Krisis Syiria : Nota Tuntuan dan Desakan

MAJLIS PERUNDINGAN PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA (MAPIM)

Malaysian Islamic NGOs Consultation Council

d/a Suite 1, Level 5, Perak Techno-Trade Centre (PTTC). Bandar Meru Raya

off Jalan Jelapang 30020 Ipoh . Perak , Malaysia.

Tel: +60123333825 / +60143249697 atau +60175606131 tel/fax: +605 3113340

Kepada : Duta Besar Syria di Malaysia

Tarikh : 14 Oktober 2011 (Jumaat)

 NOTA TUNTUTAN  DAN DESAKAN

 DARIPADA PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA KEPADA KERAJAAN SYRIA.

 Sesungguhnya kami membantah pelangggaran hak asasi manusia yang sedang berlaku di Negara Arab Syria dan kami menuntut supaya dihentikan dengan segera penggunaan senjata yang membunuh rakyat, menggesa supaya ditarik balik tentera dan anggota keselamatan dari jalan- jalan raya dan kembalikan mereka ke tempat yg sebenar.Ini kerana rakyat Syria tidak menghendaki itu kecuali kesejahteraan dan keamanan, mengembalikan kehidupan yang adil diantara puak dan kaum serta bebas menghayati agama. Rakyat ingin kehidupan seperti negara – negara yang aman didunia ini. Kami sangat merasa kesal atas tindakan-tindakan tersebut :

Isu Kezaliman keatas muslimah Zainab: Kami mengetahui bahawa undang – undang cuba diselewengkan sedang apa yang diceritakan dalam tv Syria mungkin perkara itu benar berlaku dan mungkin sebaliknya. Namun apa yang pasti dia adalah seorang perempuan Syria. Kezaliman yang dilakukan kepada wanita yang bernama  Zainab tidak boleh  diterima sama sekali. Sedangkan disana ratusan perempuan  sedang berhadapan dengan ancaman rogol, penyeksaan dan penangkapan . Begitu juga ratusan anak kecil diseksa, dibunuh,dikerat jasadnya dengan penyeksaan . Begitu juga remaja yang dizalimi seperti kes Hamzah dan Thamer.

 Isu pencerobohan kesucian agama Islam : Kami amat kesal terhadap apa yg dilakukan keatas ahli ilmuan seperti Syeikh Sariah Arrifaeie , Syeikh Kuraim Rajeh . Masjid – masjid telah dirempuh dan menara azannya dirobohkan, halamannya dirosakkan mengakibatkan sebahagian yang lain tergendala operasinya . Kejadian di Masjid Arrifaeie di Kaearsusah, Masjid Al Umary di Dar’a dan di Masjid Othaman di Der Zuur bukti nyata jenayah penyalahgunaan undang-undang dan pelecehan terhadap agama dan pengamalnya melalui konspirasi tersusun kerana ini semua berlaku di seluruh negeri Syria.

Kami mendesak kerajaan Syria  supaya mengiktiraf Majlis Watani (SNC – Syria National Council/ Majlis Kebangsaan Syria) kerana itu adalah wakil yang diterima oleh rakyat Syria .

1) Menuntut agar hak kehidupan yang aman dan tiada keganasan kepada seluruh rakyat Syria tanpa mengira latar belakang politik dan fahaman.

2) Menuntut dihentikan pembunuhan dan kekejaman kepada seluruh rakyat Syria.

3) Menuntut agar hak kebebasan bersuara dan hak asasi manusia dipulihkan segera untuk dinikmati oleh rakyat Syria.

4) Menuntut supaya dipulihkan segera hak demokrasi untuk rakyat Syria dengan memilih pemimpin dengan adil dan saksama.

5) Menuntut diadili rakyat Syria yang ditahan dipenjara-penjara dan tidak ditahan mereka tanpa sebab munasabah serta tidak menjadikan mereka mangsa tahanan politik yang tidak adil.

6) Menuntut supaya dikembalikan semua harta benda yang dirampas dari rakyat Syria tanpa  hak yang munasabah.

7) Menuntut agar hak rakyat Syria yang telah menjadi pelarian di negara-negara jiran pulang ke tanah air dengan aman dan selamat tanpa menzalimi mereka.

8) Menuntut untuk mengadili sebarang bentuk kezaliman dan jenayah yang dilakukan mengikut undang-undang yang sah kepada sesiapa yang telah menceroboh hak kemanusian rakyat Syria samada pembunuhan,kecederaan,perampasan harta dan lain-lain.

9) Menuntut agar dibenarkan badan-badan bantuan kemanusiaan antarabangsa termasuk Bulan Sabit Merah atau Palang Merah Antarabangsa memasuki Syria untuk membantu mereka yang tercedera dan menghulurkan bantuan kemanusiaan.

10) Menuntut supaya kerajaan Syria dan pihak penentang kembali ke meja rundingan untuk perdamaian dan pengislahan negara Syria demi keadilan dan keamanan seluruh rakyat Syria seperti yang dituntut oleh syariat Islam yang mulia.

Haji Mohd Azmi bin Abdul Hamid

Setiusaha Agong Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)


Ustaz Haji Abdul Ghani Shamsuddin 

Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA)

Mustapa Mansor

Pengerusi Solidariti Rakyat Malaysia untuk Rakyat Syiria (SRMURS )

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,432 hits
Kalendar
Oktober 2011
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: