JANGAN TERLALU BANYAK MENUBUHKAN INSTITUSI JIKA AKHIRNYA PENYELESAIAN UTAMA MASALAH UMAT ISLAM TIDAK DITANGANI DENGAN BERKESAN

Kenyataan Media MAPIM

29hb September 2011

MAPIM menyambut baik keghairahan para ahli kongress menghasilkan 20 butir resolusi dihujung Kongress Majlis Agama Islam Negeri seluruh Malaysia yang baru selesai.

Sementara penekanan resolusi diberi kepada keperluan Majlis Agama Islam Negeri-negeri menjalani transformasi demi meningkatkan peranan dan keberkesanannya , kami berpandangan saranan untuk menambah pelbagai lagi institusi atas nama Dewan, Suruhanjaya dan Institusi diharap jangan pula menyebabkan tumpuan tersasar jauh.

Kami perhatikan setidak-tidaknya 6 buah agensi baru disaran dalam resolusi Kongress manakala 2 lagi institusi disaran di beri nafas baru atau versi baru.

Kita tidak seharusnya mengujudkan agensi-agensi yang baru yang akan menambah lagi beban perbelanjaan atas nama membangun dan memperkukuhkan kedudukan Islam di negara ini .

Apa yang perlu diberi perhatian sesungguhnya ialah untuk melihat kembali fungsi semua institusi Islam yang sedia ada , memperkasakannya , mengkaji kelemahan , menilai keberkesanan , mengukur pencapaian dan menambahbaik perjalananan setiap agensi yang sedia ada.

Saranan agar aspek pendidikan , pengurusan dan pengembangan ekonomi umat , melindungi kesucian agama Islam , mengangkat martabat mahkamah syariah dan pemerkasaaan undang-undang Islam serta penyelarasan sistem pentadbiran agama Islam sememangnya sangat perlu diperkukuhkan.

Akan tetapi jika langkah yang diambil untuk memperbaikki kelemahan ialah dengan mengujudkan beberapa buah lagi agensi baru bukanlah suatu penyelesaian yang bijak.

MAPIM mendapati ada suatu sindrom yang maseh belum terlepas dari pemikir dan peneraju kepimpinan Islam di negara ini bila berbicara mengenai isu umat Islam.

Iaitu tidak mahu akur bahawa masalah-masalah umat Islam dalam pelbagai aspek yang berlaku sekarang adalah akibat dari kelemahan dalam sistem pengurusan dan kepimpinan pelbagai agensi yang sedia ujud .

Sistem pemantauan , penilaian , keberkesanan penggunaan sumber dan peruntukan, kecekapan melaksanakan pelan tindakan ,kemampuan melahirkan tenaga petugas yang berketrampilan , berintegriti dan beriltizam serta keupayaan mengujudkan sistem pendidikan dan pengurusan institusi Islam yang berkesan sepatutnya menjadi fokus utama.

Lalu mencari jalan keluar dengan berlegar-legar disekitar mengujudkan agensi baru tidak akan terjamin menghasilkan natijah yang diharapkan.

Kita harus belajar dari kesilapan bahawa menyelesaikan masalah yang jelas puncanya tetapi memilih untuk mengujudkan agensi yang baru dengan peruntukan perbelanjaan yang ditambah akan menengelamkan fokus yang sebenar.

MAPIM mengalu-alukan kesungguhan untuk memecah persoalan umat semada dari segi mengukuhkan mekanisme dalaman sekaligus memperkemas strategi menghadapi cabaran dari luar.

Namun , jika fokus yang betul tidak diberi kepada merongkai isu-isu yang sedang dihadapi , dikhuatiri kita hanya membesar institusi , dan tidak menyelesaikan masalah keberkesanan fungsi institusi yang sudah ujud.

MAPIM sangat bersetuju supaya aspek pendidikan dan ekonomi diperkasakan kerana dua sektor ini akan menjadi aset utama umat Islam memperkukuhkan kedudukannya dalam jangka masa panjang.

Saranan Kongress agar Lembaga Penyelarasan dan Pembangunan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) ditingkatkan keupayaannya menjadi sebuah Yayasan bagi kami akan sekali lagi mengujudkan usaha yang bertindan lapis dengan pelbagai fungsi pendidikan yang telah direncana oleh Yayasan Islam di negeri-negeri .

Apa yang seharusnya diberi tumpuan ialah mengkaji kenapa pendidikan Islam yang sekian lama dilaksana oleh kerajaan , rakyat mahupun swasta maseh tidak berkesan menghasilkan impak yang diharapkan.

Langkah seterusnya barulah diikuti dengan memperbaikki sistem pendidikan Islam diperingkat mikro secara terperinci.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agung MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 324,687 hits
Kalendar
Oktober 2011
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: