TERAS GESA BERTINDAK SEGERA PERBETUL KELEMAHAN BADAN PENYIARAN DALAM PENGGUNAAN BAHASA MELAYU.

Kenyataan Media TERAS
1 hb November 2011

 TERAS mengesa pihak yang bertanggungjawab dalam penyiaran stesen TV dan radio milik kerajaan dan swasta segera bertindak meningkatkan mutu penggunaan tatabahasa Melayu dalam pelbagai program yang disiarkan .
Pernyataan Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Teo Kok Seong bahawa banyak kesalahan jelas menonjol daripada aspek sebutan termasuk dalam penyampaian berita adalah sangat mengecewakan.


Apatalagi kesalahan itu melibatkan soal sebutan dalam penyampaian berita.
TERAS sangat memandang berat apabila setelah perkhidmatan penyiaran mencecah umur yang sudah cukup matang sebagai penyampai dan penyebar penggunaan Bahasa Melayu dengan betul , tiba-tiba kita dimaklumkan bahawa kualiti bahasa yang diguna berada pada tahap yang rendah.

TERAS tidak dapat menerima kelemahan yang berlaku yang berpunca dari sikap tidak prihatin stesen penyiaran terhadap penggunaan bahasa pasar dan bahasa rojak oleh penyampai mahupun pengacara program .

Inilah faktor kenapa martabat bahasa Melayu yang dilaung-laungkan menjadi tidak bermakna apabila agensi penyiaran sendiri tidak mengambil serius dalam soal mengguna kalimah , sebutan dan tatabahasa Melayu yang betul.
Kami juga bersutuju bahawa pakar bahasa perlu melihat semula penggunaan perkataan bahasa Melayu asli tanpa perlu meminjam perkataan Inggeris. Yang penting ialah makna dalam bahasa Melayu tetap dapat disampaikan walapunpun ia lebih panjang sedikit dari bahasa Inggeris.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,856 hits
Kalendar
November 2011
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
%d bloggers like this: