MAPIM cadang dana khas bantu anggota misi bantuan kemanusiaan


2011/09/06

IPOH: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyarankan agar rakyat Malaysia menubuhkan dana khas untuk membantu ahli keluarga setiap anggota kumpulan misi bantuan negara yang mengalami kemalangan, kecederaan atau kematian ketika menjalankan tugas di negara yang bergolak.

Pengarah Eksekutif MAPIM, Zulkifly Ibrahim, berkata syarikat insurans yang sanggup memberi perlindungan mungkin mengenakan bayaran premium terlalu tinggi.

“MAPIM mencadangkan agar rakyat negara ini bekerjasama tanpa mengira kaum dan agama memberikan sumbangan ikhlas sekurang-kurangnya RM1 setahun,” katanya di sini, hari ini.

Zulkifly berkata, tragedi yang berlaku ke atas jurukamera BERNAMA TV, Noramfaizul Mohd Nor di Somalia, Jumaat lalu sangat menyayat hati tetapi misi bantuan kemanusiaan rakyat Malaysia terhadap negara yang memerlukan bantuan harus diteruskan berlandaskan tanggungjawab keagamaan dan kemanusiaan.

Noramfaizul, 39, terkorban di Somalia setelah terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan menaiki pacuan empat roda dari memberikan bantuan kepada mangsa kemarau dan kebuluran oleh Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putra 1Malaysia.

Bekas wartawan TV3, Nizal Mohamed, yang menyertai misi Ramadan Ke Gaza Kedua (Radig2) baru-baru ini berkata, anggota media tidak perlu takut menjalankan tugas berkenaan.

“Sebagai seorang profesional media, sememangnya tugas azali seseorang wartawan dan jurufoto atau jurukamera mendapatkan berita dan menawarkannya kepada masyarakat awam walaupun kadangkala mereka terpaksa menghadapi risiko ketika menjalankan tugas diamanahkan dan tidak seorangpun boleh memberi jaminan lokasi yang mereka liputi sentiasa selamat,” katanya. – BERNAMA

sumber : Berita Harian 

Malaysiakini

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,682 hits
Kalendar
September 2011
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
%d bloggers like this: