BUMIPUTRA BERDIKARI AKAN JAUH LEBIH BERMAKNA

Kenyataan Media TERAS
1 hb Oktober 2011

TERAS berpendapat bahawa membangunkan skim untuk membantu usaha bumiputera berdikari adalah jauh lebih baik dari hanya memberi subsidi dan bantuan yang belum tentu boleh menjamin kelangsungan dalam perniagaan.

Kami mendapati isu inilah yang tidak ditangani dengan tuntas ketika merancang untuk membangun kaum bumiputera dalam dunia perniagaan.

Sedemikian banyak institusi latihan teknikal dan vokesyenal di negara ini yang umumnya diperuntukkan untuk belia bumiputera namun yang jelas belum cukup berkesan untuk melahirkan usahawan berdikari.

Pelbagai skim pinjaman dan bantuan perniagaan dicurahkan juga belum menunjukkan kesan seperti yang diharapkan.

Malah lebih malang lagi ialah berlaku pileh kaseh dan salah guna kuasa dalam melancarkan skim bantuan atau subsidi yang diberi kepada mereka yang tidak layak dan tidak punya merit.

Sejak DEB diperkenal kegagalan untuk mencapai 30% pemilikkan bumiputera dalam kek ekonomi negara adalah akibat dari kepincangan pelaksanaan.

Bukan sahaja mentaliti subsisi dan terlalu bergantung kepada kerajaan tidak diatasi , malah DEB telah tersasar dari matalamtnya bila golongan yang mengguna hubungan politik mengambil kesempatan untuk meraih manfaat dari DEB padahal tidak mempunyai keupayaan dan kemahiran yang selayaknya.

Akibatnya banyak bantuan dan lesen serta tender yang diberi kepada bumiputera terjual malah berpindah tangan.

Ditambah buruk lagi apabila mereka yang mengali -babakan perniagaan tidak mempunyai keupayaan untuk mengambil kesempatan belajar kemahiran perniagaan dari kaum lain yang lebih banyak berdikari.

Apabila Perdana Menteri membangkitkan bahawa sudah samapai masanya untuk penyaluran bantuan dan peluang mendapat kontrak kepada kaum bumiputera diberi berdasarkan merit sebenarnya sudah lama sepatutnya dilakukan.

TERAS berpendapat walaupun tidak dinafikan kuota dan peruntukan maseh perlu diberi kepada kaum bumiputera namun ia harus kali ini melihat kepada keupayaan dan kesungguhan seseorang , bukan kerana mendapat kontrak berdasarkan saluran politik.

Kami mengamati bahwa sebenarnya campur tangan politik menyebabkan kriteria yang sepatutnya dijadikan pertimbangan diketepikan dan hubungan dengan pihak atasan terutama politik menjadi penentu menganugerahkan kontrak. Sebagai akibat kini kita dapati kaum bumiputera maseh terus berada di belakang kaum lain dalam membangun daya keusahawanan.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS
019 4744856

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,682 hits
Kalendar
Oktober 2011
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: