SEKSUALITI MERDEKA : PERLUNYA KITA BERDIALOG DENGAN PENGANJUR DAN PENYOKONG

Isu mengenai penganjuran festival Seksualiti Merdeka telah reda, tapi malangnya ia berlalu begitu saja tanpa sebarang dialog terbuka.

 Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina.Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan NGO, artis, aktivis dan individu sejak 2008.Program festival itu, termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan.

Walhal, bagi TERAS betapa pentingnya sebuah dialog diantara golongan yang menyokong dengan golongan yang menentang festival ini.Ini kerana masyarakat awam masih terpinga-pinga dengan beberapa persoalan yang belum terjawab.

Antara soalan-soalan yang perlu dirungkai adalah :

1)    Apakah kebenaran disebalik percanggahan pendapat diantara penyokong yang mengatakan mereka bukan memperjuangkan seks sejenis dan pembantah yang mengatakan pihak penyokong sebenarnya cuba menghidupkan budaya sonsang itu ?

2)    Adakah kepelbagai orientasis seksual dan identiti jantina merupakan  penyakit sosial atau hanya salah satu bentuk bioligical ?

3)    Apakah kebenaran disebalik dakwaan bahawa golongan yang mempunyai pelbagai orientasis seksual dan identiti jantina di Malaysia ditindas ?

Jika dialog ini berjaya direalisasikan, berikut adalah soalan-soalan ringkas yang akan diajukan kepada pakar-pakar yang berkait, sebelum mereka dibenarkan untuk mengulas,yang kemudian akan dituruti oleh sesi soal jawab bdengan para pendengar, agar dialog ini benar-benar ifisien :

1) Kepada pakar perubatan atau sains biologi – Apa itu lesbian, gay, …. Apakah mudaratnya dari sudut kesihatan dan emosi ? Bolehkah mereka dipulihkan menjadi normal secara lumrahnya ? Kalau boleh, bagaimana ?

2 ) Kepada pihak penganjur – Siapa penganjur seksualiti merdeka ? Kenapa dianjurkan ? Adakah benar ia menggalakkan seks sesama jantina ? Apa yang mereka ingin perjuangankan ?

3 ) Kepada pakar agama (wakil setiap agama) – Apakah pandangan agama tentang apa yang diperjuangkan oleh pihak penganjur ini ? Dan apa hukum agama dan pendapat agama tentang mudarat seks sesama jantina ? Bagaimanakah kita harus berinteraksi dengan mereka tanpa terjebak sama ?

4) Kepada pakar pemerhati sosial : Adakah kepelbagaian orientasis seksual dan identiti jantina merupakan penyakit social atau sekadar salah satu bentuk biological ?   Benarkah golongan ini tertindas di Malaysia ?

TERAS sangat menggalakkan budaya dialog dalam menangani pelbagai isu, seperti yang sangat dititikberatkan dalam Islam. Setiap lapisan masyarakat perlu berubah dari sikap lama , iaitu hanya suka membuat andaian buruk terhadap orang lain, tanpa mahu berdialog yang akhirnya membuatkan kita saling bermusuhan tanpa berani saling berhadapan alias penakut, sepertimana yang kita lihat sekarang. Apa yang lebih malang, sebahagian besar media seperti tidak mempedulikan natijah suatu pemberitaan, apakah ia akan menyebabkan pergaduhan dan perpecahan atau tidak. Seolah-olah, yang penting bagi mereka, pemberitaan yang berupa perbalahan diantara mana-mana pihak akan menarik perhatian masyakarat kepada media mereka, lalu membolehkan mereka meraih keuntungan duniawi.

 

Salman Siddiqiy bin Mohd azmi

AJK Teras Pengupayaan Melayu

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 324,687 hits
Kalendar
November 2011
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
%d bloggers like this: