DEKLARASI HIMPUN

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

DEKLARASI HIMPUN

“Perhimpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah “

 Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.  (

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

Bahawasanya , Islam adalah Risalah Illahy  yang  dengan rahmatNya telah mengangkat martabat bangsa Melayu dan semua bangsa yang lain dengan mesej “rahmatan lil ‘alamin” . Lantaran itu  hanya dengan menghayati dan mengamalkan  Islam sepenuhnya sahaja merupakan satu-satunya jalan untuk menjamin kemuliaan , keselamatan , kejayaan dan kehormatan  bangsa Melayu mahupun mana-mana bangsa yang lain dinegara ini .

Menginsafi bahawa asas pegangan umat Islam adalah Aqidah Tauhid yang menjadi tunjang kepada seluruh pegangan hidup umat Islam dan prinsip ini tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak . Bahawa kedudukan istimewa dan status yang khas agama Islam sebagai agama Persekutuan telah ditetapkan sejak dari kemerdekaan  Negara ini dan ia wajib dipertahankan oleh setiap warga Muslim dan dihormati oleh semua warga Malaysia .

Bahawa   penyebaran agama lain dari Islam kepada orang Islam dengan tujuan memurtadkan orang Islam  dilarang samasekali berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan  Islam berpendiran tegas terhadap gejala murtad dan pemurtadan yang dianggap jenayah berat yang  perlu diperangi  habis-habisan. Perlanggaran terhadap peruntukan ini boleh mengundang kepada tergugatnya keselamatan nasional dan mengundang keteganggan agama di Negara ini.

Bahawa  perhubungan harmonis antara pelbagai penganut agama di negara ini perlu dipupuk untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat dan negara.Bahawa kebebasan dan hak penganut agama lain untuk mengamalkan agama masing-masing dengan aman adalah terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan .

Bahawa kami , umat Islam khususnya dan rakyat Malaysia amnya  pada hari ini  , 24hb Zulkaedah 1432H bersamaan 22hb Oktober 2011 di Stadium Shah Alam Selangor Darul Ehsan, menyertai suatu perhimpunan yang diberi nama Perhimpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah (HIMPUN),  bersepakat dan mengambil ketetapan untuk :

Pertama :  

Mengesa SEMUA UMAT ISLAM YANG HADHIR dalam perhimpunan pada hari  ini BERSATU mempertahankan Aqidah Islam dari sebarang usaha oleh mana-mana pihak yang mahu merosak dan memesongkan pegangan orang Islam . Bahawa setiap warga umat Islam perlu BERILTIZAM untuk melindungi , mempertahan dan memelihara peruntukan mengenai kedudukan Islam yang istimewa  dalam Perlembagaan Persekutuan yaitu  Islam adalah agama Persekutuan dan semua peruntukan yang lain mengenai hak dan tanggungjawab Raja- raja Melayu dan Kerajaan  ,terhadap Islam mesti dihormati.

Setiap warga umat Islam disemua peringkat semada INDIVIDU , KELUARGA MAHUPUN IBUBAPA mesti berusaha meningkatkan kefahaman  dan penghayatan terhadap ajaran Islam selengkapnya demi melahirkan sahsiah Muslim yang mempunyai kemantapan iman dan ketinggian ketaqwaan dalam semua bidang kehidupan. Kefahaman sekularisme dalam kehidupan dan sikap perkauman assobiyyah yang sempit hendaklah dibenteras untuk menanamkan nilai ummah dan ukhuwwah sejagat pada setiap Muslim.

Kedua : 

Mengesa semua pemimpin Islam dalam PARTI-PARTI POLITIK  MEMPERKUKUHKAN kesatuan umat Islam seperti yang diwahyukan dari Allah dalam Ayat 103 , Surah Ali Imran , mengelakkan perpecahan yang merugikan dan kembali kepada ajaran Al Quran dan As Sunnah sepenuhnya demi melaksanakan Islam sebagai panduan seluruh aspek kehidupan .

Ketiga:

Menyeru  agar SEMUA PIHAK menghormati dan MENDOKONG peranan Raja-raja Melayu untuk melaksanakan amanah menjadi pelindung dan payung kepada pentadbiran Islam di Negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan ,

Keempat :

Menuntut KERAJAAN mempastikan bahawa  SENSITIVITI MASYARAKAT ISLAM di Negara  ini dihormati . Oleh itu sebarang tindakan yang menghina  dan mencabar kedudukan Islam yang istimewa di Negara ini hendaklah diambil tindakan tegas berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

Kami juga mengesa supaya kerajaan meningkatkan keberkesanan peranan dan fungsi semua institusi Islam seperti Majlis Agama Islam Negeri , Jabatan Islam Negeri , Institusi Zakat dan Baitul Mal untuk memartabatkan Islam di negara ini dalam pelbagai aspek kehidupan umat semada sosial,budaya,ekonomi,undang-undang mahupun kepimpinan. Semua agensi Islam perlu menangani segala masalah yang dihadapi  golongan mualaf dan golongan dhuafa serta kelompok yang memerlukan bimbingan supaya aqidah dan amalan Islam mereka dapat dimantapkan.

Kelima :

Menuntut supaya KERAJAAN segera  menggubal Undang-undang Pencegahan Murtad selaras dengan Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan untuk membendung gejala murtad dan kegiatan pemurtadan  dan dikuatkuasakan secara terselaras dan menyeluruh diperingkat kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri. Agensi Kerajaan yang berkaitan perlu memantau dan bertindak ke atas mana-mana pihak yang melanggar peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan penyebaran agama.

Keenam :

Menggesa kepada semua PERTUBUHAN POLITIK DAN BUKAN POLITIK (NGO) mengembleng   tenaga dan seluruh sumber untuk meningkatkan penghayatan dan pembelaaan terhadap agama Islam dikalangan umat Islam demi memastikan martabat Islam dijulang dan kemuliaannya dipertahankan. Untuk itu seluruh organisasi Islam hendaklah  berusaha semaksima mungkin untuk menyatukan umat  atas dasar Islam berlandaskan Al Quran dan As Sunnah,

Ketujuh :

Mendesak pihak berkuasa KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI melaksanakan polisi yang tegas untuk menyekat segala bentuk hiburan melampau dalam media massa, kelulusan acara konsert terbuka yang berunsur liar  dan pengeluaran lesen pusat hiburan yang menganjurkan acara yang mendedahkan generasi muda Islam kepada keruntuhan akhlaq dan penghakisan pegangan Aqidah Islam.

Kelapan :

Menuntut agar sistem pendidikan Negara disemak semula untuk mempastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan aqidah . Kami mengesa pihak KEMENTERIAN PELAJARAN DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada Aqidah Tauhid dan penerapan aqidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar

Kesembilan:

Menyeru semua PENGAMAL MEDIA MASSA melaksanakan tanggungjawab mengukuhkan aqidah Islam dikalangan umat Islam. Kami menggesa  kepada kerajaan supaya memantau dan mengawal media massa yang menyiarakan bahan-bahan mengenai Islam yang boleh mengelirukan, menyentuh sensitiviti umat Islam dan memberi kesan kepada kefahaman masyarakat yang boleh menimbulkan konflik agama dalam masyarakat .

Kesepuloh :

Menuntut KERAJAAN menggubal undang-undang digubal dan dikuatkuasakan dengan berkesan  untuk menjaga sensitiviti agama dikalangan masyarakat dan mengelakkan kesucian Islam dari diperlekeh dan dihina oleh mana-mana pihak .

Kami yang mewakili umat Islam yang hadhir di Perhimpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah

 

Mohd Azmi Abdul Hamid                                                     Dr Yusri Mohammad

Presiden TERAS Pengupayaan Melayu                              Pengerusi PEMBELA

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,876 hits
Kalendar
Oktober 2011
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: