KEPINCANGAN PEMIMPIN ANTARA PUNCA MURTAD

Kenyataan Media TERAS
26hb Oktober 2011
Mendedahkan masyarakat Islam mengenai punca murtad dan bagaimana ia harus diatasi adalah sangat penting.
Kami insaf betapa menyedarkan umat Islam  mengenai gejala dan bahaya murtad tidak memadai .
Punca murtad yang bermula dari soal pendidikan , masalah sosio-ekonomi dan perundangan perlu didedahkan agar semua pihak memberi perhatian serius untuk segera mengatasinya.
Sementara tidak dinafikan ujud percubaan dari pihak-pihak tertentu yang mahu menjayakan gerakan murtad seperti yang telah berlaku kepada banyak negara dirantau ini semada melalui paksaan seperti yang telah berlaku ketika penjajahan mahupun secara pendidikan dan palbagai strategi sosio budya dan ekonomi , kami tetap merasakan kelemahan dikalangan umat Islam telah memberi ruang murtad berkembang biak.
Sejak dari kemerdekaan lagi pihak kerajaan dibawah kepimpinan UMNO telah cuai untuk memastikan persoalan aqidah dan perlaksanaan syariat Islam diberi perhatian serius.
Malah kesan dari pendidikan Barat yang diterima oleh kebanyakan kepimpinan UMNO telah mengukuhkan faham sekularisme yang memang menjadi benih awal Pembaratan dan Kristianisasi bermula di negara ini.
Faham sekularisme dan nasionalisme chauvinis yang dianuti oleh kepimpinan UMNO telah menyebabkan dasar yang sangat liberal untuk menerima segala unsur Barat yang sarat dengan unsur Kristian menyerap dalam urustadbir negara.
 Malah pendidikan Islam secara formal dalam sistem pendidikan kebangsaan  hanya bermula pada tahun 1962. itupun ia bukan bertujuan untuk menjadi asas kepada pencorakkan pendidikan nasional keseluruhannya.
Akibatnya gejala keruntuhan akhlaq dan aliran pemikiran sekularisme semakin  kukuh menguasai cara hidup umat Islam yang bermula dari budaya dan gaya hidup kebanyakan  pemimpin UMNO.
Kami melihat dasar sekular yang diterajui oleh pemimpin UMNO iaitu memisahkan syariat dari segala polisi negara semada dalam pembangunan ekonomi mahupun pembangunan sumber manusia telah memberi ruang yang sangat luas kepada muqadimah murtad .
Sebab itu ketika umat Islam dikejutkan bahawa gejala murtad menjadi sangat berleluasa , kita dapati suara lantang bahawa soal agama seharusnya menjadi aspek hidup yang bersifat peribadi tiba-tiba kedengaran.
Malah kumpulan yang mengatas-namakan Islam yang dianggotai sendiri oleh anak pemimpin tertinggi UMNO telah diberi ruang besar oleh media yang sememangnya didokong oleh  UMNO untuk mengukuhkan pemikiran sekular yang menafikan aqidah sebagai paksi yang seharusnya mewarnai semua aspek kehidupan..
Kini natijah dari kecuaian dan polisi sekular yang diamalkan oleh pemimpin UMNO sudah mendedahkan generasi muda kepada gejala murtad. Untuk memperbetulkan kemungkaran besar ini memerlukan kuasa politik yang kuat dan pemikiran yang kukuh terhadap Islam sebagai paksi kehidupan umat.
Kami mengesa umat Islam memahami hal ini dan kami akan mendedahkan sedikit demi sedikit kepincangan pemimpin yang menyebabkan murtad menjadi berleluasa. Ini tidak akan berlaku selagi perubahan kepimpinan Negara tidak dilakukan
 
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS
Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,856 hits
Kalendar
Oktober 2011
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: