TERAS dan SALIMAH SOKONG HENTIKAN LAMBAKAN FILEM DAN DRAMA HANTU

Kenyataan Media Bersama
TERAS dan SALIMAH

3 hb Oktober 2011

Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH) menyokong Majlis Fatwa Kebangsaan menyuarakan kebimbangannya mengenai isu lambakan filem atau drama hantu di negara ini yang cukup popular sekarang kerana dikhuatiri boleh memesongkan akidah terutama di kalangan remaja Islam.

Kami berpendapat kekhuatiran Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, adalah berdasarkan keperihatinannya terhadap nilai , kesan minda serta pengaruh filem-filem tersebut terhadap kepercayaan tahyul yang boleh membawa kepada syirik.

Asas keperihatinan tersebut seharusnya dihormati kerana ia berdasarkan pandangan agama dan bukan hanya kerana mahu menimbulkan polimik dalam masyarakat.

Pihak yang berkenaan tidak harus merasa tersinggung hanya kerana sudah lama dalam dunia perfileman . Para ulama hanya menjalankan tugas untuk mengingatkan bahawa jika ia boleh membawa kesan kepada aqidah semada kepada pelakon mahupun kepada penonton termasuk kepada sutradara , maka ingatan dan gesaan ulama seharusnya dihormati dan diterima.

Persoalannya dengan filem dan drama tahyul , ialah apakah sebenarnya jenis pemikiran dan saikologi yang hendak diterapkan kepada masyarakat selain hanya dilihat sebagai suatu industri perfilemen untuk hiburan semata-mata.

Jika semua pihak serius untuk membina masyarakat di Malaysia demi menghayati pembinaan tamadun tinggi maka industri perfileman harus menyambut baik teguran yang datang dari golongan ulama.

Kami tidak namapak kenapa selera masyarakat perlu dihidang dengan filem dan drama yang akhirnya tidak membantu membentuk masyarakat yang lebih berilmu dan menghayati kehidupan murni.

Apakah ketika dunia kini sedang berhadapan dengan pelbagai realiti sosio-ekonomi-politik , kesihatan, alam sekitar yang semakin kronik , industri perfilemen kita hanya mahu menyogok masyarakat untuk menonton hal-hal yang tidak membina minda yang produktif.

Kami jug berpendirian betapa pandangan kritikal terhadap filem hantu juga punya kritikan dari sudut psikologi . Perasaan suka melihat cerita-cerita yang memaparkan babak-babak ngeri mungkin seolah-olah dilihat tidak bermasalah namun kesan negatif dalam jangkamasa panjang akan dirasai bila perasaan takut mulai menguasai apa sahaja yang ada persekitaran kerana terlalu ingat kepada unsur tahyul dari filem yang ditonton . Apakah ini sebuah minda dan emosi yang sihat untuk sebuah masyaratkat masakini dan yang mendatang?

Kami menyenaraikan kesan berikut yang boleh meninggalkan impak buruk kepada peribadi seorang kanak-kanak mahupun orang dewasa yang sering terdedah kepada drama dan filem hantu.

Pertama kesan rasa tegang (anxiety) akan terbina dalam perasaan orang dewasa apatah lagi dikalangan kanak-kanak bila filem hantu yang dibikin dengan kesan visual dan audio yang canggih . Ia boleh dan berpotensi meninggalkan kesan berpanjangan. Kedua ialah kesan tidak nyenyak tidur boleh dideritai oleh penonton kerana diburu bayangan filem ngeri yang ditonton. Ketiga ialah perasaan takut yang menyebabkan hilang daya kawal terhadap diri sendiri sehingga perlu sering dibantu akibat terlalu takut dan menghakiskan keberanian untuk melakukan sesuatu dalam kehidupan .Keempat ialah kesan fobia kepada penonton bila pelbagai benda yang dilihat dikait dengan filem yang ditonton . Malah fobia terhadap kegelapan , binatang , bunyi atau keadaan yang terlalu sunyi menyebabkan perasaan takut berpanjangan.

Kami kesal kenapa pihak berkuasa tidak mengambil endah teguran yang disampaikan oleh Mufti sehingga mereka terpaksa menyampaikannya kepada Perdana Menteri . Sikap terlaluliberal dan hanya bergantung kepada Lembaga Penapisan Filem seharusnya tidak menjadi pendekatan pihak berkuasa.

Kami dengan itu menyokong penuh supaya pembikinan dan penayangan filem tahyul dan khurafat perlu dihentikan. Malah lambakan lambakan cerita hantu di negara ini yang mempromosi kepercayaan karut serta tidak membantu masyarakat menjadi produktif hendaklah disekat.

Jika ada pihak yang mempersoalkan gesaan ini dengan melontar hujah apakah selama ini cerita hantu sudah membuat penonton menjadi syirik dan keluar agama , kami menegaskan bahawa bahawa apakah dengan mengadakan filem seperti itu lebih membawa kepada kebaikan atau keburukan? Apakah keuntungan industri filem lebih diutamakan dari agenda membentuk pemikiran yang sihat dalam proses membina masyarakat?

Mohd Azmi Abdul Hamid , Presiden TERAS Pengupayaan Melayu   019 4744856

Datin Ustazah Aminah Zakaria ,Yang DiPertua Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia  0192640989

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 324,181 hits
Kalendar
Oktober 2011
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: