10 NGO lancar kempen menutup aurat

SEBAHAGIAN remaja wanita membawa sepanduk semasa mengadakan kempen menutup aurat di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.

 

KEPALA BATAS 15 Feb. – Ketika banyak pihak menyambut 14 Februari sebagai Hari Kekasih, gabungan 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pulau Pinang pula menjadikan tarikh itu sebagai Hari Kempen Menutup Aurat Antarabangsa.

NGO yang terlibat ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Aktivis Pengupayaan Insan (API), Pertubuhan Ikram Pulau Pinang, Pertubuhan ISMA Pulau Pinang dan Kelab Remaja Lestari (KRL).

Turut serta Komuniti Suara Kehidupan, Nisa’ Pulau Pinang, Kariah Masjid At Taqwa, Bertam, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) cawangan Pulau Pinang dan Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (Unggas).

Selain di Malaysia, kempen sama turut diadakan di Thailand, Macau, Hong Kong, Indonesia dan England yang memfokuskan kepada usaha menarik minat masyarakat umum supaya menutup aurat dan menjaga pergaulan di kalangan umat Islam.

Menurut wakil NGO terbabit, Mardziah Zakaria, objektif utama kempen itu adalah mewujudkan remaja yang beradab mulia, berakhlak murni dan berketrampilan sebagai remaja Muslim.

“Kita telah mulakan kempen ini dengan program turun padang di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pantai Bersih dan Queensbay Mall malam Ahad lalu dengan mengadakan aktiviti penyampaian tudung percuma kepada remaja perempuan.

“Kita bersyukur mendapat sambutan menggalakkan daripada remaja dan ramai yang menyambut baik kempen kami,” katanya yang juga Ketua Hal Ehwal Wanita Masjid At Taqwa pada sidang akhbar di sini, semalam.

Tambahnya, kempen serupa juga akan diteruskan menerusi laman sosial Facebook kerana ia lebih dekat di hati remaja.

Malah jelasnya, menerusi laman sosial itu, semua aktiviti NGO terbabit di setiap negara dapat dikongsi bagi penghayatan bersama dan berkongsi maklumat mengenai kempen terbabit.

“Sejak seminggu dilancarkan, hampir 1,000 remaja telah menyertai kami. Kempen ini bukan sekadar dijalankan pada tarikh 14 Februari sahaja malah akan diteruskan setiap masa,” katanya.

sumber : utusan

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,639 hits
Kalendar
Februari 2012
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  
%d bloggers like this: