PM TIDAK HORMATI TEGURAN MUFTI SANGAT DIKESALI

Kenyataan Media TERAS
11 hb Februari 2012

TERAS amat kesal untuk kesekian kalinya PM Datuk Seri Najib dan Isterinya tidak mempedulikan nasihat dan teguran Mufti Perak Datuk Seri Harussani mengenai kehadhiran dalam ucapara peribadatan Thaipusam baru-baru ini.

 

Apakah PM merasa bahawa tidak perlu dipedulikan semada tingkahlakunya bercanggah dengan agama Islam atau tidak? Apakah teguran Mufti itu tidak dianggap perlu untuk beliau hormati?

 

TERAS mengambil perhatian berat apabila tahun sebelum ini beliau sekali lagi menunjukkan sikap tidak peduli terhadap ingatan Mufti Perak. Pada tahun itu disaksikan gambar PM didirikan setinggi patung berhala di Batu caves.

 

Bukan sahaja ini merupakan persoalan yang akan memberi natijah tidak sihat kepada masyarakat Islam , malah dikacamata anak-anak muda juga menunjukkan PM sudah menerima agama boleh digadaikan hanya untuk mendapat sokongan politik.

 

Ketika sebahagian masyarakat Islam diingatkan mengenai tergugatnya aqidah oleh pelbagai pihak yang mahu memesongkan aqidah umat , dalam siri jelajah HIMPUN , tiba-tidak PM pula menunjukkan tingkahlaku yang boleh menjejaskan aqidahnya sendiri.

TERAS menegaskan agar PM tidak mengambil sikap berdegil kepada teguran Mufti kerana ini akan disahkan oleh rakyat sebagai PM yang sudah mengamalkan pemikiran plural-liberal dalam kefahamannya terhadap agama.

 

Aliran pemikiran liberal-plural inilah yang telah diharamkan oleh Majlis Ulama Indonesia .

Menghadhirkan diri dalam upacara khusus keagamaan bukan Islam adalah suatu yang tidak diterima dalam Islam malah dingatkan agar umat Islam menjauhinya kerana ia boleh dilihat sebagai memperakui agama tersebut sama dengan agama Islam.

 

Padahal Islam sangat jelas dalam hal ini yang dianggap prinsip aqidah yang tidak boleh dikompromi.

 

Kami menegaskan agar pihak Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan fatwa terhadap hal ini agar umat Islam khususnya dan rakyat amnya tidak akan keliru demi menjaga kemuliaan Islam dan aqidah umat.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

keratan akhabar : harakahdaily

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 324,014 hits
Kalendar
Februari 2012
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  
%d bloggers like this: