FACEBOOK MENANAM BUDAYA FITNAH DAN MENCEROBOH PRIVASI .- SALIMAH TUNTUT FATWA DIKELUARKAN

Kenyataan Media  SALIMAH

12hb Oktober 2012

Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH) mengesa pihak Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan hukum dari padangan syara mengenai penggunaan Facebook yang banyak mendatangkan kesan buruk kepada golongan remaja dan untuk menfitnah dan menceroboh kehidupan orang lain.

Jika jelas ia lebih banyak membawa keburukan dari kebakan maka fatwa perlu dikeluarkan untuk memastikan kesan buruk kepada masyarakat Islam khasnya dan rakyat di negara ini amnya menghindari dari ketagihan kepada facebook.

SALIMAH  memandang serius laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu  isu gejala kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB).

Kesannya merentas pelbagai aspek ke atas seseorang yang ketagihan dengan fb ; kesan sahsiah diri, sosial , kesihatan , produktiviti kerja ,

Jelas kesan negatifnya sangat mengkhuatirkan terutama apabila terdapat kepribadian negatif sudah menyerap ke dalam diri mereka seperti menipu, mencuri dan  antisosial .

SALIMAH berpendapat bahawa impak negatif seperti gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial  yang disuarakan oleh  Mohd Fadzil Che Din, Pengarah Institut Sosial Malaysia perlu mendapat perhatian serius semua pihak.

Semua penemuan beliau itu jelas menunjukkan jika sesuatu tidak dilakukan oleh pihak berkuasa , ibubapa , pendidik , kaunselor serta pemimpin masyarakat ,generasi pelajar yang terlibat akan bakal menjadianggota  masyarakat yang sangat parah dimasa depan.

SALIMAH menambah bahawa terdapat banyak lagi kesan negatif yang akan berlaku kepada seseorang yang ketagih melayari fb .

Keghairahan untuk  seluruh kehidupan seseorang didedahkan kepada seluruh dunia sememangnya mempunyai kesan negatif ; gambar diri ,maklumat peribadi , hobi , apa yang disuka , apa yang dibenci … semuanya didedahkan mengikut kehendak seseorang kepada rangkaian teman-teman (friends) yang baru dan yang lama.

SALIMAH mendapati ramai yang menjadi ketagih dengan FB . Seorang anak muda menjadi ketagih untuk sentiasa mahu menghantar mesej baru , menyemak mesej orang lain , mengemaskini status diri , , bergaul dengan orang yang tidak dikenali,  akan  sering berada didepan komputer berjam-jam setiap hari. Walhal banyak bahan-bahan mengemaskini maklumat dalam fb  yang tidak banyak  bermanfaat.

Lebih teruk lagi ialah bahan yang dimuatkan pula adalah maklumat palsu untuk memancing mangsa. Kerana perhubungan yang dilakukan bukan secara berdepan , maka fb boleh menjadi medan untuk mereka-reka  apa sahaja maklumat dengan tujuan jahat.

Kesan membenarkan orang lain dengan bebas meneroka dan akan cuba mendalami maklumat diri seorang kenalan akan akhirnya berpotensi untuk menceroboh kehidupan peribadi  orang lain.

Yang pasti ramai akan hanya mempunyai kenalan fb tetapi kebanyakannya bukan kawan sebenar. Ini boleh sahaja membenarkan individu itu diggangu yang akhirnya membawa kesan buruk kepada kehidupan seseorang.

Padahnya ialah minat untuk berkenalan dengan teman sebenar dalam masyarakat  semakin terhakis kerana ramai pengguna fb hanya cenderung untuk berhubung secara maya hanya dalam fb semata.

Lebih parah akan ada kecenderungan untuk berbohong kerana kenalan boleh memberi maklumat palsu sesuka hati untuk menambat orang lain..

Natijah lebih buruk ialah ada laporan yang mengaitkan kes cerai yang bertambah yang dikaitkan dengan fb.

SALIMAH juga sangat prihatin bila terdapat lagi laporan media yang mendedahkan Kanak-kanak, remaja layari internet 19 jam seminggu    .

Dilaporkan bahawa kanak-kanak dan remaja Malaysia yang berusia lapan hingga 18 tahun didapati melayari internet pada purata 19 jam seminggu.

Ini akan menambahkan lagi berkembangnya gejala sosial yang mudah diperolehi dari melayari internet tanpa kawalan..

SALIMAH memandang serius kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang berkata berdasarkan laporan antarabangsa, Norton Online Family Report 2010, hanya empat daripada 10 ibu bapa di negara ini yang mengawasi kandungan laman yang diakses oleh anak mereka. Pada hal penembusan internet sudah semakin meluas dinegara ini iaitu dijangka 70% dari populasi 28.6 juta menjelang 2015

 

Datin Aminah Zakaria

YDP SALIMAH

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 347,367 hits
Kalendar
Oktober 2011
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: