Akta Perhimpunan Aman Menafikan Hak Rakyat dan Memutlakkan Kuasa Menteri dan Polis

Kenyataan Media TERAS

23hb November 2011

TERAS membantah Rang undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

Terdapat unsur yang bercanggah dalam Akta tersebut. RUU itu pada hakikatnya tidak membenarkan perhimpunan . Dengan hanya mengguna nama Perhimpunan Aman , akta itu tidak dapat berselindung dari isinya yang sebenar iaitu tidak membenarkan perhimpunan.

TERAS mendapati  rang undang-undang itu, yang dibentang oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz itu memberi lebih kuasa kepada menteri dan polis.Dengan tidak membenarkan protes dijalanan menunjukkan pihak kerajaan tidak menghormati hak rakyat untuk menyuarakan pendapatnya secara aman seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Malah ini menandakan ujudnya  konflik peraturan antara Perlembagaan dan Akta yang digubal.

 

Isu melarang  protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat , bagi TERAS  menunjukkan akta ini akan diguna untuk menyempitkan hak rakyat untuk berhimpunan  Malah mengikut akta yang digubal itu , perhimpunan boleh ditarikbalik bila polissendiri  membuat bantahan..
Akta Polis 1967 khususnya seksyen 27 dan 27A itu sendiri menunjukkan ujud unsur zalim. Dengan menggubal Akta yang baru ini polis diberi kuasa yang lebih untuk bertindak mengikut arahan pihak kerajaan.

 

Kami melihat Akta ini hanya bertujuan untuk memastikan tindakan pihak polis atas arahan kerajaan lebih terjamin dari sebarang tindakan dicabar di mahkamah.

 

Jelas Akta ini bukan untuk membawa perubahan yang progresif dari sudut hak demokrasi untuk rakyat , disebaliknya adalah  adalah regressif iaitu melindungi kerajaan dan polis untuk bertindak ke atas rakyat yang mahu mezahirkan protes.

Pada hakikatnya undang-undang ini cuba menta’rifkan erti kebebasan yang tidak mutlak . Akan tetapi perhimpunan yang aman jika diadakan dengan tertib dan aman sepatutnya dibenarkan sesuai dengan peruntukkan dalam Perkara 10 , Perlembagaan Persekutuan.

 

Dengan akta ini , nampaknya rakyatselalu  dingatkan bahawa tiada kebebasan yang mutlak , akan tetapi nampaknya pihak polis dan menteri pula diberi kuasa yang mutlak.

 

Akta yang menyenaraikan tempat-tempat yang dilarang untuk berhimpun mungkin punyai rasional atas nama keselamatan awam , namun dikawasan rumah ibadat seperti masjid bila tuut disenaraikan akan menafikan masyarakat Islam dari menyatakan pendirian secara beramai-ramai. Perhimpunan di masjid untuk menyatukan umat Islam menghadapi pelbagai isu tidak sepatutnya dijadikan isu untuk menyekat masyarakat dari berhimpunan dan bersuara.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,558 hits
Kalendar
November 2011
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
%d bloggers like this: