MAPIM BANTAH DENGAN KERAS PENGANJURAN “Seksualiti Merdeka 2011: Queer Without Feer”

Kenyataan Media MAPIM

3 hb November 2011

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) membantah keras penganjuran ” yang bermula semalam hingga 13 November ini di The Annexe Gallery, KL

 

Ternyata kumpulan ini mendesak supaya ujud hak yang sama kepada  gay, lesbian, bisexual, intersex, transgender, asexual atas dasar hak asasi manusia.

Ini jelas dinyatakan oleh salah seorang pengasas  Seksualiti Merdeka , Pang Khee Teik bahawa festival ini bertujuan untuk menyokong dan memperkasa (empower ) golongan lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT) . Walaupun beliau menyatakan acara tersebut bukan untuk mempromosi homoseksualiti namun jelas penganjur mahu mengenengahkannya sebagai suatu kebebasan dan hak peribadi.

 

Mereka mendakwa negara ini mengamalkan diskriminasi ke atas golongan tersebut.

 

MAPIM menolak dengan tegas alasan Majlis Peguam supaya hak LGBT diketengahkan atas nama demokrasi. Mengutip kenyataan Perdana Menteri bahawa Malaysia  adalah negara yang “ progressif, dan liberal “ tidak boleh dijadi alasan untuk perlakuan yang melanggari akhlaq yang ditetapkan oleh Islam dibolehkan.

 

Kami ingin menegaskan sesebuah negara berdaulat seperti Malaysia berhak untuk meletakkan nilai dan asas undang-undangnya mengikut peruntukkan Perlembagaan . Ia tidak boleh dilihat sebagai suatu penderaan atau ketidakadilan hanya kerana ia tidak seleras dengan budaya hidup Barat.

 

Kami tidak melihat bahawa undang-undang Islam yang ujud dinegara ini mengenai perlakuan seks sebagai zalim kerana mereka yang melakukan perlanggaran undang-undang seperti yang ujud dalam undang-undang sivil jika disabit kesalahan juga harus akur kepada undang-undang tersebut.

 

Apakah nasib golongan LGBT di negara ini benar-benar mahu diperjuangkan kerana mereka tidak punya pilihan ataukah kerana penganjur dan Majlis Peguam mahu negara ini menolak undang-undang Islam yang dianggap tidak membenarkan kehidupan seks bebas .

 

MAPIM mendesak PM tidak perlu menyenangkan hati golongan sekular dan liberal Barat hanya  kerana mahu mendapat sokongan mereka. Ketegasan terhadap nilai dan dasar negara mesti dipertahankan tanpa rasa terikat dan tertekan.

 

Hak golongan minoriti di negara ini tidak harus ditafsir dalam kerangka dan maksud CEDAW. Malaysia perlu membuat pengecualian dalam beberapa klausa yang terdapat dalam pernyataan dokumen tersebut.

 

MAPIM berpendapat pendirian sebuah NGO yang mengguna nama Sisters in Islam juga sangat kabur terhadap isu ini . Mengguna rujukan Surah An-Nahl :125 untuk mengajak semua pihak , supaya kempen dan desakan golongan ini memberi hak kepada LGBT di fahami dan dibahas secara hikmah , tidak boleh dirangkum  dalam konteks membenarkan kemungkaran diabsahkan sebagai hak.

 

Ayat tersebut bukan dituju kepada kewajipan pihak berkuasa untuk mencegah kemungkaran . Perbahasan dengan hikmah tidak termasuk dalam kategori bertindak mencegah kemungkaran dengan hikamah.

 

MAPIM tidak menolak pihak berkuasa menggunakan pendekatan yang bijak untuk mencegah kemungkaran seks bebas , tetapi ia tidak boleh samasekali bermaksud menerima perlanggaran undang-undang Islam  sebagai hak .

 

Mendidik dan menyedarkan golongan yang terjerat dengan gejala ini kerana masalah sosial memang perlu dilakukan , akan tetapi ia tidak boleh menjadi suatu amalan yang boleh diterima secara undang-undang untuk hidup dan mencari nafkah sebagai gay atau lesbian seperti yang ujud di negara Barat dan negara yang terpukau dengan budaya hidup Barat.

 

MAPIM mempersoalkan  kenapa pihak kerajaan telah membenarkan program ini sejak dari 2008 lagi.

 

Tujuan program ini jelas untuk mempromosi  hak lesbian , gay , transeksual yang tidak diterima oleh Malaysia sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama negara dan kesopanan dan kesusilaan sebagai rukun Negara.

 

Sikap liberal dan membiar budaya yang bertentangan dengan nilai dan adat resam rakyat Malaysia telah mengakibat kumpulan sekular-liberal Barat tidak henti-henti meneruskan kempen mereka supaya Malaysia turut memasukkan ke dalam polisi awam dan undang-undang negara  mengenai hak kumpulan LGBT berkenaan.

 

MAPIM menegaskan bahawa desakkan untuk menekankan kerajaan atas nama tanggungjawab antarabangsa seperti yang telah ditanda tangani dalam CEDAW tidak sepatutnya mengecualikan Malaysia dari mengambilkira faktor undang-undang Islam dan nilai hidup yang diamalkan di negara ini. Oleh kerana itu Malaysia tidak boleh menerima kesluruhannya peruntukan yang terdapat dalam CEDAW.

 

Artikel 2, 5, 7, and 16, dan beberapa artikel lain dalam CEDAW telah  menyebabkan banyak negara mengambil sikap berkecuali. Apatahlagi ada negara yang berpendapat bahawa ada peruntukan dalam CEDAW yang bertentangan dengan undang-undang Syariah Islam.

 

Oleh kerana itu golongan yang mengungkit supaya hak LGBT diketengahkan berdasarkan perjanjian dalam CEDAW tidak boleh diterima bulat-bulat.

 

MAPIM menegaskan bahawa tuntutan golongan tersebut seperti yang terbayang dalam beberapa acara yang terkandung dalam festival tersebut adalah bertentangan dengan adab dan nilai akhlaq yang ditekankan oleh Islam.

 

MAPIM kesal dengan Majlis Peguam yang turut terlibat dengan penganjuran  program tersebut. Apa urusan Majlis Peguam untuk terlibat melaksnakan kempen supaya Malaysia merombak polisi awam dan undang-undang Malaysia termasuk undang-undang Islam atas nama hak asasi manusia?

 

Peguam Muslim dalam Majlis Peguam perlu bersuara supaya hal yang menyentuh persoalan dan kedudukan undang-undang Islam serta kebebasan mengamalkan gaya hidup yang bertentangan dengan budaya hidup Islam yang didokong oleh Majlis Peguam hendaklah dibantah.

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausha Agung MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 324,014 hits
Kalendar
November 2011
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
%d bloggers like this: