CADANGAN AWAL TATACARA PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA QARYAH

oleh Mohd Azmi Abdul Hamid – TERAS Pengupayaan Melayu

 Premis

  • ·         Qaryah adalah struktur masyarakat Islam terkecil dalam negara.
  • ·         Qaryah sepatutnya menjadi wilayah operasi membangunkan komuniti Muslimin paling berkesan sebagai komuniti yang celik , sedar tanggungjawab , dinamik , beriltizam dan memenuhi ciri-ciri khairo ummah yang Islami.
  • ·         Qaryah merupakan suatu kawasan kependudukan masyarakat Islam yang lebih mudah dikenalpasti isu-isu yang dapat ditangani secara pengemblengan bersama dikalangan  seluruh anak qaryah.
  • ·         Qaryah adalah medan kerja da’wah dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat yang boleh dilaksanakan dengan berkesan : sosial-budaya, ekonomi , pendidikan , kebajikan , kesihatan , penjagaan alam sekitar , pengurusan sumber tempatan , pembinaan kanak , remaja , belia , pembangunan kaum wanita , pengurusan konflik , pendidikan budaya hidup kepenggunaan dll.

1.      Menyemak dan menilai semula fungsi Ahli Jawatankuasa  Qaryah secara menyeluruh.

a)      Misi dan Visi AJK Qaryah

b)      Ciri-ciri kepimpinan AJK Qaryah

c)      Ciri-ciri qaryah yang hendak dibentuk

d)      Tugas dan Tanggungjawab setiap AJK Qaryah

e)      Displin gerkerja AJIK Qaryah ( bilangan mesyuarat , laporan mesyuarat , lapiran aktiviti , pengurusan dan laporan kewangan)

2.      Cadangan merangka  matlamat menjadikan Ahli Jawatankuasa  Qaryah sebagai penggerak pembentukkan masyarakat Islam mithali .

                                 i.            Pembinaan kualiti kepimpinan dan semangat bekerja dengan iltizam dan bersatupadu dikalangan AJK Qaryah

ii.            Siri latihan pengukuhan dan pengkayaan ilmu dan kemahiran keorganisasian AJK Qaryah.

iii.            Bengkel penghayatan sisi dan visi membangun qaryah mithali

iv.            Latihan AJK Qaryah sebagai penggerak melahirkan masyarakat qaryah sebagai qaryah berciri “khairo ummah”

3.      Tatacara cara pemilihan AJK Qaryah

                                 i.            Setiap Pengerusi Qaryah memegang jawatan pengerusi tidak lebih dari 2 tahun.

ii.            Pengerusi Qaryah hanya boleh bertanding semula selepas satu tahun beliau tamat tempohnya.

iii.            Syarat/kualifikasi kelayakan untuk bertanding bagi jawatan Pengerusi hendaklah beliau bermastautin  dalam kawasan qaryah , selalu hadhir dimasjid , mempunyai pengetahuan agama yang minima setelah ditemuduga oleh Jabatan Agama, mempunyai akhlaq yang baik dan dihormati oleh anak qaryah.

iv.            Semua AJK Qaryah yang lain yang bertanding hendaklah bermastautin dalam qaryah.

v.            Bilangan AJK Qaryah dihadkan kepada 20 orang

vi.            Kuota AJK Qaryah hendaklah diperuntukan kepada kaum ibu 3 orang , 5 orang pemuda dan selainnya dikalangan orang dewasa.

vii.            Sistem perwakilan dari wakil-wakil surau-surau dalam qaryah  untuk mengundi dalam pemilihan AJK qaryah.

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,613 hits
Kalendar
Oktober 2011
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: