Perhimpunan NGO bincang akidah, kedudukan Islam

 

2011/09/15

KUALA LUMPUR: Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam akan mengadakan Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah Islam yang dijadualkan berlangsung pada 22 Oktober depan di Stadium Shah Alam, Selangor.

Perhimpunan terbesar NGO Islam berkenaan bertujuan membincangkan mengenai akidah dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia supaya ia dapat dipertahankan selain dihormati penganut agama lain.

Pengerusi Sekretariatnya, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata perhimpunan itu perlu dilakukan berikutan banyak kes berlaku sejak akhir ini seolah-olah memperlekehkan dan tidak menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

“Kita sedia maklum bahawa sejak akhir ini, banyak isu berkaitan akidah dan akhlak membabitkan umat Islam berlaku di negara kita. Malah, ada sesetengah isu turut diheret ke mahkamah sehingga menimbulkan pelbagai pertanyaan daripada umat Islam sendiri.

“Jadi, kita menyeru semua NGO Islam di Malaysia supaya menyertai perhimpunan ini kerana kita ingin membincangkan pelbagai pandangan selain berhasrat melahirkan satu deklarasi yang akan menjadi pegangan kepada kita semua,” katanya pada sidang media di sini, kelmarin.

sumber : berita harian

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 340,662 hits
Kalendar
September 2011
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
%d bloggers like this: