HIMPUN: Jangan cabar larangan sebar agama lain

Perhimpunan Sejuta Umat atau HIMPUN menegaskan agar larangan untuk menyebar dan mengembangkan agama selain Islam kepada umat Islam hendaklah dihormati dan tidak dicabar.

Justeru, pengerusi bersama HIMPUN, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata usaha pihak yang sengaja mahu mengelirukan kefahaman umat Islam atau cubaan memurtadkan mereka perlu sentiasa diwaspadai.

“Kami akur bahawa sememangnya cara mendidik dan memberi kefahaman yang mendalam adalah cara terbaik dalam memperkukuhkan akidah umat Islam, namun usaha pihak yang sengaja mahu mengelirukan kefahaman umat Islam tetap perlu diwaspadai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Sehubungan itu, Mohd Azmi  mengundang semua kepimpinan Islam dari semua parti politik untuk turut hadir pada perhimpunan Sabtu ini dalam “semangat ukhuwwah sejati untuk menjunjung amanah Allah dan mengembalikan izzah ummah”.

Katanya, dengan kehadiran semua pemimpin Islam dari pelbagai parti politik pada perhimpunan itu, diharapkan semua ahli beragama Islam dari mana-mana parti politik akan memahami bahawa isu akidah umat Islam merentas dan mengatasi mana-mana kepentingan yang lain.

“Ia juga adalah kesempatan baik semua kepimpinan Muslim di negara ini menunjukkan bahawa mereka komited kepada usaha mengekalkan keamanan dan kehidupan harmonis antara agama di negara ini berdasarkan kedudukan Islam yang istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan.

NONE“Sekaligus ini juga peluang kepada semua pihak dari semua kelompok dan lapisan masyarakat Islam untuk menyatakan komitmen sebagai keluarga besar ummah menghargai betapa negara ini perlu dilindungi dari sebarang konflik antara agama,” katanya.

Mohd Azmi merujuk keputusan PAS dan PKR yang mengumumkan keputusan masing-masing untuk tidak menyertainya secara rasmi tetapi tidak menghalang ahli mereka daripada menghadirkan diri.

Hubungan harmonis

Menurut beliau, tindakan itu menjelaskan keadaaan bahawa tidak ada pengaruh parti politik atau mana-mana agensi yang berkait dengan instrumen parti politk dalam penganjuran perhimpunan yang digerakkan oleh NGO Islam.

Sebaliknya, kata Mohd Azmi, persetujuan agensi-agensi kerajaan dan separuh kerajaan serta NGO untuk hadir dan memberi sokongan adalah atas jemputan sekretariat HIMPUN.

NONE“HIMPUN beriltizam untuk memastikan bahawa penyatuan ummah dapat diperkukuhkan dalam ikatan akidah sebagai satu-satunya prinsip yang tidak mungkin umat Islam mahu berkompromi atau berpecah.

“Oleh kerana itu kami terus membuka undangan kepada semua kepimpinan Islam dari semua parti politik agar bersama dalam perhimpunan tersebut supaya mendidik umat Islam bahawa akidah umat Islam mesti dipelihara dan betapa perlunya hidup berakidah di kalangan umat Islam  diperkukuhkan dalam sebuah negara berbilang agama,” katanya.

Menurut beliau, perhimpunan itu juga adalah kesempatan baik semua kepimpinan Islam di negara ini membuktikan bahawa mereka komited kepada usaha mengekalkan keamanan dan kehidupan harmonis antara agama di negara.

Ia juga sekaligus memberi peluang kepada semua pihak dari semua kelompok dan lapisan masyarakat Islam untuk menyatakan komitmen sebagai keluarga besar ummah menghargai betapa negara ini perlu dilindungi dari sebarang konflik antara agama.

azlan“HIMPUN bertujuan untuk mendidik umat Islam supaya meningkatkan keiltizaman terhadap hidup berakidah Tauhid dan memastikan penghayatan Islam benar-benar diamalkan secara menyeluruh.

“Semangat untuk mengujudkan perhubungan yang harmonis antara semua penganut agama di negara ini tetap akan dipertahankan berdasarkan hak dan kebebasan beragama seperti yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi.

Himpunan Sejuta Umat pada Sabtu ini selama empat jam dijadualkan bermula pada jam 2 petang.

Setakat ini, puluhan NGO Islam telah mengesahkan penyertaan dalam perhimpunan itu.

Antara mereka Gabungan Penasyid Malaysia, Jawatankuasa Penyelaras Bersekutu NGO Islam, Persatuan Ulama Malaysia, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

sumber : mk

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,682 hits
Kalendar
Oktober 2011
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: