Beberapa Isu Yang Harus Dibangkitkan Oleh Ahli Parlimen

1.Isu Gejala berjudi dikalangan rakyat.

Menteri Kesihatan telah mengeluarkan kenyataan baru-baru ini bahawa kementerian menganggap perjudian satu penyakit dan ketagihan yang serius. Kesan sosial-ekonomi dan kesejahteraan keluarga akan terjejas jika gejala berjudi tidak dibentaras.
1.Apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk menangani gejala berjudi dikalangan rakyat.

2.Berapa bilangan lesen dan premis berjudi dalam tempoh 2009 -2010 yang telah dikeluarkan? Apakah peraturan yang diguna pakai sekarang untuk meluluskan lesen judi .

3.Berapakah cukai dari hasil industri judi yang diperolehi kerajaan pusat dalam lima tahun terakhir dan Bagaimanakah kerajaan mengguna hasil yang diperolehi dari sumber haram mengikut Islam itu dalam pembangunan negara supaya tidak melibatkan kepentingan masyarakat Islam.

2. Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA)

Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa kini sedang dalam proses menderaf dokumen Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang menjadi panduan kepada kerajaan mengenai sebarang FTA yang akan dimeterai antara Malaysia dengan mana-mana negara atau kumpulan negara.

1.Setakat ini berapakah FTA yang sudah ditandatangani dan dengan negara mana?

2.Sejauhmana pulangan dari segi penambahan perdagangan yang diperolehi dari FTA yang sudah ditanda tangani.?

3.Membekal computer laptop kepada pelajar secara percuma

Kementerian Pelajaran telah mengedar komputer laptop kepada pelajar.

1. Apakah rasional skima ini dilaksanakan.?

2.Berapakah peruntukan yang disediakan?

3.Adakah pembekalan komputer ini melalui pembidaan terbuka? Syarikat manakah yang telah beroleh kelayakan membidaan dan pada harga berapa seunit yang dimenangi pembidaan tersebut?

4.Apakah kriteria yang diguna untuk memileh pelajar yang layak mendapat komputer laptop percuma tersebut. Kenapakah ada senarai yang dibekal oleh sekolah ditolak dan senarai nama dari JKKK yang diterima?

5.Sejauhmana pemantauan dilakukan untuk memastikan pelajar tidak menyalahguna computer yang diberi secara percuma?

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,347 hits
Kalendar
September 2011
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
%d bloggers like this: