MAPIM BANTAH DISKUSI MEJA BULAT MENGENAI LESBIAN DAN UNDANG-UNDANG KELUARGA

Kenyataan Media MAPIM

29hb Oktober 2011

 

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dimaklumkan bahawa sebuah Diskusi Meja  Bulat mengenai “Gender Equality: Unaddressed Women’s Rights Issues” anjuran Persatuan Kesedaran Komuniti  , akan di adakan pada 31 October 2011 di Petaling Jaya , Selangor.

 

Antara topik yang akan dibahas ialah “CEDAW in Defending the Human Rights of Lesbians,Bisexual Women and Transgenders in Malaysia” oleh  Angela Kuga Thas dan  “A CEDAW Approach to Family Law in Advancing Equality and Non Discrimination oleh  Lalitha Menon”.

 

Mapim menolak percubaan kelompok sekular Barat dan golongan liberal yang ghairah untuk menjadi hamba kepada agenda Barat dan ingin menjadikan masyarakat di negara seperti Malaysia sama dengan budaya hidup Barat.

 

Diskusi seperti ini mempunyai niat tersirat untuk menggerakan kempen dan advokasi yang berterusan  untuk merubah nilai dan landasan  akhlaq Islam yang menjadi teras kepada kehidupan masyarakat Melayu-Islam khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

 

Aliran pemikiran liberal dan sekular yang menjadi kerangka pemikiran mereka bertujuan untuk membentuk kefahaman masyarakat supaya ikatan hukum agama dirongkai dan agama hanya menjadi budaya ritual diperingkat peribadi semata-mata.

  

Kami mengambil prihatian serius terhadap usaha kelompok ini yang mahu mengenengahkan hak Lesbian dan wanita yang mengamalkan biseksual sebagai hak manusia di Negara ini. Ini akan pasti mengujudkan kontroversi yang sepatutnya tidak timbul di Negara ini kerana budaya dan gaya hidup Barat dalam hal hak lesbian dan gay adalah ditolak di Negara ini.

 

Oleh kerana itu perbincangan yang mengarahkan kepada menjadikan amalan hidup lesbian dan Gay sebagai hak manusia dan gaya hidup yang seharusnya diterima dan yang perlu diperjuangkan di Malaysia,  tidak harus diketengahkan di Negara ini.

 

Mapim membantah , isu ini cuba  dibawa ke perbincangan  arus perdana dalam masyarakat di Negara ini.

 

Budaya hidup yang bertentangan dengan Islam dan budaya timur tidak harus dijadikan topik untuk diperbahaskan kerana masyarakat Malaysia sudah terbentuk dengan nilai agama yang perlu dihormati.

 

Kami menolak dengan keras jika ada pihak yang cuba membawa pemikiran dan nilai hidup sekular-liberal yang bertentangan dengan budaya Islam dan kebudayaan nasional yang menjadi teras kepada amalan hidup rakyat di Malaysia.

 

Demikian juga isu undang-undang Keluarga dari sudut Kesaksamaan dan Diskriminasi yang sekali lagi mahu dibincangkan.

 

 

Mapim kesal jika ada usha untuk mencabar undang-undang keluarga Islam yang cuba dikritik berdasarkan hak manusia dan hak gender seperti yang diketengahkan oleh budaya dan nilai Barat.  

 

Usha untuk terus mempersoalkan undang-undang keluarga Islam dalam Enakmen Keluarga Islam yang ujud di Negara ini akan membawa kepada implikasi besar iaitu mendesak supaya undang-undang syariat Islam dirombak untuk disesuaikan dengan nilai dan budaya hidup sekular-liberal Barat atas nama hak wanita dan hak asasi manusia.

 

Mapim mendesak supaya pihak berkuasa memantau segala kegiatan yang cuba melakukan kempen secara terselindung untuk melakukan suatu rombakan kepada undang-undang Islam di Negara ini .

 

 

Negara ini tidak boleh disamakan dengan nilai dan budaya hidup  yang diamal di Negara Barat dan  agenda untuk mempersoal undang-undang Islam hendaklah disekat  tanpa kompromi.

 

Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan mengikut Perlembagaan Persekutuan hendaklah menjadi dasar yang dikuatkuasakan dalam apa sahaja bentuk pemikiran yang hendak diketengahkan kepada masyarakat.

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha Agong MAPIM  

019 4744856

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,639 hits
Kalendar
Oktober 2011
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: