MAPIM CADANG GUBAL SISTEM PENGURUSAN BERDASAR PRINSIP HISBAH DALAM PENGURUSAN KERAJAAN

Kenyataan Media MAPIM
3hb Oktober 2011
 
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM ) mencadangkan agar proses penyeragaman undang-undang syariah antara negeri hendaklah dilaksanakan segera dengan bermula mengujudkan sistem pengurusan Hisbah .
Kami juga mengesa kerangka jangkapanjang dengan misi mengarusperdanakan syariah dalam semua aspek pengurusan dan sektor umat Islam dinegara ini hendaklah sgera dilakukan.
Sejak dari kemerdekaan negara , Islamisasi pentadbiran negara belum mencapai tahap yang sepatutnya walhal peruntukan Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan sepatutnya menjadi payung undang-undang kepada semua usaha mengarusperdanakan syariah di negara ini.
Selain dari penyeragaman syariah dalam bidang yang sudah diusahakan iaitu dalam sektor kewangan negara termasuk perbankan , insurans , pajak dan pelaburan , banyak lagi sektor yang seharusnya dikhtiarkan untuk diterjemahkan konsep Islam yang syumul (menyeluruh) dalam pentadbiran negara.
MAPIM menyarankan agar undang-undang syariah perlu digubal diperingkat pusat sebagai sebuah Akta yang dapat menjadi asas melaksanakan konsep pentadbiran Islam dalam semua bidang .
Jika transformasi yang menyeluruh terhadap Sistem Pengurusan Islam di Malaysia ingin dilakukan dengan serius , kami mengesa supaya keutamaan perlu diberi kepada mengujudkan sistem hisbah seperti yang dituntut dalam pentadbiran Islam.
Menjadikan prinsip-prinsip Hisbah sebagaimana yang dilaksanakan dalam pemerintah Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. sehingga zaman Khulafa Rashidun sepatutnya digubal sebagai perundangan sekaligus sebagai dasar.
MAPIM berpendapat penekanan kepada transformasi Pengurusan Islam semestinya bermula dari usaha mengujudkan sebuah skima melahirkan insan petugas yang berkualiti sebagai tonggak. Petugas yang diterap dengan kualiti ketaqwaan , akhlaq serta amanah dan pertanggungjawaban menjadi asas untuk merombak pengurusan yang sedia ada.
Hal-hal yang lain yang bersifat prasarana , profesionalisme dan struktur adalah aspek sekunder yang boleh dibangunkan kemudian setelah sistem pembinaan kualiti insan dilaksanakan dengan mantap.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agung MAPIM
Tel 019 4744856

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 324,181 hits
Kalendar
Oktober 2011
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: