SALIMAH GESA SEMAK SEMULA PELAKSANAAN DAN KEBERKESANAN KURSUS PRA PERKAHWINAN

Kenyataan Media SALIMAH

7 hb Oktober 2011

Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH) mengesa supaya dihentikan pihak swasta dari melaksanakan kursus perkahwinan yang diwajibkan kepada pasangan yang akan bernikah supaya kaedah yang lebih berkesan dirangka semula.

Sehingga ini belum dapat dikaitkan semada peningkatan kes cerai yang dilaporkan dapat diatasi dengan tidakberkesannya kursus pra perkahwinan yang dilaksanakan oleh syarikat swasta.

Namun yang pasti kes-kes perceraian dikalangan pasangan muda semakin meningkat.

Kami juga mendapat tahu penglibatan pegawai jabatan agama sebagai penceramah dalam kursus yang dilaksanakan oleh pihak swasta dijadikan syarat untuk pihak syarikat mendapat keizinan .

Namun persoalannya kenapakah isu keruntuhan rumahtangga maseh lagi meningkat. Walaupun faktor lain juga turut menyumbang kepada kes penceraiaan , akan tetapi sepatutnya kes penceraiaan dapat diminimakan akibat kursus yang dilaksanakan dan diwajibkan itu , seharusnya memberi kesan..

Sejak beberapa syarikat diberi kebenaran dan lesen melaksanakan kursus tersebut oleh pihak Jabatan Agama negeri-negeri , sehingga ini belum ada penyemakan yang terperinci dibuat untuk menilai sejauh mana berkesan atau disebaliknya kursus tersebut.

Apa yang pasti dengan yuran yang diperolehi oleh syarikat , keuntungan menjadi fokus lebih berbanding melihat keberkesanannya .Keberkesanan kursus itu yang sepatutnya untuk melahirkan pasangan yang harmoni berlandaskan ajaran Islam nampaknya tidak berlaku sebagaimana sepatutnya.

Dalam banyak kes , peserta kursus hanya berminat untuk mendapatkan sijil kursus tanpa mahu benar-benar mempelajari segala ilmu kekeluargaan dan syarat perkahwainan yang disampaikan.

SALIMAH mengesa agar disemak semula kandungan sukatan dan teknik penyampaian serta keberkesanan kursus tersebut .

Pihak jabatan agama dan Jakim perlu mengambil alih perlaksanaan kursus tersebut sepenuhnya dan melakukan perubahan sukatan dan teknik penyampaian.

Datik Aminah Zakaria

Yang di Pertua SALIMAH

0192640989

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,507 hits
Kalendar
Oktober 2011
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: