PERTAHANKAN AQIDAH , TEGAKKAN SYARIAH

Mohd Azmi Abdul Hamid

Ucapan Bertindak

PERHIMPUNAN PENGGERAK MELAYU KEBANGSAAN Kali ke 14

TERAS Pengupyaan Melayu

1 Muharram 1433H

 

TERAS mengalu-alukan kehadhiran semua dalam pertemuan miladnya buat kali ke 14.

Moga semangat Hijrah kembali disegarkan dengan semangat jihad dan pengorbanan tinggi untuk mengukuhkan azam menegakkan risalah Tauhid dan menyebarkan da’wah Islamiyyah.

Ya, TERAS sedang melalui usia remaja 14 tahun . Namun agenda yang telah , sedang dan akan terus digerakkan sudah menjangkau usia dewasa. Barangkali ini adalah situasi diluar kawalan kita. Proses mempercepatkan kedewasaan dan pematangan TERAS terpaksa diterima walaupun tak terjangkau oleh kemampuan dan tak terdaya oleh kesiapsagaan. Namun atas semangat dan keazaman yang utuh kita harungi bersama mencipta sejarah baru untuk umat.

Tahun ini kami mengenengahkan maudhu’  aqidah dan syariah untuk dihayati secara serius. Bukan sahaja persoalan ini menjadi sangat asasi akan tetapi nampaknya tercetus isu yang telah membawa mesej bernuansa sosial politik diakhir-akhir ini .

Ini tidak bermaksud bahawa isu ini suatu ledakan dan kejutan yang baru. Sebetulnya ia adalah isu setua umur penjajah menjejak kaki di bumi Melayu ini. Dengan azam membawa mesej kesucian melalui risalah gospel , mereka sudah  memasang niat selain menjajah sekaligus untuk menjalankan agenda kristianisasi. Sebab itu tidak memeranjatkan diseluruh dunia yang tersentuh dengan penjajahan Barat sekolah missionari menjadi ciri yang kekal walaupun mereka mengangkat kaki  keluar dari bumi jajahan mereka .

TERAS hanya mahu menumpu kepada persoalan bagaimana masyarakat harus menanggapi isu ini dengan bijak dan berhujung dengan kemenangan untuk Islam.

Satu-satunya persoalan pokok  yang sangat ditekankan oleh Islam ialah  memurnikan ketauhidan kepada Allah S.W.T. Sememangnya  inilah garis pemisah antara kaum Muslimin dan penganut agama yang lain. Kompromi umat Islam berhenti digaris ini. Lantaran itu bila berlaku percubaan pihak tertentu  mahu menggugat pegangan aqidah umat , reaksi segera dari para aktivis Islam adalah wajar dan bukan aneh.

Dizaman Rasulullah s.a.w pun ada melakarkan sejarah betapa permusuhan yang pahit antara jamaah Rasulullah dengan angkatan penyembah berhala adalah gara-gara aqidah Tauhid yang tegas dan jelas ini.

Bahawa tidak mungkin ada kompromi buat Rasullullah s.a.w walaupun sememangnya inilah yang akan dilakukan sejak zaman berzaman oleh pencemburu Islam . Malah sikap permusuhan terhadap Risalah Tauhid ini melanjut sampai ke hari ini.

Yang jelas sikap dan pendirian yang diambil Rasulullah s.a.w terukir dengan ketegasannya ketika digoda dengan tawaran kecantikan seorang bidadari , kemewahan yang ingin dilambakkan segunung emas mahupun  anugerah kuasa sebesar sebuah wilayah pemerintahan.

Jelas kompromi untuk mengadai aqidah tidak ada dalam perundingan Islam.

Atas kefahaman inilah pihak yang mencurigai dan cemburu kepada Islam sangat berahi untuk terus mencuba dan mencuba sehingga benteng aqidah umat dapat diruntuhkan. Kami sedar dan semua pihak sedar bahawa isu ini bukan suatu keanehan. Jauh sekali sebuah gerakan yang didalangi  politik.

Jika ada sekalipun musabbab politik ia adalah sebuah natijah dari kecuaian politik yang sedemikian lama akibat terperangkap dengan rasukkan faham nasionalisme-sekular yang ditanam oleh penjajah.

Sebab itu kami menyatakan aqidah umat yang tergugat adalah berpunca dari   aliran pemikiran yang sesat yang dianuti oleh faham assobiyyah , disaluti oleh rasukkan hidup bernilai kebendaan dan diselimuti oleh pentafsiran agama yang berasaskan sekularisme yakni pemisahan hidup dari kawalan agama dalam semua aspek.

Sayangnya inilah yang melatari pegangan gerakan politik kebangsaan yang teruja dengan “kemajuan Barat” yang melihat segala yang diBarat itu lebih awla dan mempunyai izzah yang harus dikagumi dan dituruti sepenuhnya.

Akibatnya mereka yang terdidik dengan ilmu dan maklumat dari para pendidik dan guru besar Barat menyalin semuanya untuk dianuti oleh umat Islam di rantau ini. Natijah selanjutnya tidak terlalu sukar untuk diduga.

Rasa kerdil seolah umat ini tidak punya khazanah sendiri , rasa rendah kerana memandang apa yang ada pada diri adalah lebih inferior dari apa yang pada Barat , rasa mundur bila berdepan dengan teknolgi Barat dan rasa serba ketinggalan bila tidak hidup setaraf mengikut gaya hidup Barat.

Dari sistem undang-undang dan kehakiman , perlantikan pendidik dan sistem pendidikan , pengurusan ekonomi , sains dan teknologi , sistem kesihatan , sistem pengeluaran makanan melalui amalan pertanian moden sehingga budaya hidup dalam pelbagai aspek ; seni , bahasa , sastera , hiburan , acara sosial …… semuanya terserap dengan nilai Barat sekaligus nilai agama Kristian yang sekular  .

Inilah sejarah yang berlaku yang menjadi pintu masuk segala gerakan yang memungkinkan aqidah umat sedemikain rapuh untuk bertahan dengan asakkan gerakan missionaris.

Di atas segala itulah kami mengenenggahkan persoalan ini bukan hanya sebagai reaksi spotan dari isu yang tercetus baru-baru ini mengenai kelompok Melayu yang dipancing ke sebuah acara yang dikendali oleh gereja missionaris methodis , akan tetapi kerana prihatinnya kami kepada persoalan bagaimana membangkitkan kesedaran orang Islam agar segera memperkukuhkan diri dari serangan yang tidak akan berhenti.

Kami sangat rasa terhimbau dari reaksi pihak yang mempersoalkan keperluan umat Islam untuk bangkit mempertahan aqidahnya. Soalnya kenapa pihak-pihak tertentu atas nama kelompok , individu dan media arusperdana dan media on-line mempersoalkan kebangkitan masyarakat Islam .

Apa sebenarnya niat mereka untuk menyebar rasa cemas dan benci dikalangan masyarakat terhadap semboyan agar aqidah umat Islam dipertahankan?

Bila kaum Muslimin berkumpul untuk menyuarakan masalah mereka agar diambil tindakan oleh pihak yang berkuasa , kenapa ia dipandang sebagai usaha menentang orang bukan Islam. Anehnya bila golongan bukan Islam bangkit menyatakan masalah mereka , itu dilihat sebagai hak demokrasi . Apakah orang Islam tidak punya hak demokrasi untuk menyuarakan maslahah mereka dalam perhimpunan yang besar yang selama ini terpendam di hati mereka?

Kami berpandangan bahawa selayaknya umat Islam berhimpun untuk membincangkan bukan sahaja persoalan murtad , akan tetapi juga isu kemiskinan dan jurang kaya-miskin yang kini dialami oleh jutaan umat Islam ; isu ternafinya kebanyakan orang Islam Melayu untuk mendapat manfaat dari dasar bantuan kepada bumiputera  akibat penyelewengan dan salahguna kuasa , maslahah budaya kebergantungan dan feudalism yang terus berakar dikalangan orang Melayu-Islam  , isu kurangnya inisiatif untuk berdikari ,persoalan  keruntuhan akhlaq dikalangan individu Muslim dan mereka yang memegang kuasa ,isu rasuah dan salahguna kuasa , masalah halangan untuk mengamalkan cara hidup Islam , isu budaya politik yang rendah dan kotor, masalah ketegangan hubungan antara penganut agama yang semakin meningkat dan isu campurtangan kuasa luar dalam urusan  Negara.

Namun kami juga memberi perhatian serius kepada isu murtad kerana ia melibatkan kumpulan Neo-Evengelical Amerika yang ada hubungan dengan kerajaan AS yang mempromosi agenda evangelical , kepentingan geo-politik Amerika dan kepentingan ekonomi syarikat-syarikat Amerika  .

Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia baru-baru ini memberi nafas segar agar status dan martabat Islam dan kaum Muslim di Malaysia perlu dilindungi. Dan dalam hal ini Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) seharusnya menjadi wadah untuk memperkasa kaum Muslimin untuk menangkis serangan terhadap Islam dan pencabulan hak kaum Muslimin.

Dengan yang demikian kami mengalu-alukan agar MAIN dimerdekakan dari keterbatasan bidangkuasa yang telah dihadkan semenjak penjajah British lagi iaitu terhadap status , jurisdiksi , bidangkuasa dan skop aktiviti majlis itu sendiri. Seharusnya keahlian dalam MAIN sepatutnya dianggotai oleh mereka yang beriltizam dengan Islam , berilmu , berkemahiran dan berintegriti .

Sememangnya ujud percubaan pihak tertentu yang mahu menghakiskan status khas pada Islam yang didalangi oleh kuasa dari dalam dan dari luar Negara semada secara terbuka mahupun secara halus.

Sebab itu buku  The Armies of God dan rencana  The Three Wise Men, hasil penyelidikan seorang penyelidik dan sarjana yang dihormati , Iain Buchanan , sangat penting dibaca. The Armies of God  secara terperinci mengaitkan pemimpin dan kerajaan AS , sektor korporat Amerika dengan gerakan neo-evangelist dan matlamat hegemoni global oleh gereja dan AS , sementara  The Three Wise Men menumpu kepada gerakerja  The Assemblies of God di  Malaysia.

Gerakan neo-evangelist ,terutama Pentecostalism, yang berpengkalan di AS, sebenarnya memberi ancaman yang sangat serius kepada perpaduan dan keselamatan Negara ini. Ia menyokong serangan Presiden Bush ke atas Iraq dan kini secara aktif terlibat dengan kegiatan evangelis di kawasan Kurdish.

Dua buah gereja di Malaysia iaitu  Metro Tabernacle dan Grace Assembly, mempunyai kaitan yang rapat dengan sebuah jaringan evangelikal dan  Christian-Zionist.

Malaysia adalah sasaran dalam agenda salib untuk mencabar ‘Muslim power’ dan sebuah rencana politik akan diatur untuk mencapai matlamat neo-evangelist “dominionism”, iaitu ,  ‘mempromosi strategi teologi yang diabsahkan untuk menembus , menguasai dan mengambilalih Negara dalam semua aktiviti sekular sebagai persiapan kedatangan Nabi Isa  “Second Coming  of Jesus Christ”.

Gerakan Pentecostalists sangat aktif di Malaysia, Singapore dan Indonesia.

Sebab itu kami menyeru Majlis Raja-Raja Melayu segera memberi perhatian kepada isu ini untuk diambil tindakan oleh kerajaan Pusat dan negeri.

Gerakan Evengelis ini perlu dipantau dari sudut keselamatan Negara .

Demikian juga kami memberi perhatian berat kepada pelbagai institusi Islam yang gagal berfungsi dengan berkesan sehingga umat Islam terdedah kepada keruntuhan aqidah. Tidak dapat dinafikan institusi keluarga yang amat rapuh , ditambah dengan acara sosial dan hiburan yang melampau mempercepatkan kesan keruntuhan benteng aqidah terutama dikalangan generasi muda.

Harus diambil perhatian yang sangat berat kepada persoalan pendidikan Islam yang tidak dinilai dengan bersungguh untuk menjadi benteng paling ampuh menangkis serangan ke atas aqidah umat.

TERAS mengesa agar digerakkan suatu momentum besar umat Islam untuk menghayati erti hidup beraqidah , apakah implikasi syahadah dalam kehidupan , bagaimana untuk hidup berpandukan aqidah serta menjadikan aqidah sebagai paksi dalam segala budaya hidup umat.

Teman-teman sekalian ,

Menegakkan kehidupan bersyariat

Demikian juga dalam persoalan syariat yang menjadi isu yang dipolemikkan oleh kelompok yang menyimpan prasangka buruk terhadap kelengkapan dan kesesuaian  syariat dalam kehidupan zaman moden ini.

Ternyata agenda menimbulkan kesangsian terhadap syariah Islam sengaja ditimbulkan seoalah-olah ada sahaja kecacatan undang-undang Islam yang dianggap bertentangan dengan hak asasi manusia dan  tidak sesuai dilaksanakan di Negara berbilang kaum dan agama.

Sebab itu kami menegaskan bahawa hendaklah dihentikan agenda memburuk-buruk Islam oleh orang Islam sendiri melalui pelbagai penyelewengan fakta mengenai ajaran Islam. Hukum Hudud yang datang dari wahyu Illahi telah disalah ertikan dan dicemoh oleh golongan dan individu anti Islam yang jahil.

Sayangnya parti politik dan media mereka yang sudah kehilangan sokongan dari pengundi asal  mereka saban hari menghina dan mencemuh hukum Hudud hanya kerana mahu mendapat sokongan dari pengundi bukan Islam. Dengan sengaja mereka mencetuskan rasa takut dan prasangka buruk terhadap hukum Hudud Allah. Malangnya pihak berkuasa tidak bertindak terhadap mereka ini.

 

 

Sebuah kelompok yang mengatasnamakan diri mereka sebagai Sisters in Islam, terus menerus cuba bermain dan berputar-putar hujah untuk tidak berterus-terang semada mereka bersetuju hukuman hudud seperti yang di dalilikan dalam Al Quran.

Mereka sering berhujah bahawa “ada suara pihak lain” yang mempunyai tafsiran berbeda terhadap hukum hudud dalam jenayah mencuri (sariqah), merompak (hirabah), zina, dan tuduhan zina (qazaf). Akan tetapi mereka tidak pula mahu menjelas siapa “suara yang lain” itu.

Mereka mengatakan keadilan sempurna tidak boleh dicapai dengan melaksanakan syariat hudud. Adakah ini bermakna mereka mempersoalkan  ilmu , kebijkasanaan dan rahim  Allah dalam hukum hudud yang diwahyukan itu? Adakah Allah yang mempunyai ilmu mengatasi segala-galanya tidak tahu bahawa hukum hudud yang ditanzilkan itu tidak tahu ia tidak praktikal dilaksanakan di muka bumi ini?

Mereka mempersoalkan peruntukan dalam enakmen di Kelantan dan Trengganu . Sudah tentu dengan sokongan ulama dan para ilmuan Islam enakmen ini boleh diperbaikki kelemahan yang ujud supaya menepati ruh dan kalam yang termaktub dalam Al Quran.

Kami sangat memberi perhatian betapa formalisasi syariat maseh terhalang di Negara ini.Tidak ada proses penerapan syariat malah dalam hal tertentu berlaku kemunduran. Antara yang sering menghalangi perlaksanaan syariat ialah suara dari kelompok pro hak asasi manusia ,dan  Amnesty International berpusat di Barat yang sering menggugat peraturan syariat.Tidak kurang juga NGO dan institusi tempatan yang turut mempersoalkan hak kaum Muslim menegakkan syariat dalam urusan kehidupan mereka.

Tujuannya hanya satu iaitu memastikan hukum syariat tidak berkembang diluar dari urusan peribadi. Bermakna di medan masyarakat dan Negara , syariat tidak punya tempat. Jelas agenda meredam semangat kaum Muslimin untuk hidup bersyariat terus berlaku dinegara ini.

Dengan yang demikian harapan untuk mengujudkan polisi Negara yang pro syariat  sentiasa terbantut sejak dari hari Negara ini mengistiharkan kemerdekaannya. Halangan dan rintangan datang dari luar dan dalam. Pola berfikir masyarakat terhadap syariat sering ditakuti dan dibimbangi dengan rasa takut , rasa kuno dan mundur untuk bergerak ke arah sebuah  Negara maju.

Yang lebih merunsingkan ialah tantangan datang dari kelompok Muslimin yang sekular. Padahal dengan fakta dunia yang ada sekarang betapa sistem yang ada , termasuk sistem perundangan dan sistem sosio-ekonomi serta politik berdasarkan pandangan hidup sekular sudah tidak lagi mampu bertahan .

Barat berhadapan dengan pertembungan rakyatnya sendiri terhadap kegagalan sistem ekonominya , di Asia Barat menyaksikan kebangkitan rakyat yang menolak sistem politik yang ditinggal oleh penjajah , di Asia timur , sistem kepimpinan politiknya  sentiasa berubah-rubah bak bersalin baju setiap masa , diseluruh dunia pula sistem pengurusan alam sekitarnya mengakibatkan bencana alam ber-asbabkan keangkuhan dan ketamakan mansuia telah memporak-perandakan alam.

Pokoknya apa yang sedang dihadapi dunia sekarang ialah keruntuhan seluruh peradaban yang didokong oleh sistem yang dibangunkan oleh peradaban berteraskan kebendaan dan kegelojohan .

Soalnya sekarang kenapa umat Muslimin sendiri tidak yakin dengan penyelesaian syariat untuk keluar dari perangkap sistem  dan peradabab yang ada.? Kenapa umat harus menikus dan hanya tunduk kepada kuasa luar yang selama ini telah mengeskploitasi sumber umat dan kini memaksa umat membantu menghidupkan semula sistem yang korup itu.

Sistem yang sarat dengan nilai yang korup inilah yang menyuburkan segala gejala yang sosial seperti yang terungkap dalam acara Seksualiti Merdeka baru-baru. Tidak kecuali juga sistem dan peradaban inilah yang membiakkan amalan korupsi , keruntuhan moral , penyelewengan kuasa , jenayah , ketamakan dan permusuhan.

Syariat Islam yang pasti merupakan sebuah sistem peraturan yang tahan uji dari segala penyakit yang dihadapi tamadun Barat ini sepatutnya diketengahkan tanpa ragu.

Sepatutnya inilah masanya umat melakukan lonjakan (spring) untuk tampil menunjukkan sistem berasaskan syarat Islam yang mampu mengujudkan order baru dalam peradaban abad ke 21 ini.

Untuk itu setiap pertubuhan Islam yang punya komitment yang jelas ntuk mendokong kempen tegakkan syariat harus bergabung tenaga untuk melancarkan gerakan Celik Syariat dan Transformasi Umat. Para penda’wah , ahli sarjana dan pemikiran Islam serta kelompok ulama perlu bersinergi untuk melancarkan pendidikan massa supaya rakyat memahami dan bersikap cakna terhadap usaha merealisasikan syariat dalam setiap aspek kehidupan.

TERAS akan melancarkan usaha ini secara lebih membumi iaitu menterjemahkan kehidupan bersyariat dalam setiap aspek kehidupan harian umat diperingkat individu dan diperingkat komuniti. Dengan yang demikian kempen bersyariat dalam bersosial , bermualamat , berakhlaq , bersiasah , berurusniaga , berjiran tetanga , beriadhah , menyambut perayaan , mengurus rumahtanga , mengguna sumber alam…semuanya akan diterjemahkan agar menyerlahkan keindahan hidup bersyariat.

Diperingkat perundangan dan pentadbiran Negara , dorongan akan terus dilakukan agar pemerintah menghormati hak kaum Muslimin untuk hidup dalam peraturan dan perundangan syariat Islam. Penggubalan dasar dan polisi hendaklah disesuaikan dengan syariat Islam sesuai dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menempatkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Kami mengharapkan semua yang hadhir akan turut menjadi aktor yang aktif mendokong usaha mengarusperdanakan syariat Islam dalam kehidupan umat bermasyarakat dan bernegara.

Marilah kita bergabung tenaga menzahirkan kualiti umat yang cerdas sejati dan cerdas ukhrawi. Mari kita hidupkan jiwa pemersatu sebagai ciri Muslim yang unggul dan berperadaban.

Allah telah memberi arahanNya yang tegas dan jelas dalam Surat Hujurat : 13

 

 

 

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 340,676 hits
Kalendar
Disember 2011
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: