DASAR TUN MAHATHIR PUNCA MELAYU PECAH

Kenyataan Media TERAS

14hb November 2012

TERAS berpend irian bahawa punca perpecahan orang Melayu sehingga keperingkat kritikal sekarang ialah dasar dan pendekatan Tun Mahathir sendiri.

Beliau banyak menyalahkan pihak lain dalam wawancaranya dalam Sinar Harian mengenai perpecahan orang Melayu yang dianggap kritikal.

Malangnya beliau tidak mahu mengaku dan melihat salah dirinya sendiri yang telah mengakibatkan orang Melayu berpecah.

Pendekatan beliaulah yang telah menyebabkan UMNO tidak dipercayai oleh orang Melayu serta muncul pelbagai parti Melayu yang baru. Malah zaman beliau menjadi PM bukan sedikit pendekatan yang beliau ambil secara autokratik  yang telah merugikan kedudukan orang Melayu.

Beliau harus ingat beberapa dasar beliau telah menyebabkan orang Melayu sangat marah dan berpecah iaitu dasar PPSMI dan dasar menghentikan bantuan per kapita untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Beliaulah yang telah memutuskan bahawa bahasa Melayu tidak layak dimartabatkan sebagai bahasa ilmu untuk sains dan matematik. Malah lebih parah lagi bahasa Malayu dianggpa penghalang kepada kemajuan Negara. Bukan sedikit orang Melayu melahirkan kebencian kepada UMNO sebagai parti pengkhianat bahasa Melayu.

Demikian juga isu SAR . Beliaulah yang telah meletakkan SAR sebagai musuh dengan tuduhan bahawa SAR adalah sekolah esktrimis dan sarang teroris dan oleh itu perlu ditutup.

Orang Melayu menzahirkan rasa marah mereka sehingga ramai ahli UMNO sendiri tidak dapat menerima dasar beliau dan akhirnya menyebabkan bangsa Melayu berpecah.

Demikian juga apa yang beliau telah lakukan terhadap musuh politik beliau iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim . Tindakan beliau mengguna seluruh jentera kerajaan dan kuasa beliau untuk membunuh politik Anwar Ibrahim telah mengujudkan suatu gelombang kemarahan orang Melayu sehingga hari ini.

Bangsa Melayu telah berada dalam kekacauan yang parah dengan cara Tun Mahathir mengendalikan kes seteru politiknya sehingga tidak lagi menghormati perasaan orang Melayu bila seorang pemimpin diaibkan dengan sangat buruk sekali , melampaui tata adab bangsa.  

Dasar beliaulah yang pernah mencadangkan menggugurkan nama Islam dari pertubuhan orang Melayu kerana dituduh menyalahguna nama Islam  menyebabkan kebencian orang Melayu yang tidak boleh dibendung.

Tun Mahathir juga jangan lupa bahwa penafian hak rakyat Trengganu untuk mendapat royalti minyak dan diganti dengan wang ihsan adalah  ketika beliau menerajui kepimpinan Negara.

Zaman beliau jugalah JPP (Jabtan Pembangunan Persekutuan)  diujudkan sehingga hak kerajaan negeri yang bukan dibawah kerajaan BN dinafikan sehingga penyaluran bantuan kewangan dan peruntukkan tidak dilakukan dengan demokratik mengikut konsp feredalisme dan ada kalanya diskriminasi berlaku yang menganiayai rakyat sendiri.

Secara politik pula , bukankah beliau yang telah meletakkan calon orang bukan Melayu dikawasan majoriti orang Melayu.Jika beliau menuduh PAS sangup bekerjasama dengan DAP , harus juga ditanya kenapa UMNO sanggup tidur sekelambu dengen parti orang bukan Melayu dalam BN yang juga menyebabkan banyak hak orang Melayu terpaksa dikompromi untuk melayani kehendak parti bukan Melayu.

TERAS berpendapat kini untuk kembalikan orang Melayu bersatu ialah dengan mengukuhkan semula orang Melayu kepada amalan dan budaya hidup yang menepati kehendak Islam seluruhnya. Pendekatan UMNO yang bersifat nasionalisme yang sekularistik itulah yang telah menggagalkan matlamat untuk menyatukan orang Islam atas dasar Islam .

Tun Mahathir perlu mengakui kesilapan beliau dalam pemikiran Islamnya yang penuh kekeliruan dan pegangan bida’ah politik beliau yang maseh tersasar.

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,612 hits
Kalendar
November 2011
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
%d bloggers like this: