Mubaligh Kristian berjubah solat Zuhur

(Himpunan Sejuta Umat)
Oleh Shamsul Kamal Amarudin
shaka@bharian.com.my
2011/12/18

ORANG ramai yang menghadiri Himpunan Sejuta Umat di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar, semalam bersatu hati mempertahankan Islam.

(ORANG ramai yang menghadiri Himpunan Sejuta Umat di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar, semalam bersatu hati mempertahankan Islam)

Hassan Ali dedahkan gerakan murtad cuba pengaruhi Muslim lemah iman, kaki hutang

KUALA KANGSAR: Usaha untuk memurtadkan umat Islam di negara ini semakin licik apabila ada kalangan mubaligh Kristian yang turut memakai jubah dan menunaikan solat Zuhur berjemaah dengan penduduk Islam bagi mendekati mereka yang dipercayai berpotensi untuk digugat akidahnya.

EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, ketika mendedahkan perkara itu berkata sasaran utama mubaligh itu ialah orang Islam yang miskin, kurang pengetahuan agama, akidah lemah, orang yang berhutang, mereka yang rumahtangganya kucar-kacir, mereka yang menghadapi masalah selepas bercerai, golongan berfikiran liberal dan terbuka serta mereka yang tidak mengamalkan cara hidup Islam.

Ancaman terhadap akidah umat Islam ini adalah benar kerana di Selangor saja sudah ada satu organisasi khusus untuk memesongkan akidah umat Islam dengan membawa mubaligh yang dilatih secara profesional, berdaya juang tinggi dan mempunyai kekuatan mental dari Barat. – Hassan Ali, EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor.

“Ancaman terhadap akidah umat Islam ini adalah benar kerana di Selangor saja sudah ada satu organisasi khusus untuk memesongkan akidah umat Islam dengan membawa mubaligh yang dilatih secara profesional, berdaya juang tinggi dan mempunyai kekuatan mental dari Barat serta negara jiran untuk masuk ke dalam masyarakat Islam.

“Malah, sejak penubuhan Unit Selamatkan Akidah (USA) di pejabat saya beberapa bulan lalu, ada 51 orang Islam yang sudah menjalani proses pembaptisan dan minum ‘air suci’ sedang dibantu untuk mengembalikan semula akidah mereka,” katanya berucap pada program Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) di Dewan Jubli Perak di sini, semalam.

Hassan percaya gerakan untuk memesongkan akidah umat Islam bukan saja sedang giat dijalankan di Sabah, Sarawak dan Selangor, malah sudah menular ke negeri lain di negara ini.

Sementara itu, Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim, berkata ada 43 permohonan untuk murtad dikemukakan di Mahkamah Syariah di Perak untuk tempoh 11 bulan pertama tahun ini dengan sebahagian besarnya golongan mualaf yang mahu kembali ke agama masing-masing serta mereka yang mempunyai nama Melayu dan anak kepada orang Melayu tetapi dibesarkan oleh keluarga bukan Islam.
Pada masa sama, katanya, ada 52 orang sedang menjalani proses pemulihan akidah di Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) bagi tempoh sama tahun ini.

“Bilangan itu adalah berdasarkan data rasmi tetapi bagaimana pula yang berlaku (murtad) secara senyap-senyap? Mungkin lebih ramai lagi. Isu murtad ini bukan masalah individu tetapi ummah kerana apabila seseorang itu murtad, dia akan menunjukkan seolah-olah Islam itu tidak cantik dan tidak baik.

“Kita tiada masa untuk bertelagah sesama sendiri seperti firman Allah bermaksud mari kita bersama-sama melakukan takwa dan jangan bekerjasama melakukan kebatilan manakala pepatah Arab ada menyatakan api yang besar itu bermula daripada sumber yang kecil dan jika ia tidak ditangani, maka sumber kecil itu akan merebak menjadi besar,” katanya berucap pada majlis sama.

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,347 hits
Kalendar
Disember 2011
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: