TERAS GESA ATASI SEGERA MASALAH TREN SEMAKIN RAMAI TUAN TANAH SAWAH DIPAJAK BUKAN MELAYU

Kenyataan Media TERAS

 31hb Oktober 2011

 TERAS sangat memandang serius fenemeno 6,000 (20 peratus dari 30,000 pesawah) di Kedah hidup dibawah kemiskinan akibat memajak sawah mereka.

Dilaporkan antara lokasi di kawasan MADA yang masih dibelenggu masalah ini, termasuk Hutan Kampung, Alor Senibung, Tajar, Titi Haji Idris, Kobah, Pendang, Batas Paip, Pengkalan Kundor, Kangkung, Permatang Buluh, Bukit Besar, Sungai Limau Dalam dan Guar Chempedak.

 Gambar hiasan

Dengan pendapatan RM 333 sebulan kerana memajak sawah mereka tidak mungkin dapat keluar dari lingkaran kemiskinan walapun mempunyai tanah sawah bernilai ratusan ribu.

TERAS dengan itu mengesa pihak LPP dan PPK mencari jalan untuk meningkatkan lagi daya maju sektor padi sehingga sumber tenaga kerja dalam sektor ini dilihat semula sebagai pendapatan yang ekonomik.

Tren tenaga muda tidak mahu menjadi pesawah adalah kerana pendapatan yang dilihat tidak lumayan. Padahal mereka yang memajak sawah dikalangan bukan Melayu terus melihat sektor ini boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan

 

Sektor sawah sepatutnya menjadi sektor yang lebih terjamin kerana ia merupakan sumber makanan asas di negara ini. Dengan pelbagai subsidi dan bantuan yang disalurkan kepada sektor sawah dan padi , ia lebih terjamin dari bekerja di kilang.

Kekhuatiran TERAS ialah apabila tanah sawah berpindah tanah kepada orang bukan Melayu akibat terikat dengan hutang yang diambil oelh tuan tanah dari pemajak.

Sebenarnya banyak kes seperti ini berlaku sehingga orang Melayu terlepas tanah sawahnya kepada bukan Melayu semakin meningkat.

 

Kenyataan bahawa pemilik asal tanah memperolehi sewaan pajak jauh lebih rendah dari hasil yang diperolehi oleh pemajak menunjukkan tren ini akan menjadi pendorong untuk ramai pemajak bukan Melayu akan mengambil peluang untuk menguasai sawah dari orang Melayu.

Jika hal ini berterusan dalam jangkamasa panjang tanah sawah orang Melayu akan pasti semakin mengincup dan isu ini akan menjadi lebih rumit.

TERAS mengesa pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), segera bertindak untuk memantau dan melihat isu tersebut secara terperinci untuk mencari langkah yang berkesan bagi menyelamatkan kedaaan.

Kenyataannya ialah  pemilik tanah yang memajakkan sawah mereka hanya menerima bayaran sekitar RM600 setiap relung atau kira-kira RM2,000 sehektar semusim (enam bulan), sedangkan pengusaha mendapat hasil jauh lebih lumayan.

 

TERAS menyarankan pihak PPK MADA meneliti lagi sejauhmana masalah tenaga kerja dan modal untuk mengerjakan sawah dengan tidak memajaknya dapat dilakukan oleh tuan tanah melalui usaha kolektif. Sebuah mekanisme yang memungkinkan tuan tanah mengusahakan tanah melalui kerjasama dengan PPK hendakla difikirkan.

Bagi mereka yang tidak mampu maka PPK seharusnya mencari jalan bagaimana skim kredit pertanian yang ujud dapat disemak semula untuk mempertimbangkan tuan tanah maseh dapat mengerjakan sawah secara usaha sama .

 

TERAS maseh yakin mengusahakan sawah sendiri dan dengan anggaran setiap hektar mampu menghasilkan lapan tan padi semusim, tuan tanah boleh mendapat hasil kira-kira RM10,400 berdasarkan nilai padi antara RM1,050 dan RM1,100 setan, termasuk RM248 subsidi kerajaan bagi setiap tan padi.

 

Kami berpendapat bahawa pajakan yang megambilmasa sehingga 5-10 tahun dan ada yang selama 15-20 tahun akan merugikan tuan tanah . Pendapat akumulatif yang besar hanya dapat dinikmati oleh pemajak dan hak mutlaq tuan tanah pada hakikatnya akan luput .

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

019 4744856

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,682 hits
Kalendar
Oktober 2011
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: