SHURA DAN MAPIM KUTUK KONSPIRASI AMERIKA DAN ISRAEL UNTUK MENYEKAT KEANGGOTAAN PALESTIN SEBAGAI NEGARA BERDAULAT DALAM PBB – MENGESA ASEAN BERI SOKONGAN PENUH KEPADA PALESTIN

Kenyataan Bersama
SHURA dan MAPIM

30hb September 2011

 Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysial (MAPIM) mengutuk dengan tegas konspirasi Amerika dan Israel menyekat kemasukkan Palestin dalam PBB sebagai negara berdaulat.

Kami menegaskan rakyat Palestin punya hak untuk mendapat kedaulatan setelah menunggu sekian lama iaitu lebih 63 tahun dibawah pencerobohan Israel.

Respon negatif dari Washington dan Tel Aviv tidak mengejutkan kerana kedua-duanya telah menyebabkan segala perundingan tergantung untuk memberi hak kedaulatan kepada Palestin sejak 1948 lagi.

Media Amerika kebanyakannya bergabung untuk menentang kedaulatan Palestin. Pada 19hb September , editor Washington Post memberi tajuk utama, “Usaha yang gopoh untuk Palestin mendapat kedaulatan”.

Akan tetapi sokongan kepada usul memberi kedaulatan itu disokong oleh majoriti masyarakat dunia..

SHURA dan MAPIM menegaskan sokongan penuh dan komited untuk mengembleng pendapat awam seluruh Asia dikalangan masyarakat sivil supaya meningkatkan sokongan.

Kami mengesa anggota ASEAN iaitu ; Malaysia , Indonesia , Thailand , Philippines , Singapore , Brunei , Vietnam , Cambodia , Laos agar bersatu untuk memberi undi menyokong usul ini dalam Perhimpunan PBB.

ASEAN tidak harus teragak-agak menyokong usul ini untuk memberi hak yang sah kepada rakyat Palestin mendapat kebebasan dan keadilan.

Penolakkan Amerika dan Israel harus dibataskan kepada dua negara ini sahaja dan dunia harus mengistiharkan mereka sebagai negara penjenayah.

Sudah diketahui umum jika PBB memberi mandat mengadakan referendum sudah pasti sokongan yang akan diperolehi oleh Palestin adalah sokongan yang luar biasa .

MAPIM dan SHURA yakin dengan keanggotaan penuh Palestin dalam PBB ia akan menjadi satu langkah ke hadapan walaupun maseh banyak isu-isu yang lain yang perlu diperjuangkan untuk rakyat Palestin. Setidaknya suara dan penyertaan Palestin dalam pelbagai forum dunia akan dapat dihadhirkan.

SHURA dan MAPIM menegaskan isu ini tidak boleh lagi ditangguh , dan tidak boleh berkompromi atau berunding secara yang berpanjangan tanpa hasil dan tidak tunduk kepada tekanan Amerika.

Hanya satu agenda sahaja iaitu : Bebaskan Palestin dan beri keadilan kepada rakyat Palestin.

Walaupun banyak halangan akibat kepungan Israel ke atas Gaza sehingga hari ini , SHURA dan MAPIM tegas menyokong kedaulatan Palestin.

Kami percaya isu lain boleh dirunding hanya setelah Palestin mencapai kemerdekaan.

Kami juga mendapat laporan bahawa ada juga rakyat Israel menyokong usul ini. Kecuali Netanyahu, Avigdor Lieberman, dan puak berhalun keras , esktrimis dikalangan penduduk Yahudi dan kelompok pelobi yang menentang usul ini.

Israel kini terperangkap dalam dua aliran , kebanyakan menyokong kemederkaan Palestin , ada yang menentang.

Kami percaya jika keadaan Palestin menjadi seperti yang sedia ada (kemskinan , penindasan), sehingga ini , maka nasib rakyat Palestin akan gelap.

Kami berpendirian bahawa perlu ada mesej yang tegas iaitu jika Palestin tidak dimerdekakan sebagai negara yang berdaulat maka Palestin akan terus dijajah oleh Israel , pihak berkuasa Palestin hanya menjadi suruhan kepada Israel , Palestin tiada kuasa ke atas sempadan sendiri , dan tidak akan ada daya untuk membebaskan Gaza..

Tanah Palestin dan seluruh sumbernya terutama air tidak lagi boleh dibiar dirampas oleh Israel.

Demikian juga kami menuntut agar semua negara Islam jangan berkompromi bila Israel mahu mengYahudikan sebagian Al Quds . Hak Palestin untuk menjadikan Jurusalem sebagai ibu negara hendaklah dihormati.

Kami juga menegaskan hak pelarian rakyat Palestin mesti diberi untuk mereka boleh kembali ke tanah asal mereka .

Demikian segala kesengseraan mesti dihentikan termasuk hidup dalam ketakutan , sekatan ekonomi , hukuman kolektif ke atas Palestin , penangkapan beramai-ramai , penyeksaan , penghinaan setiap harian., pembinaan dinding pemisah serta pencerobohan dan pemusnahan kediaman .

Kami menolak kolobrasi dan perundingan yang tidak pernah selesai dengan Israel.

Kami juga menolak pemimpin boneka . Hanya pemimpin Palestin yang bebas sahaja mesti dipileh melalui pilihan rakyat..

SHURA dan MAPIM mengutuk pelan Amerika untuk mengguna kuasa veto dalam Majlis Keselamatan . mengikut akhbar Ma’an News pada 20hb September, 7 anggota Majlis Keselamatan menyokong dan dua lagi diperlukan untuk membolehkan veto oleh Washington .

Taktik menunda waktu oleh Amerika dan Israel ini perlu didedahkan kepada seluruh dunia.

Alasan Amerika ialah antaranya mendapat masa untuk menekan negara-negara lain untuk ikut telunjuk Amerika , mendapatkan anggota Majlis Keselamatan yang lain menyokong veto Washington dan meminta Mahmoud Abbas tidak mengusulkan isu tersebut dan sebagai ganjaran diberi sesuatu yang selesa untuk beliau.

Abdul Ghani Samsuddin
Pengerusi, SHURA

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausha Agung , MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,556 hits
Kalendar
Oktober 2011
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: