18 Perkara Kearah Keharmonian Hubungan dan Kerjasama PAS-UMNO

JIKA MAHU MENGUJUDKAN KESEPAKATAN DAN BERBINCANG MENGENAI  PERPADUAN ,

 LAKUKAN 18 PERKARA BERIKUT:

Mohd Azmi Abdul Hamid

TERAS Pengupayaan Melayu

Keprihatinan dan rasa bertanggungjawab untuk menyatukan umat Islam bagi mempertahankan aqidah dan kedudukan Islam bukan sahaja wajar malah adalah wajib. Tidak ada sesiapapun yang sepatutnya mempertikaikannya. Soal adakah penyatuan dilakukan dengan ikhlas dan murni perlu diteliti dengan ikhlas juga . Tindakan dan waktu sahaja yang akan membuktikan keikhlasan seseorang.

Dalam usaha mencapai perpaduan ummah pasti kita tidak boleh menafikan bahawa kita  perlu bermula dengan meneliti kenapakah berlaku perpecahan. Perbalahan antara kelompok adakalanya perlu dilhat secara objektif dan juga secara ideologi.

Pertembungan antara PAS dan UMNO bertitik tolak dari ideologi. UMNO adalah parti nasionalis sekular yang pragmatik dan PAS mengistiharkan dasar Islam sebagai landasan.Dalam pengelaman lebih 54 tahun  menjadi sebuah Negara yang merdeka , PAS menuntut supaya UMNO menerima Islam sebagai dasar dan hukum Islam dilaksanakan sepenuhnya. Ternyata UMNO mengambil jalan berkompromi dengan berkongsi kuasa dengan parti kompnen dalam BN dan akhirnya Islam hanya menjadi barangan kosmetik dalam pentadbiran.

Serangan dan kritikan PAS bertambah tajam kerana melihat kepincangan sosial dan penyelewangan semakin ketara sehingga akhirnya UMNO yang berusaha mempertahankan kuasa  mengambil kaedah  ofensif terhadap PAS. Maka sejarah menyaksikan pelbagai episod layanan keras terhadap pemimpin dan aktivis PAS termasuk penangkapan , pendakwaan , halangan dan diskriminasi bila berhadapan dengan gelombang PAS.

Krisis perpecahan bertambah tenat bila mereka  yang pernah menjadi pendokong UMNO melahirkan rasa marah bila peristiwa 1998 tercetus ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga lahir lagi belah yang kedua iaitu  PKR.

Perpecahan orang Melayu bukan suatu gejala  yang timbul dengan tidak bersebab. Latarbelakang kepada pertembungan itu harus diteliti dengan objektif juga. Bagi PAS yang sudah lama melaungkan prinsip perjuangan Islam telah lama menerima  layanan yang keras dari UMNO. Manakala PKR dengan ideologi politik multi etnik membawa mesej kesaksamaan. Kedua-duanya menggugatkan kedudukan UMNO dan parti komponen dalam BN apabila pilharan raya umum 1999 , 2004 , dan 2008 ternyata membawa landskap baru dalam politik Negara.

Namun dengan tekad untuk terus mempertahankan kuasa ,kedua-dua pihak antara BN dan Pakatan yang kini berada pada kuasa runding yang sama kuat,  perpaduan antara orang melayu atas perhitungan politik menjadi sangat mahal.  Dengan senario jurang penguasaan kerusi di beberapa negeri pakatan dan BN serta selisih kerusi yang semakin kecil antara BN dan Pakatan di Parlimen ,menyebabkan  masing-masing memutuskan untuk bertarung habis-habisan pada PRU 13 sehingga dianggap “ibu segala pilihanraya”.

Dengan semakin rancak dan kencang isu diangkat untuk saling menyerang antara satu sama lain , agenda perpaduan antara orang Melayu Islam tidak nampak mempunyai peluang yang cerah dalam masa terdekat. Ini juga bukan tidak bersebab. Dilapangan ,  banyak insiden yang tidak memungkinkan perpaduan dapat disuburkan.

Kesediaaan dan ajakan untuk berunding dari satu segi dilihat dari perhitungan untung-rugi politik. Keikhlasan untuk mengujudkan perpaduan berada pada titik yang amat sukar untuk direalisasikan . Apalagi bila secara politik real dilapangan , jelas tindakan UMNO dan BN maseh melayani pemimpin pakatan dengan secara tidak berkompromi . Kini menjelang PRU13 segala tindakan akan hanya ditimbang dari sudut politik .

Dengan sebab itu kami mendapati selagi pelbagai  politik real dilapangan tidak diubah , agenda perpaduan ummah hanya menjadi retorik. Kami senaraikan  perubahan yang segera perlu dilakukan terutama oleh UMNO jika benar-benar mahu melanjutkan perundingan untuk perpaduan:

  1. UMNO perlu mengistiharkan secara terbuka menolak faham  sekularisme dan melaksanakan dasar Islam sepenuhnya serta  melakukan transformasi ke arah perlaksanaan Islam dalam semua aspek pentadbiran negara.
  2. Polisi kerajaan pusat yang membuat arahan supaya sebarang majlis agensi pusat tidak dijemput pemimpin atau wakil rakyat negeri pakatan hendaklah digugurkan. Wakil rakyat negeri dan Ahli Parlimen dari pakatan hendaklah juga dijemput dan tidak didiskriminasi.
  3. Semua agensi di negeri yang ditadbir dibawah kerajaan pusat hendaklah memberi  layanan yang  sama dari segi peruntukan pembangunan kepada agensi negeri pakatan  dan tidak mendiskriminasi agensi negeri.
  4. Ahli politik UMNO di bahagian dan segala badan dibawah kelolaan kerajaan pusat seperti JKKK tidak campurtangan dalam mengagihkan  peruntukan projek-projek yang diperturunkan kepada  negeri pakatan.
  5. JPP di negeri-negeri Pakatan hendaklah ditutup dan  peruntukan dari pusat hendaklah diberi kepada negeri pakatan secara langsung kepada agensi negeri.
  6. Pemimpin kerajaan pusat seperti menteri hendaklah tidak menyalahgunakan premis agensi pusat di negeri-negeri termasuk institusi seperti IPT dan sekolah untuk tujuan politik kepartian . Mesyuarat mahupun majlis dan aktiviti UMNO tidak boleh mengguna premis awam termasuk premis agensi pusat.
  7. Media awam iaitu RTM  hendaklah memberi peluang kepada program kerajaan negeri pakatan dan pandangan wakil rakyat pakatan disalurkan seperti wakil rakyat BN. Ruang berbicara dengan  layanan yang sama hendaklah diberi kepada pemimpin pakatan.
  8.  Budaya menabur wang untuk membeli undi dalam apa bentuk sekalipun yang sering dilakukan oleh BN hendaklah dihentikan.
  9. Serangan antara pemimpin parti politik BN dan Pakatan melalui media hendaklah dihentikan.
  10. Mengguna strategi politik menjatuhkan lawan politik melalui fitnah seks hendaklah diperangi .
  11. Menyalahguna agensi keselamatan seperti polis dan tentera untuk menindas dan menganiaya parti lawan hendaklah  dihentikan.
  12. Manipulasi pengundi melalui SPRM untuk menambah sokongan dikawasan pilihanraya tertentu hendaklah dihentikan sertamerta.
  13.  Institusi kehakiman hendaklah benar-benar bebas dari sebarang pengaruh eksekutif.
  14. Agensi seperti SPRM dan Petronas hendaklah dipertanggungjawabkan secara langsung kepada Parlimen.
  15. Kembalikan hak royalti minyak kepada negeri Trengganu dan Kelantan.
  16. Semua harta pemimpin kerajaan pusat dan kerajaan negeri hendaklah diistiharkan .
  17. Tekanan kepada penjawat awam untuk tunduk kepada arahan berkepentingan politik hendaklah dihentikan .
  18. Ugutan yang sering diberi kepada kakitangan awam untuk memastikan kesetiaan kepada BN secara paksa perlu dihentikan.
Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “18 Perkara Kearah Keharmonian Hubungan dan Kerjasama PAS-UMNO
  1. aziz man berkata:

    18 perkara ini adalah talian hayat UMNO BN ,kalau lupus atau di hentikan bererti UMNO akan tinggal nama je la…. itu saja yang ada pun untuk kekalkan kuasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,507 hits
Kalendar
Disember 2011
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: