindungan dari pihak berkuasa tempatan.

Sebab itu kami memastikan setiap peserta misi hendaklah patuh sepenuhnya kepada sebarang arahan sepanjang berada di Gaza yang merupakan zon perang. Kami menetapkan disiplin peserta mesti berada pada tahap yang tinggi kerana MAPIM tidak boleh berkompromi dengan sebarang tindakn seniri tanpa mendapat arahan dari urusetia.

Dalam keadaan inilah kami telah menjelaskan kepada peserta bahawa sebuah misi yang mempunyai risiko yang tinggi , setiap peserta tidak boleh mengambil mudah apa sahaja pergerakkan yang dilakukan selama berada di Gaza.

Tugasan dan pengarahan yang jelas mengikut aliran arahan hendaklah difahami sehingga tidak ada yang keliru atau kabur dengan tindakan yang perlu dilakukan bila situasi menjadi tegang.

MAPIM sangat berterima kaseh kepada pihak berkuasa Gaza dan Mesir serta kedutaan Malaysia di Qaherah yang telah memberi kerjasama kepada kami untuk menjadikan misi kali kedua MAPIM ini sebuah msisi yang berjaya.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agong MAPIM
Tel : 019 4744856
Suite 1 , Tingkat 5 , Perak Techno Trade Center , Jelapang , Ipoh Perak

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,613 hits
Kalendar
September 2011
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
%d bloggers like this: