TERAS BANTAH PENYENARAIAN ASET FELDA DALAM PASARAN SAHAM

Kenyataan Media TERAS

7hb Januari 2012

TERAS membantah keputusan kerajaan memindahkan aset  Koperasi Pelaburan Felda (KPF) kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) untuk  kemudian menyenaraikannya di Bursa Malaysia sebagai tindakan yang didakwa  akan memberi kebaikan untuk peneroka.

Walaupun PM mendakwa ini adalah untuk kebaikan peneroka namun keputusan itu dibuat dengan mendedahkan 200,000 peneroka kepada risiko yang besar dalam pasaran Bursa yang tidak menentu.

 Keputusan yang dibuat dalam Budget 2012 pada Oktober 2011 yang lalu tidak dibahaskan secara terperinci.. Adalah tidak mencukupi PM hanya meluahkan janji  memastikan masa depan mereka lebih terjamin, malahan “durian runtuh” dalam empat hingga lima bulan.

Akan tetapi hal ini nampaknya  tidak dibahaskan dengan halusi dan memberi peluang kepada  peneroka untuk menelitinya dengan cermat. .

Sesungguhnya dengan nilai aset yang sedemikian besar dan penyenaraiannya dalam cara yang memungkin turun-naik harga saham akan mendedahkan Felda kepada pindah milik yang besar.

TERAS tidak yakin lonjakan kedua untuk  peneroka itu melalui pemilikan saham dengan syarikat global yang didakwa akan menjana dividen tinggi . Tren saham yang terlalu dipengaruhi oleh aliran ekonomi dunia akan menyebabkan asset Felda mudah bertukar tangan kepada kuasa asing.

Apatahlagi pasaran global sangat terdedah kepada manipulasi syarikat-syarikat gergasi dunia.
Soalnya apa perlu aset peneroka diapungkan kepada ekonomi pasaran  yang tidak menentu dan apa jaminan kerajaan kepada peneroka jika pasaran saham merudum dan syarikat luar mengambil kesempatan membeli saham FGVH.

Jika benar aset Felda sudah mantap , Felda tidak perlu mengambil rsisiko dalam pasaran saham.

TERAS ingin tahu asset koperasi Negara manakah yang ada disenaraikan dalam bursa seperti yang akan dilakukan kepada  FGVH apatahlagi yang berkaitan dengan asset tanah yang luas seperti Felda?

Untuk meyakinkan peneroka bahawa mereka tidak perlu risau hanya kerana ia akan diuruskan cara paling profesional bagi menjadikannya syarikat perladangan terkemuka di dunia tidak meyakinkan.

Ternyata PM memperjudikan aset peneroka Felda hanya dengan dakwaan penyenaraian ini perlu dilakukan kerana ia akan meletakkan Felda ini sebagai satu organisasi dalam keadaan lebih mantap lagi.
Apatah lagi bila PM menyatakan FGVH akan mendapat rakan kongsi yang merupakan syarikat antarabangsa. Kami berpendapat ia sangat berisiko terutama syarikat seperti dari Eropah dan China kini banyak berhadapan dengan krisis kewangan akibat sistem institusi kewangan  yang gagal dipertahankan.

Dengan hanya mengumumkan bahawa orang yang mempersoalkan dan membantah  keputusan penyenaraian ini sebagai tidak mempunyai kefahaman yang mencukupi tidak boleh dijadikan alasan untuk meneruskan pengapungan aset Felda.

PM hanya mendakwa aset tanah Felda akan diurus dengan lebih “professional” tidak meyakinkan kami. Bukankah banyak agensi yang kononnya diurus dengan professional telah lingkup kerana salahurus?

Alasan untuk menguasai pasaran global tidak cukup menjaminkan kerana pasaran global sangat tidak menentu.

Rancangan untuk menyerah 51% hakmilik Felda Holdings  dengan mendapat  61 % saham  dalam FGVH tidak diterangkan secara terperinci bagaimana aset ini tidak akan terlepas kepada pemodal luar jika ia diapung dalam pasaran saham.

Pada hal banyak anak syarikat FGVH diperingkat antarabangsa pada tahun 2010 telah kerugian  yang mencecah RM500 juta .

PM cuba meyakinkan peneroka dengan mengatakan bonus tahunan , duit raya dan pinjaman perbaikki rumah RM40,000 dan dana untuk projek sosio-ekonomi akan diteruskan.

Akan tetapi bukankah itu bermakna kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan sedangkan asset Felda Holdings pula diserah kepada FGVH .

TERAS membuat kajian dan mendapat maklumat sektor koperasi sedang menjadi alternatif kepada ekonomi arusperdana dunia sekarang . Tiba–tiba KPF (Koperasi Pelaburan Felda) mahu dilupuskan harta untuk diapung dalam saham di Bursa Saham KL

Padahal koperasi kini dilihat sebagai penyelesaiaan kepada cabaran global semada ekonomi , sosial mahupun alam persekitaran. Ahli ekonomi dunia mengakui ekonomi berdasarkan pasaran saham sangat terdedah kepada spekulasi dan manipulasi harga yang tidak menentu.

Malah kejatuhan ekonomi berdasarkan saham di bursa saham seluruh Eropah merudum akibat dari spekulasi dalam sistem kewangan yang berlegar dalam pasaran saham.

Berdasarkan prinsip koperasi , tatacara operasinya sangat dikawal oleh struktur pemilikkan oleh ahli koperasi . Walaupun koperasi berjalan secara  konservatif , akan tetapi ia kurang terdedah kepada risiko seperti pinjaman yang tidak terkawal bila ia disenaraikan dalam pasaran Bursa .

Malah koperasi tidak sentiasa menumpu kepada mengejar keuntungan berbanding yang wujud dalam  syarikat yang disenaraikan dalam pasaran saham.

TERAS juga mendapat maklumat dalam krisis ekonomi Eropah  , masalah hutang luar telah mengakibatkan langkah menyelamat (bail out) Negara-negara yang terlibat terpkasa diambil  dan mereka kini disaran agar kembali kepada ekonomi koperasi sebagai alternatif.

Ekonomi yang lebih plural – iaitu gabungan antara kerajaan , syarikat dan koperasi akan mengimbangan ekonomi pasaran yang bersifat kapitalistik.

 Langkah mengumpulkan dana dengan cara penyenaraian dalam bursa (“capitalization of cooperatives”) sangat perlu diteliti secara halus walaupun dalam syarikat yang disenaraikan dalam bursa saham dikatakan lebih mudah mengumpul modal . Ini adalah kerana modal yang terkumpul sering terdedah kepada pemindahan kepada pemodal yang tidak menentu.

 TERAS mengesa supaya penyenaraian FGVH dikaji semula dan tidak diteruskan sehingga kajian dan perbincangan yang lebih teliti dilakukan . Prinsip koperasi yang memberi hak kepada ahli untuk menentukan perjalanan perniagaan koperasi Felda hendaklah dipertahankan.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,612 hits
Kalendar
Januari 2012
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
%d bloggers like this: