MUFLIS – BUDAYA BERBELANJA DIKALANGAN PENGGUNA DINEGARA SANGAT BURUK

13 hb Oktober   2011

Laporan media bahawa  41 orang anak muda menjadi muflis setiap hari dinegara ini akibat berbelanja secara tidak terkawal melalui kad kredit adalah salah satu sahaja petanda betapa budaya berbelanja generasi muda di negara ini sedang berada dalam keadaan sangat parah.

Kami mendapati bahawa dengan sogokkan dan pujukkan pelbagai institusi kewangan  untuk mempengaruhi anak muda menggunakan kad kredit , mereka akan pasti terperangkap dengan keinginan yang tidak terkawal untuk berbelanja diluar kemampuan.

KamiI berpendirian bahawa bukan sahaja pihak berkuasa tidak memberi perhatian kepada hal ini , sehingga membiarkan promosi kad kredit di negara ini sangat berleluasa , namun pelbagai skim penggunaan kemudahan kad kredit telah meruntuhkan segala ketahanan anak muda untuk mengamalkan tabiat berbelanja yang  berhemah.

Akibatnya tren untuk berbelanja dengan mengguna  pelbagai produk baru yang diperkenalkan melalui  kad kredit akan sentiasa memujuk mereka untuk tidak berhati-hati dalam berbelanja.

Kami melahirkan kerisauan kami terhadap sikap tidak ambil berat masyarakat pengguna dan pihak berkuasa untuk segera membendung gejala yang tidak sihat ini.

Ribuan anak muda yang akan menghadapi pelbagai keruncingan sosial tidak dapat dinafikan dan akan akhirnya menjadi bom jangka untuk meruntuhkan keutuhan masyarakat.

Malah bukan sahaja mereka secara individu akan berhadapan dengan masalah stress malah seluruh keluarga dan tempat kerja mereka juga akan mendapat tempiasan dari keadaan yang dialami.

Lantaran itu isu ini tidak seharusnya dilihat hanya ditingkat perorang tetapi hendaklah dilihat implikasi sosial yang lebih meluas dan merangkumi iaitu kesan keatas kehsihatan mental , institusi keluarga , produktiviti kerja , ekonomi dan budaya hidup.

Implikasi sosial bila tren menjadi muflis ini berleluasa , yang melibatkan kualiti hidup yang semakin menurun akibat diserang keteganggan , murung , jenayah , bunuh diri , tidak boleh mengawal diri , keruntuhan keluarga adalah hanya beberapa natijah yang akan ditangggung akibat diistihar muflis.

Malaysia kini bukan sahaja menjadi sebuah negara yang tidak memberi penekanaan kepada budaya hidup berhemat , malah aspek celik pengurusan kewangan juga  sangat sedikit diberi perhatian.

Sebenarnya Datuk Seri Ismail Sabri , Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sendiri pernah mendedahkan hal ini pada tahun sebelum ini.

Laporan akhbar bahawa seramai 38,357 individu berusia 25 hingga 41 tahun, diisytiharkan muflis di seluruh negara dalam tempoh 65 bulan sehingga Mei lepas,  yang berpunca daripada kegagalan menyelesaikan pinjaman sewa beli kenderaan, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit serta pinjaman peribadi.

Akan tetapi maklumat ini tidak dijadikkan sebagai bahan untuk semua pihak segera bertindak dan menyusun langkah jangka pendek dan langkah jangka panjang.

Jika kita maseh alpa dan memandang rengan kepada hal ini kami khuatiri bahawa generasi masa depan akan berhadapoan dengan budaya hidup yang jauh lebih parah dan akibatnya tidak akan dapat dipulih lagi.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Penegrusi Bersama
Gerakan Pengguna Negeri Pulau Pinang.
019 4744856

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,327 hits
Kalendar
Oktober 2011
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: