TERAS TOLAK CADANGAN TERUSKAN PPSMI

Kenyataan Media TERAS
7hb September 2011
TERAS menolak saranan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang menyarankan PPSMI perlu diteruskan hanya kerana kajiannya dikatakan menunjukkan lebih 54% responden dari 33 buah sekolah seluruh Negara menyokong PPSMI dikekalkan.
TERAS berpendirian tegas bahawa keputusan untuk meneruskan PPSMI tidak boleh bersandar kepada penemuan JMM kerana perbahasan ilmiah dari golongan ahli ilmuan dan pakar bahasa telah melihat secara mendalam kesan PPSMI keatas pelajar Melayu terutama di kawasan luar Bandar. Malah implikasi budaya dan jatidiri bangsa sudah dibahasa secara mendalam sebagai akibat dari PPSMI.
TERAS kesal maseh ada pihak yang beria-ia untuk meneruskan PPSMI dengan alasan bahawa ini demi masa depan kerjaya pelajar dan persaingan globalisasi.
Sudah sangat jelas hujah ini tertolak bahawa kemajuan atau kemunduran sesebuah Negara bukan bergantung kepada penguasaan bahasa Inggeris tetapi adalah berdasarkan kekuatan rakyatnya menguasai ilmu melalui bahasanya sendiri seperti Negara Jepun , Perancis , Korea dan banyak Negara di Eropah.
Alasan dangkal ini yang maseh terus dipertahankan menunjukkan pihak yang ghairah untuk menolak keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri alias mejadi insan terjajah yang berkekalan.
Sebenarnya  kajian yang hanya bergantung kepada bilangan responden seperti yang dinyatakan oleh JMM  tidak boleh dijadikan sandaran untuk meneruskan PPSMI.  Kaedah dan soalan-soalan yang dilontarkan dalam bancian tersebut belum tentu mengambarkan kenyataan yang sebenar dan tidak  boleh dipertahankan sebagai kajian yang tahan uji.
TERAS dengan tegas menyatakan bahawa tuduhan dan sindiran bahawa kemarahan masyarakat yang telah menolak perlaksanaan PPSMI adalah tuduhan yang tidak bertangggungjawab.
Pihak JMM sendiri tidak berhak untuk melontarkan tuduhan bahawa gerakan mansuh PPSMI adalah untuk kepentingan pihak tertentu kerana itu adalah suatu penghinaan kepada para pakar bahasa dan ahli ilmuan yang ramai menyertai dan menyokong pemansuhan PPSMI.
Apakah kelayakan JMM untuk mempersoalkan hujah ilmiah para pakar bahasa dan ahli ilmuan yang bersama dengan gerakan mansuh PPSMI hanya dengan bancian rambang yang tidak boleh dipertahankan secara akademik dan ilmiah.
TERAS menolak usaha pihak-pihak yang berselindung diatas nama kemajuan dan persaingan global untuk menampilkan agenda mengenepikan usaha mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengukuhan jati diri.
Mereka harus berterus terang untuk menyatakan bahawa mereka lebih selesa menjadikan  Negara  ini sebagai Negara yang menyisihkan  bahasa ibunda dan bahasa Melayu hanya  sebagai bahasa pasar. Tidak perlu untuk berdalih atas nama masa depan pelajar dan persaingan global.    
TERAS mendesak kerajaan jangan tunduk kepada golongan yang maseh mahu membangkitkan keputusan yang telah diumumkan bahawa PPSMI akan dimansuhkan mulai 2012.
Kerajaan tidak boleh berdolak dalih dengan alasan untuk memenuhi semua kehendak kerana dasar bahasa adalah dasar yang menyentuh persoalan Perlembagaan yang sudah diterima oleh semua rakyat.
Merubah keputusan dan tunduk kepada desakan golongan yang jahil soal bahasa dan implikasi kepada Negara akan mengakibatkan seluruh kredibiliti kerajaan akan dipersoalkan. Rakyat akan bangkit sekali lagi untuk  menyatakan pendirian jika hal ini berlaku.
 
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu
Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,907 hits
Kalendar
September 2011
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
%d bloggers like this: