SALIMAH KESAL GADIS MUSLIM ENGKAR NASIHAT JAIS SERTAI RATU CANTIK BORNEO

Kenyataan Media SALIMAH

21hb November 2011

Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH) kecewa lima  orang gadis Muslim yang telah mengingkari nasihat pihak Jabatan Agama Islam Sarawak supaya tidak terlibat dengan peraduan ratu cantik Borneo pada 18hb November 2011 , Jumaat yang lalu di Kucing.

Mengikut laporan , mereka mempersoalkan nasihat tersebut dengan menyatakan bahawa mereka tidak melakukan sebarang kesalahan dan berpendirian tindakan mereka meneruskan pernyertaan tersebut tidak salah dari segi Islam.

Kami sangat kesal terhadap tindakan mereka yang tidak menghormati nasihat pegawai JAIS hanya kerana tidak terdapat enakmen untuk mengharamkan penyertaan kaum wanita Islam terlibat dengan peraduan ratu cantik. Padahal hukum haram  berdasarkan dalil dan nas agama sangat jelas.

Walaupun tidak ada pengharaman ke atas penyertaan wanita Muslim dalam peraduan ratu cantik mengikut undang-undang Islam di Sarawak seperti yang diumumkan oleh Pembantu Menteri di Pejabat Ketua Menteri ( Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman , akan tetapi kami bertegas bahawa ia jelas bertentangan dengan Islam , dan oleh itu perlu dihormati.

Pengharaman itu tidak kira semada aspek dalam peraduan itu menekankan hanya unsur tradisional seperti  “Ratu Kebaya” (Kebaya Queen) dan Miss World Harvest Festival.

Persoalannya memperaga wanita dalam peraduan kecantikan adalah haram disisi Islam. Semua fatwa yang dikeluarkan dinegeri-negeri mahupun di peringkat Kebangsaan mengharamkan penyertaaan wanita Islam dalam peraduan ratu cantik tidak kira atas nama apapun.

Kami sangat simpati dengan kejahilan gadis-gadis yang terlibat yang jelas terlalu ghairah untuk memperagakan kecantikan mereka sehingga tidak mengetahui hukum agama.

Ini jelas menunjukkan kegagalan masyarakat dididik dengan hukum yang sangat jelas disisi Islam dalam hal aurat wanita semada diperingkat sekolah , keluarga mahupun masyarakat.

Kami juga terkejut kenapa Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak , Datuk Fatimah Abdullah berasa pelik terhadap tindakan  Jais yang dianggap ini kali pertama tindakan itu diambil.

Kami mengesa supaya  Jais perlu bertindak untuk semua majlis pertandingan ratu cantik kerana jelas ianya bertentangan dengan Islam walaupun maseh belum ada enakmen yang diwartakan di Sarawak mengenai hal tersebut.

Padahal pengarah Jais sendiri telah menyatakan bahawa isunya ialah dalam peraduan Miss Borneo Beautiful itu memerlukan peserta memakai pakaian ala-bikini yang mendedahkan aurat secara melampau.

Pengarah itu sendiri telah meberi kenyataan bahawa pihak Jais telah memberi kaunseling selama 2 jam kepada peserta berkenaan. Tindakan itupun telah diambil setelah menerima lebih 20 aduan dari orang awam.

Jadi tidak timbul soal ini tindakan Jais yang boleh dianggap aneh atau pelik.

SALIMAH mengesa supaya kerajaan negeri Sarawak segera menggubalkan enakmen Islam dalam hal ini supaya pihak Jais mempunyai kewibawaan undang-undang supaya acara tersebut dibendung dari penyertaaan gadis Islam.

 SALIMAH berpendirian sepatutnya acara ratu cantik diharamkan seluruhnya dinegara ini kerana jelas ia adalah suatu penghinaan terhadap kehormatan orang wanita  , tidak kira dalam agama apapun.

Kami berpendapat adalah tidak wajar wanita diperagakan seolah sebagai barangan murahan untuk ditonjolkan hanya untuk tujuan komersial.

SALIMAH  berpendirian kemuliaan dan kehormatan tidak boleh dihina dengan acara peraduan ratu cantik tidak mengambilkira moral dan nilai peribadi seseorang.

Datik Aminah Zakaria

Yang DiPertua

Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia

019 2640989

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,907 hits
Kalendar
November 2011
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
%d bloggers like this: