KEMPEN MENJAGA AURAT SEPANJANG HAYAT

Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [Terjemahan Al-Ahzab (33):59].

Sekretariat : S 14 , Tingkat 2 , SP Plaza , Sg.Petani , Kedah Tel: Pn Masadah o12 4753245 , Pn Fatimah 0194779352

Kentaaan Media

17hb Februari 2012

PELANCARAN KEMPEN MENJAGA AURAT SEPANJANG HAYAT

TERAS , SALIMAH dan Badan Gabungan Ngo Islam Kedah (WEHDAH) melancarkan Kempen Setahun Menjaga Aurat Sepanjang Hayat bermula hari ini 17hb Februari 2012.

Tema kempen ini adalah “ Menjaga Aurat , Hidup Berkat , Masyarakat Selamat”

Kempen ini adalah bertujuan untuk mendidik dan menyedarkan masyarakat Islam akan kewajipan semua kaum Muslimin semada wanita mahupun lelaki agar menjaga aurat mereka dalam berpakaian seperti yang diwajibkan oleh ajaran agama Islam.

Kempen ini akan menyebarkan maklumat dan kesedaran keseluruh masyarakat Islam agar menghayati hikmah dan manfaat menjaga aurat dalam membina watak masyarakat Islam yang bermaruah , berakhlaq dan berprinsip.

Akibat pelbagai asakkan pengaruh Barat dan budaya asing , umat Islam kini menghadapi kesan keruntuhan identiti dan penghakisan nilai sahsiah Islam yang amat kencang. Lantaran itu timbul faham yang keliru terhadap kewajipan menjaga pakaian yang  menutup aurat dengan sempurna. Timbul suara dan pandangan serong terhadap pakaian menjaga aurat sehingga dianggap bertentangan dengan hak kebebasan invidu dalam masyarakat.

Walaupun memakai tudung dikalangan wanita Islam kelihatan sangat meluas dewasa ini namun pakaian tudung dengan segala bentuk dan corak yang difahami oleh masyarakat telah menghilangkan makna menutup aurat seperti yang ditekankan oleh agama Islam.

Fesyen berpakaian ketat tetapi bertudung , menggunakan tudung hanya waktu terrtentu sahaja , wujudnya kaum lelaki yang tidak menjaga aurat dalam beriadhah dan berseni adalah antara gejala yang kini berlelauasa dalam masyarakat.

Tudung yang kini  dilihat  suatu fesyen terbaru  ditanggapi hanya sebagai tren semasa yang akhirnya memesongkan kefahaman masyarakat terhadap pengertian sebenar menutup aurat seperti yang dituntut oleh Islam .

Kini gaya berpakaian bertudung sedang menjalani era komersialisasi yang amat pesat sehingga ramai artis dan wanita muda memakai tudung bukan kerana kefahaman dan penghayatan yang mendalam akan tetapi kerana ia dilihat sebagai tren.

Kempen ini akan melibatkan seluruh lapisan masyarakat serta pelbagai agensi dan pertubuhan Islam supaya konsep menjaga aurat dihayati dan mencapai kesan yang sepatutnya . Ia juga akan melibatkan agensi media , kesatuan sekerja  , badan belia , pertubuhan wanita , badan professional , badan korporat dan  persatuan Mahasiswa IPT.

Kempen ini akan melibatkan pelbagai aktiviti seperti menyebar risalah dan poster , forum , ceramah penerangan , dialog , khutbah , penerangan di institusi pendidikan dan demonstarsi tatacara berpakaian dalam Islam.

Sehingga kini sebanyak 100 NGO dinegeri Kedah telah bersama dalam WEHDAH untuk bersama dalam kempen ini antaranya TERAS , SALIMAH , PUK , ABIM , PERSIDA ,ISRA, IMPAK dan Persatuan Warga Luar Bandar . Kempen ini akan menarik institusi Masjid dan Surau untuk menyertai kempen ini. Kempen ini akan melibatkan seluruh institusi masjid sebanyak lebih 500 buah di negeri Kedah.

Kempen juga akan mengadakan aktiviti dialog dan penerangan kepada badan-badan bukan Islam supaya masyarakat bukan Islam dapat memahami kenapa mereka harus mengharmoti kewajipan  orang Islam  menjaga aurat dalam semua aspek kehidupan sosio-budaya-ekonomi  mereka.

Memorandum khas mengenai kempen ini juga akan diserahkan kepada kerajaan negeri , jabatan dan agensi swasta  untuk mendapatkan  perakuan persetujuan dan sokongan mereka terhadap etika menjaga aurat sebagai kod berpakaian pekerja.

Sekretariat Kempen ini membuka pendaftaran kepada 100 orang sukarelwan untuk menyumbang tenaga

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS Pengupayaan Melayu – 0194744856

 

Rubiyah Haron

Pengerusi Persatuan Persaudaraan Muslimah Negeri Kedah (SALIMAH) – 0195283131

 

 

 

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,507 hits
Kalendar
Februari 2012
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  
%d bloggers like this: