KAJI SEMULA PERLAKSANAAN BANTUAN RM 100 UNTUK 5.3 JUTA PELAJAR

Kenyataan Media TERAS

13 hb Oktober 2011

TERAS mengesa agar pihak Kementerian mengkaji semula pemberi bantuan one-off RM 100 kepada 5.3 juta pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 5.

Kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi , bahawa pelajar dari keluarga berada boleh menolak bantuan itu menunjukkan bajet yang diumumkan untuk perkara tersebut tidak difikirkan secara teliti.

Kami berpendapat sepatutnya proses pencerakinan untuk menentukan kumpulan sasar yang paling strategik untuk tujuan meringankan perbelanjaan golongan berpendapatan rendah dirancang dengan berhati-hati . Bukan diumum dan kemudian menyatakan bahawa ada pihak boleh menerima atau menolaknya.

Soalnya bajet sebesar itu boleh dikurangkan malah untuk memastikan keutamaan diberi kepada golongan yang benar-benar layak.

TERAS berpendapat ini adalah pendekatan yang tidak bijak dan sangat bersifat populis.

Dengan mengumumkan bahawa pelajar dari keluarga berada boleh memileh untuk menerima atau menolak bantuan RM100 itu jelas merupakan kenyataan yang tidak menunjukkan pengurusan bajet yang berhemah.

Terlalu banyak kes bantuan yang diedarkan dalam bentuk wang tunai tidak sampai kepada golongan yang layak dan yang benar-benar  memerlukan disebabkan campurtangan pihak dari luar sekolah.

Sebagai contoh pengedaran note-book (komputer riba) yang telah diedar pada tahun 2011 ini telah menyebabkan ada keluarga yang mendapat lebih dari satu komputer.

Walhal ada pelajar tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Apa yang lebih mengecewakan lagi ialah ibubapa yang berebut-reput untuk memastikan anaknya mendapat komputer tidak pula tahu bagaimana hendak mengawal anak mereka agar tidak menyalahgunakan komputer tersebut dengan perkara-perkatra yang tidak menepati tujuan ia diberi secara percuma.

Ditambah lagi tidak ada pemantauan yang dapat dilakukan oleh pihak sekolah sendiri.

Jelas dasar dan perancangan untuk mengedar bantuan dengan cara seperti ini berakhir dengan pembaziran , salahguna dan memberi kesan negatif kepada pelajar.

TERAS mengesa supaya pihak Kementerian Pelajaran segera menjalankan proses memprofail pelajar dari golongan miskin dan keluarga yang berpendapatan rendah dan hanya menetapkan mereka sahaja yang layak menerima bantuan tersebut.

Wang yang selebihnya haruslah di manfaat untuk meningkatkan latihan kemahiran dan  professionlaisme guru yang sudah banyak dikurangkan  sejak dari bajet tahun 2009 dan 2011.

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 324,687 hits
Kalendar
Oktober 2011
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: