MAPIM KESAL ADA PIHAK YANG MENCARI CELAH UNTUK MENGUJUDKAN PERSENGKETAAN ANTARA DUA NEGARA

Kenyataan Media MAPIM

14hb Oktober 2011

 

Majlis Perundingan Perutubuhan Islam Malaysia (MAPIM) memandang serius tunjuk perasaan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta kelmarin.

Ada pihak yang nampaknya terus mencari alasan utnuk mengujudkan persengketaan antara dua Negara.

MAPIM kesal dan membantah serangan sekumpulan penunjuk perasaan yang menyerang  kedutaan besar Malaysia di Jakarta kelmarin.

Tindakan yang hanya bersandar kepada alasan dari kenyataan yang tidak kukuh malah tidak sah oleh Naib Ketua Komisi 1, Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), T.B. Hasanuddin yang mendakwa, Indonesia kehilangan 1,400 hektar di Camar Bulan serta 800 meter garis pantai di Tanjung Datu adalah sangat tidak wajar.

Padahal susulan itu, empat menteri Indonesia menafikan dakwaan berkenaan yang disifatkan tidak memiliki sebarang asas yang kukuh. Perjanjian persefahaman yang dibuat semasa era pemerintahan Belanda dan British pada tahun 1891, 1915 dan 1928 sepatutnya dijadi asas kepada isu ini.seperti yang diperkatakan oleh seorang Menteri Indonesia ,Marty Natalegawa.

MAPIM sangat kesal kenapa perhubungan baik antara Malaysia dengan Indonesia sering dicemari dengan tindakan yang tidak matang oleh sekelompok kumpulan yang mencari – cari sebab untuk mencetuskan konflik.

MAPIM mengesa semua pihak di Malaysia dan di Indonesia mengambil perhatian bahawa perhubungan aman dan akrab antara Malaysia dan Indonesia bukan sahaja sebagai Negara tetangga tetapi juga sebuah jalinan yang mempunyai perkaitan bangsa serumpun perlu dijaga agar tidak memberi ruang pihak lain untuk mencelah dan merosakkan hubungan ini.

Aksi tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan, Forum Betawi Rempug (FBR) perlu diambil tindakan yang wajar oleh pihak berkuasa Indonesia.

MAPIM mengesa pihak media dan kelompok NGO kedua-dua Negara berhati-hati dalam membahaskan sebarang isu yang dianggap bermasalah supaya tidak berkembang menjadi diluar kawalan.

Pihak media dari kedua belah pihak perlu berusaha agar sebarang masalah yang timbul dilapor dengan cara yang bijak dan hikmah supaya tanggapan yang tidak betul dapat dihindari.

Kenyataan yang tidak berasas dan tidak bersandar kepada fakta yang tepat perlu dihindari agar tidak mencetuskan ketegangan yang akan diambil kesempatan oleh pihak luar.

Kenapakah kenyataan yang dikatakan Malaysia  mengambil tanah seluas lebih 1,000 hektar secara haram di Kalimantan Barat tidak disiasat dengan teliti sebelum ianya diungkap secara terbuka oleh pihak yang berkenaan.

Jika kenyataan tersebut punya bukti sekalipun ia adalah urusan pihak berkuasa untuk mengadakan perbincangan , bukan dengan meletupkannya sebagai isu untuk menimbulkan reaksi marah dari golongan yang berkaitan.

Tidak ada cara yang lebih baik dari “mengajar” sesama tetangga untuk berunding dengan penuh diplomatik dan berprasangka baik supaya sebarang konklusi tidak tepat dapat dihindari.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausha Agung MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,558 hits
Kalendar
Oktober 2011
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: