DEKLARASI BANGKIT 2012

Menginsafi firman Allah s.w.t, “Dan jagalah diri kamu daripada fitnah (kemudaratan) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab hukumanNya.
(Surah al-Anfal, ayat 25).
Tugas menentang kezaliman dan kefasadan adalah tugas rakyat. Dengan ini, kami melancarkan revolusi minda untuk mengangkat kuasa rakyat menentang kezaliman demi menegakkan kebenaran. Arus revolusi ini mesti disambut. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia melancarkan kebangkitan.
Maka kami menyeru seluruh rakyat agar bangkit malakukan perubahan total yang pantas dan radikal terhadap perkara-perkara berikut.
Pertama: Kebangkitan untuk menegakkan Hak Asasi Manusia berdasarkan prinsip kepercayaan kepada Tuhan. Kami percaya bahawa hak-hak asasi dan kebebasan sejagat ialah elemen yang melengkapi agama dan bahawa tiada seorangpun secara prinsip berhak menangguhkannya secara keseluruhan atau sebahagian atau melanggar atau mengabaikannya.
Kedua: Kebangkitan untuk menegakkan keadilan untuk semua rakyat Malaysia, bebas dari penyalahgunaan kuasa dan rasuah, yang akan membolehkan semua rakyat tanpa sekatan kaya miskin dapat memenuhi keperluan hidup yang sama termasuk makanan dan pakaian yang baik, tempat tinggal mampu milik, pendidikan yang sempurna, rawatan yang berkualiti dan persekitaran yang bebas pencemaran kimia dan radioaktif;
Ketiga: Kebangkitan untuk mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokrasi melalui pilihan raya yang adil dan bersih. Kekuasaan adalah satu amanah, dan mendapatkan kuasa melalui eksploitasi dan penipuan adalah satu bentuk kekejian yang mesti dihapuskan.
Keempat: Kebangkitan untuk memperjuangkan keadilan ekonomi, dengan merapatkan jurang kaya miskin. Cukai dan wang zakat, mesti digunakan untuk membantu yang lemah bukan untuk kepentingan segelintir golongan elit. Peluang ekonomi mesti dibuka luas dengan adil tanpa meminggirkan golongan marhain.
Keenam: Kebangkitan untuk merevolusikan minda rakyat agar bijak menilai baik buruk dasar-dasar pemerintahan dan perilaku pemimpin, sama ada kerajaan yang memerintah atau pembangkang, termasuk raja-raja dan sultan agar kuasa sebenar terus berada ditangan rakyat. Rakyat berhak meruntuhkan kerajaan yang zalim dan membina semula kerajaan yang adil selaras dengan peruntukan perlembagaan.
Dengan ini, kami berikrar akan terus membina momentum kebangkitan rakyat dan menyeru pihak-pihak berwajib agar insaf dan kembali kepada prinsip-prinsip keadilan yang sebenar sebelum rakyat menunjukkan jalan keluar. Semoga tahun 2012 ini membawa satu perubahan yang bermakna buat negara.
SEKRETARIAT BANGKIT 2012

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 324,181 hits
Kalendar
Januari 2012
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
%d bloggers like this: