SALIMAH TIDAK BERSETUJU PENDIDIKAN SEKS DALAM SEKOLAH

Kenyataan Media SALIMAH
5hb Oktober 2011

Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH) tidak bersetuju pendidikan seks dimasukkan dalam kurikulum sekolah untuk mengatasi gejala buang bayi seperti yang dicadangkan oleh Presiden Persekutuan Asean Bagi Kesihatan Psikiatri dan Mental (AFPMH), Prof Dr Mohamad Hussain Habil dalam siaran Sinar Harian hari ini 5 hb Oktober 2011.

Alasan kami ialah pendekatan ini adalah pendekatan yang tidak sesuai dengan budaya dan pendidikan Islam yang ada dalam masyarakat kita. Malah pendekatan pendidikan seks yang sudah lama ujud dalam pendidikan Barat tidak samasekali mengekang nilai hidup seks bebas yang sudah bertapak dalam budaya hidup Barat.

Oleh itu adalah tidak sesuai pendekatan ini juga diguna dalam konteks masyarakat timur terutamanya masyarakat Islam yang sebenarnya mempunyai pendekatan tersendiri yang sepatutnya dilaksanakan dengan bersungguhnya oleh pihak yang berwajib bersama penyertaan semua lapisan masyarakat .

SALIMAH mencadangkan pendidikan Islam lebih menjadi keutamaan untuk remaja Islam bagi menangani masalah seks rambang dan gejala buang bayi yang semakin berleluasa.

Kami berpendirian bahawa punca kepada gejala tersebut adalah akibat dari kelemahan dalam pendidikan Islam yang maseh tidak berkesan disamping berleluasanya pelbagai acara serta rangsangan yang mendorong golongan remaja untuk terjebak dalam gejala seks bebas.

Tidak dapat dinafikan terlalu banyak unsur yang meransang seks bebas dalam gaya hidup sekarang terutama dalam acara sosial yang dianjur oleh pelbagai pihak.

Sikap dan nilai hidup liberal yang semakin merebak kini mempengaruhi cara hidup remaja. .

Turut menyumbang kepada gejala ini juga adalah rancangan dalam media hiburan , semada media elektronik mahupun media cetak , yang melampau sehingga melenturkan banteng akhlaq yang cuba diterapkan dalam pendidikan Islam semada dalam pendidikan formal mahupun pendidikan tidak formal dalam masayarakat.

Kami juga menekankan bahawa pendidikan Islam yang hanya disampaikan sebagai satu matapelajaran yang wajib akan gagal mencapai matlamat sebenar jika kebekersanan pengajaran mendidik sahsiah Muslim di sekolah tidak diberi tumpuan.

Sebagai akibat walaupun pendidikan Islam wujud dalam kurikulum pendidikan sekarang namun keberkesanannya dalam pembentukan akhlaq dan sahsiah pelajar gagal dicapai.

SALIMAH tetap berpendapat bahawa cadangan memperkenalkan subjek pendidikan seks dimasukkan dalam kurikulum pembelajaran di sekolah bukan penyelesaian kepada peningkatan kes buang bayi dan gejala sosial dalam kalangan remaja yang semakin membimbangkan.

Sesungguhnya pendekatan yang lebih menyeluruh yaitu memperkukuhkan konsep pendidikan bersepadu dan pendidikan Islam merentas kurikulum adalah pendekatan yang lebih berkesan.

Kami berpendirian sebenarnya jika elemen pendidikan seks itu disampaikan mengikut kurikulum yang ada dalam pendidikan Islam dan pendidikan moral ia akan lebih sesuai dengan budaya dan nilai masyarakat di negara ini.

Persoalan yang lebih penting ialah para pendidik pendidikan Islam di sekolah serta ibubapa di rumah hendaklah menyampaikan kefahaman mengenai isu tersebut melalui perspektif agama secara bijak.

SALIMAH mengesa pihak berkuasa dan semua pemimpin masyarakat menyekat sebarang acara yang bertentangan dengan nilai dan akhlaq Islam yang dianjur oleh pusat hiburan mahpun mana-mana pihak yang lain.

Tindakan juga hendaklah diambil terhadap media yang memaparkan bahan yang bertentangan dengan akhlaq Islam yang sering menjadi bahan popular dikalangan  remaja.

Pihak berkuasa hendaklah menguatkuasakan peraturan dan memantau semua pusat hiburan serta media yang boleh menyumbang kepada gejala seks bebas.

Datin Aminah Zakaria

Yang DiPertua SALIMAH

0192640989

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 324,687 hits
Kalendar
Oktober 2011
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: