HIMPUN MENGHARAPKAN SELURUH RAKYAT MEMAHAMI SENSITIVITI MURTAD DIKACA MATA UMAT ISLAM

Kenyataan Media 

12hb Oktober 2011


HIMPUN mengharapkan seluruh rakyat Malaysia melihat perhimpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah yang akan diadakan pada 22hb Oktober 2012 di Stadium Shah Alam sebagai suatu peringatan kepada semua pihak agar menghormati dan sensitif terhadap kedudukan Islam di negara ini.

Titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai isu  pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu oleh JAIS telah dengan jelas menunjukkan bahawa baginda mahu agar sebarang usaha cuba memurtadkan orang Islam hendaklah dihentikan.

Kami berpendirian bahawa  tindakan JAIS keatas DUMC adalah sebagai suatu peringatan bahawa sebarang tindakan secara terang-terangan mahupun secara halus tidak boleh dikompromi oleh umat Islam dan JAIS berhak bertindak berdasarkan enakmen yang sedia ada.

Lantaran itu seluruh rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini perlu menghormati hal tersebut tanpa pra sangka .

Sesungguhnya perhimpunan yang akan diadakan hanyalah untuk menegaskan hal ini secara lantang dan berterus-terang bahawa umat Islam ingin hidup secara aman dan damai dinegara ini mengikut lunas undang-undang dan kerangka Perlembagaan  Persekutuan yang sudah disepakati sejak kemerdekaan  negara  dicapai.

Kami percaya umat Islam adalah komuniti yang sangat bertoleransi untuk hidup secara harmonis dengan penganut agama lain sebagaimana telah dibukti semenjak tahun 1957.

Walaupun sejarah umat Islam dimurtadkan dan dinafikan hak untuk melaksnakan undang-undang Islam ke atas umat Islam sendiri , kami yakin selagi kedudukan Islam dan pegangan umat Islam dihormati dan tidak dicerobohi  , umat Islam maseh boleh hidup dengan penuh hormat dengan penganut agama lain.

Malah dengan kebebasan yang sangat luas untuk penganut agama lain mengamalkan agama masing-masing dengan aman dan damai , kami tidak nampak kenapa ada pihak yang merasakan hak mereka mengamalkan agama mereka dinafi di negara ini.

Kami hanya mahu mengingatkan bahawa kebebasan seperti ini tidak terdapat di negara-negara lain kerana yang hendak dicapai antara umat Islam dan penganut agama di negara ini adalah kedudukan hidup yang harmonis tetapi tetap dalam batas menghormati dan tidak menceroboh pegangan hidup umat Islam.

Kami percaya titah Sultan Selangor ituadalah ikhlas  dan semua pihak harus menerimanya  dalam konteks menjaga keharmonian hidup beragama di negara ini dan bukan dengan pra sangka bahawa hak penganut agama lain hendak dinafikan.

Persoalan yang asasi yang hendak dirongkai dalam isu ini ialah bagaimana aqidah umat Islam yang kini sedang mudah digoyah oleh pihak lain perlu dibentengi dan dalam masa yang sama supaya penganut agama lain dinegara ini memahami bahawa murtad dan pemurtadan adalah suatu jenayah yang tidak boleh dikompromi dalam Islam.

Untuk seseorang itu menganut Islam dengan pilihan nya sendiri, sebarang paksaan adalah ditolak oleh Islam. Akan tetapi bilamana seseorang itu telah menerima Islam maka murtad atau keluar Islam dengan sengaja hendaklah bersedia menerima hukuman Islam yang telah ditetapkan.

Kami dengan bersungguh-sungguh mahu menjelaskan bahawa  HIMPUN mahu mengajak semua pihak mendapat kefahaman yang jelas dari gerakan ini bahawa isu Aqidah umat Islam adalah isu pokok.

Sebarang pra sangka dan debat yang boleh menimbulkan ketegangan perlu dihindari dengan semangat bahawa negara ini telah mempunyai kerangka Perlembagaan yang boleh mengujudkan keharmonian yang diperlukan berdasarkan demografi penganut agama di negara ini.

HIMPUN mahu memohon agar pihak Raja-raja Melayu kali ini dapat tampil dengan berwibawa untuk menyatakan ketegasan bahawa soal tanggungjjawab perlindungan agama dan pegangan aqidah umat Islam perlu dilaksanakan dengan penuh amanah pada sepanjang masa.

Adalah menjadi kewajipan semua pihak untuk menghormati hak Raja-raja Melayu untuk memastikan penguatkuasan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam di negeri-negeri adalah dibawah bidangkuasa Raja-raja Melayu.

Lantaran itu tindakan yang selaras dengan Enakmen yang ada sangat perlu dihormati kerana ia adalah peruntukan Undang-undang yang dipayungi oleh Raja-raja Melayu.

Kami mengharapkan pernyataan untuk melihat campurtangan Istana dalam hal yang berkaitan dengan kuasa agama hendaklah dilaksanakan secara konsisten kerana sudah ada insiden bahawa pelanggaran undang-undang sebuah gereja yang telah memurtadkan seorang wanita Melayu beberapa tahun yang lalu tidak diambil tindakan oleh pihak Jabatan Agama  dan tidak ada campurtangan Istana.

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Pengerusi HIMPUN/Presiden TERAS

019 4744856

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,347 hits
Kalendar
Oktober 2011
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: